Oppss! I Love U, alamak dah terkantoi, sedar tak sedar rupa-rupanya dah jatuh cinta.Ye ke dah jatuh cinta? Nak tahu perangai pelik dan memang dah perangai skema bagi orang yang tengah mabuk oleh cinta. Jom terjah!
1. Bila marah, takkan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan terhadapnya.
2. Selalu dan akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, akan berjalan dengan perlahan. (rasanya seperti masa bergerak perlahan)
4. Akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya. (kadang-kadang suara pun tak dengar sangat)
5. Apabila berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya,anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada. (dulu dengar lagu rock)
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
Sah! Memang dah jatuh cinta kalau macam ni. Tunggu apa lagi, berusahalah untuk menyatakan cinta anda kepadanya.
p/s pasangan yang bercinta walaupun sudah 10 tahun dan masih bahagia adalah pasangan yang sentiasa ingat hari pertama mereka jatuh cinta. Ingatlah kembali keindahan kali pertama anda menyedari "aku dah jatuh cinta"
4 komen:
""8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada. (dulu dengar lagu rock)""
haaha..ni plg x thn.. lgu jiwang je yg kedengaran..
aduh...sape la yg nk tangkap lentok dgn ak ni....ak nk tggu die terbau2 ketiak ak yg masam....kompom die teringat2
salam kunjungan balas...akak tambah yg no 14:anda akan lbh sensitif pada semua yg ada disekeliling anda & dirinya!
15:anda akan membuat sesuatu dgn sebaik mungkin..utk menunjukkan betapa anda adalh yg trbaik utk dirinya..
okey..boleh???!!hikhik
no 13!
ah terkena!
entri ni best!best!
Catat Ulasan