RSS

9 Tips Mengundang Cinta



Tip 1 : Apabila anda tidur berseorangan di bilik anda, jangan tidur di tengah-tengah. Ia seolah-olah anda tidak mahu sesiapa tidur dengan anda. Jadi, tidur hanya di sebelah. Sebelah lagi, biarkan kosong. Sediakan bantal seolah-olah anda mempunyai pasangan. Kalau katil single, beli lah double…Haaa…tapi ada pulak tu kan, tidur nyaaa kengkang punya besar, hahaha… camana cinta nak terundang tu  ;) Pelik? Pelik tapi menarik, teruskan membaca…

Tip 2 : Buang semua barang-barang yang tidak terpakai di dalam bilik anda. Ini kasi Feng shui (angin&air) sikit lah ni. Kasi masuk tenaga (chi) biar anda bersemangat! Bilik kena bersih dan lapang walaupun kecil. Biar kosong tak apa, Ini berselerak je, penuh je barang, adoi…semangat cinta nak masuk pun, segan, undur balik ! :)

Tip 3 : Ruang tamu? Haaa…kerusi dan sofa tu, kenalah cari yang ala-ala romantik sikit. Jangan duk pakai kerusi antik, kayu jati ke rotan ke adoi!! Potong stim betul, keraslah. Cari sofa empuk dan berwarna sexy kemudian biar lantai ruang tamu tu berwarna light brown or cream warm… macam tengah bercinta gitukan, bayangkan cinta anda datang visit, lepak tengok dvd…then easy untuk berdepan dengan anda, so mestilah nak cozy, romantik, selesa, seolah-olah anda bersedia untuk bercinta gitu, betul tak?


Tip 4 : Almari anda… jangan sarat macam ikan bilis dalam tin! Kalau boleh pakaian yang dah out of date tu sedekah kat anak-anak yatim. Buatkan almari pakaian anda supaya mempunyai ruang kosong. Sebelah anda letakkan pakaian anda, sebelah lagi letakkan hanger kosong 2-3, seperti pasangan anda bakal meletakkan pakaiannya di situ! 

Tip 5 : Apabila makan, sediakan pinggan dan sudu serta gelas kosong. Seolah-olah anda sedang menunggu pasangan anda akan pulang untuk makan bersama-sama. Sekali, anda duduk ngan mak bapak pulak, mak anda cakap kat bapak, “Apahal dengan anak kita tu bang, dah angau agaknya” hahaha :P

Tip 6 : Bagi mereka yang memiliki garaj kereta, atau parking space dalam compound rumah. Siapkan tempat kereta itu seolah-olah ada sebuah kereta lain bakal datang dating, eh!…parking. Haaa…bayangkan, gambarkan dalam kotak fikiran anda, bagaikan real. Muga-muga, terundanglah seorang pasangan yang memiliki kereta itu datang parking dan bercinta dengan anda.
Tip 7 : Lekatkan poster potret jenis pasangan yang anda idamkan di bilik tidur berdepan mengadap anda tidur. So setiap malam sambil baring, anda boleh khayalkan secara detail kehidupan anda bercinta dengan nya. Setiap hari, anda tengok je poster itu, bayangkan, gambarkan di dalam fikiran anda selama 41 hari, sehingga kemana-mana anda pergi pun anda dapat mengingati nya, dapat lihat seolah-olah percintaan anda itu, REAL! Haa…ini memang menjadi ni. Anda akan lihat, sooner or later, wajah pencinta yang hampir-hampir dengan gambar poster itu akan hadir dalam hidup anda. Tapi biar logik lah sikit poster tu, jangan lah letak poster amitabachan pulak..
Tip 8 : Apabila ditanya adakah anda sudah berpunya? JANGAN jawab “I’m single” NO! Hehehe…Instead, sentiasa menjawab, “Saya memberi ruang kepada diri saya untuk berkenalan dengan semua, walaupun saya sedang mempertimbangkan seseorang.” walaupun tak da sapa sebenarnya. Never say you single…nanti single lah you sampai bila-bila nak? Haaa rules of attractions!…apa yang anda cakap, fikir, semua akan tertarik kepada anda, akan menjadi dalam hidup anda! Tapi, jangan pulak cakap…I dah milik orang! Habislah…siapa nak kat anda lagi? :) 

Tip 9 : Setiap hari dan setiap masa, tell yourself “I’m loveable, I’m in love!…he/she loves me!” Jangan sesekali pula, fikir yang anda tidak disayangi, tidak dicintai atau tiada sesiapa inginkan anda! It’s a NO! NO! Situations. Yakin dan percaya…and say it out loud!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia Cinta Mengikut Urutan Dalam Keluarga



Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kehebatan Cinta


Ketika kita berfikir tentang "cinta", seorang pakar cinta menemui 9 kunci kehebatan cinta dalam kehidupannya. Dan dia berpesan,
 
"Jangan pernah kamu melupakan kesepuluh kunci ini ketika kamu mulai berfikir untuk mencintai seseorang",

1. Sangat menyakitkan apabila mencintai seseorang, tetapi dia tidak mencintai kita. Namun lebih menyakitkan bila mencintai tetapi tidak memiliki keberanian untuk menyatakannya.

2. Hanya memerlukan satu minit untuk menghancurkan seseorang kerana cinta, satu jam untuk menyukai seseorang atau satu hari untuk mencintainya. Tetapi memerlukan masa seumur hidup untuk memulihkan luka-luka kerana cinta. Melupakan bukan selalu bererti
memaafkan. Maka jangan pernah lari dari kenyataan cinta.

3. Mungkin Tuhan memberikan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak secocok sebelum kita menemui orang yang secocok denganmu. Supaya ketika kita bertemu dengan orang yang cocok itu kita akan sedar betapa berharganya anugerah itu.


 
4. Cinta adalah ketika kamu menerima seluruh kelemahan kekasihmu, memeluknya sambil berkata "apapun yang terjadi aku tetap mencintai kelemahan mu" dan selalu ada air mata yang mengiringi "Aku Cinta Padamu".

5. Adalah benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita dapat hinggalah kita kehilangannya. Dan kita cuma akan menghargainya apabila kita sudah kehilangannya.

6. Janganlah mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah hingga cinta itu mekar dalam hatinya,sekiranya tidak pastikan bahawa cinta itu tetap mekar dalam hatimu. Cinta yang murni adalah cinta yang hanya mengenal satu kata, iaitu "Memberi"

7. Jangan pernah berkata "Selamat tinggal" jika hatimu masih ingin mencubanya, jangan menyerah ketika kamu merasa masih dapat memilikinya. Jangan pernah berkata "Aku tidak mencintaimu lagi" kalau kamu tidak dapat membiarkannya pergi untuk selamanya.

8. Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan, walaupun 1001 kali mereka dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya meskipun mereka telah dikhianati, kepada mereka yang memiliki keberanian untuk membangun kepercayaan "sekali lagi" ketika kekecewaan itu ada.

9. Permulaan cinta adalah membiarkan mereka yang kita cinta menjadi diri mereka sendiri, orang bahagia kerana cinta tidak pernah memiliki seluruh apa yang mereka impikan, mereka hanya melakukan 1 perkara iaitu cinta yang cukup untuk menutup kelemahan kekasih
mereka .....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

20 Punca Wanita Benci Lelaki



1. MENINGGIKAN SUARA
 
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
 
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
 
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
 
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU
 
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
 
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
 
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
 
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
 
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

 
11. MATA DUITAN
 
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
 
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
 
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
 
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
 
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
 
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
 
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
 
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
 
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
 
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cintaku Sampai Menutup Mata (True Story)


kisah terjadi apabila seorang lelaki dan seorang wanita yang lebih tua, 
yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi 
dalam kedamaian selama setengah abad.

Lelaki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 
anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk 
isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam 
gua yang selama 50 tahun ini telah menjadi tempat tinggalnya. 

50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh 
cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin.

Seperti juga kisah Romeo dan Juliet karya Shakespeare, 
rakan-rakan dan saudara mara mereka mencela hubungan 
mereka kerana perbezaan usia di antara mereka dan kenyataan 
bahawa Xu sudah mempunyai beberapa orang anak.

Pada waktu itu masyarakat tidak boleh menerima dan 
dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua.

Untuk menghindari gosip murahan dan celaan dari lingkungannya, 
pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal 
di sebuah gua di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing. 




Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan 
kerana tidak punya apa-apa, tidak ada pendapatan atau pun makanan.
Mereka terpaksa makan rumput dan akar yang mereka temui di gunung itu. 
Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka.

Xu selalu merasa bahawa dia telah membebankan Liu dan dia
berulang-kali bertanya,

"kau menyesal?" 

Liu selalu menjawab, "Selagi kita rajin berusaha, kehidupan
ini akan menjadi lebih baik".

Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat 
anak-anak tangga agar isterinya dapat turun gunung dengan mudah.
Dan ini berterusan selama 50 tahun.

Setengah abad kemudian, pada tahun 2001, sekumpulan 
pengembara mengadakan explorasi ke hutan itu. Mereka kehairanan
menemui pasangan yang sudah lanjut usia itu dan juga 6000 anak 
tangga yang telah dibuat Liu.

Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan,


"Orang tuaku saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 
50 tahun dan tak pernah berpisah walau sehari pun. Selama ini ayah telah 
memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun 
ibuku jarang turun.

Pasangan ini hidup aman damai selama lebih dari 50 tahun.
Pada suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika 
pulang dari ladangnya.  

Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya
meninggal dalam pelukannya. Kerana sangat mencintai isterinya, 
genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya.

"Kau telah berjanji akan menjagaku dan akan terus bersamaku 
sampai aku meninggal, sekarang kau telah mendahuluiku,
bagaimana aku akan dapat hidup tanpamu?"  

Selama beberapa hari Xu terus mengulangi ayat ini sambil 
meraba keranda suaminya dengan air mata yang membasahi pipinya.

Pada tahun 2006 kisah ini telah menjadi salah satu dari 
10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan 
oleh majalah Chinese Women Weekly.

Kerajaan telah memutuskan untuk menyimenkan 
"anak tangga cinta" itu, dan tempat kediaman mereka 
telah dijadikan muzium agar kisah cinta ini dapat kekal selamanya.












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FB Poskad - Ramadhan Al-Mubarak

Salam semua. Tinggal beberapa hari saja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan.

Mari sertai kami mengirim pelbagai jenis poskad melalui facebook untuk kita mengucapkan salam Ramadhan buat semua umat islam seluruh dunia.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa beribadah kepada-Nya. Amin

Sila login facebook anda terlebih dahulu sebelum mengirim poskad kepada rakan-rakan anda.

Masuk ke Page ini -- >>  Puasa Jangan Tak Puasa


Antara poskad pilihan ramai



Dan banyak lagi...Selamat beribadah...

Assalammualaikum...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Haruskah Aku Berkahwin?



Perempuan yang tak kahwin-kahwin lagi di gelar anak dara tua atau andartu. Lelaki? Anak teruna tua? Antertu? (^_^) .  Semakin ramai anak-anak yang dulunya muda tampak bergaya dan segak semacam tetapi semakin lama semakin di makan usia tua.

Nak dikatakan kaum perempuan semakin berkurangan adalah silap kerana bilangan perempuan melebihi daripada bilangan lelaki dan ada yang mengambil peluang ini untuk berkahwin empat!! Tapi ada juga lelaki yang masih tak nak kahwin atau belum berfikir nak kahwin. Kenapa? Jom kita dapatkan beberapa jawaban skema daripada kaum lelaki sekitar kawasan Pudu Raya.


1. "Bukan tak nak kahwin bang. Tapi macam mana gak kalau saya langsung takde nafsu tehadap perempuan. Bukan benci perempuan tau...cuma tak berminat. I lagi suka yang macam U"...


2. "Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa saya teringin sangat nak ada isteri. Tapi bro, entahlah hati ni dah tak percayakan mana-mana perempuan. Pengalaman yang lalu masih membunuh perasaan saya untuk bercinta"

3. "Kahwin?! Heh, buat apa kahwin? Mak bapak aku pun bercerai. Takde maknanya kahwin. Enjoy seumur hidup, baru Rock"

4. "Saya tak nak fikir lagi nak berumah tangga ni. Hati dan perasaan saya masih untuk kekasih saya yang sudah pergi menemui Allah dua tahun yang lepas, dengan mengunjungi kuburannya dan membacakan doa untuknya setiap malam sudah cukup untuk mengisi kekosongan cinta didunia ini untuk saya"

5. "Tak nak ah kahwin, kang tak pasal-pasal hari-hari nak gaduh. Biasalah sayakan mat rempit, mana boleh duduk rumah sepanjang hari"

6."Kalau cerita bab kahwin ni kenalah hubung kaitkannya dengan seks. Actually saya risau isteri saya tak puas nanti."

7. "Kahwin? Rumah tangga? Sorrylah bro, gua lagi suka hidup macam ni. Bila-bila masa boleh enjoy. Malam tak balik rumah pun takde orang nak marah punye. Gua banyak duit, sampai mati pun tetap ada orang nak enjoy dengan gua."

8. "Saya nak fokuskan kerjaya saya dulu. Nanti bila dah tercapai impian dan cita-cita saya barulah saya fikirkan tentang nak kahwin ni."


9. "Nak, sapa tak nak kahwin. Gay je yang tak nak kahwin. Tapi, tak cukup duitlah bro. Gaji pun bukan besar sangat, cukup untuk diri sendiri je, tu yang sakit tu"



Setiap orang ada pandangan dan masalah peribadi sendiri yang menjadi punca tidak teringin untuk berkahwin. Tetapi sekiranya anda seorang islam kenalah beringat hukum berkahwin.

Pertama : Wajib – seseorang itu wajib berkahwin jika sudah mempunyai kemampuan dan kesanggupan serta memenuhi syarat untuk berkahwin. Nafsu dan kehendak batin memuncak dan mendesak serta ditakuti terjerumus ke lembah perzinaan. Penzinaan boleh membawa kepada dosa dan memudharatkan kehidupan manusia. Perbuatan zina merupakan dosa besar dan diwajibkan hukuman sebat atau rejam sampai mati.

Kedua : Sunat – Apabila kemahuan batin dan nafsu mendesak, namun dia dapat mengawal dirinya daripada melakukan zina atau perbuatan lain yang haram seperti homoseks, lesbian dan seumpamnya. Dia juga mampu dari segi zahir dan batin. Dalam keadaan ini, disunatkan untuk berkahwin. :)


Ketiga : Makruh – Makruh berkahwin apabila tidak berkemampuan dari segi perbelanjaan dan keinginan nafsu syahwatnya lemah akibat penyakit dan tidak mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada bakal isterinya, namun tidak menimbulkan kekecewaan kepada isterinya dengan sebab-sebab tertentu. Contoh, apabila calon isteri memiliki harta kekayaan dan kemewahan hidup, serta kemahuan yang terhad kepada seks disebabkan penyakit atau umur.

Keempat : Harus – Seseorang itu harus berkahwin apabila melakukan ibadat itu lebih baik baginya dan tidak mempunyai keinginan atau tidak berhajat untuk berkahwin. Walaupun begitu, dia mampu dari segala aspek, kemampuan, perbelanjaan, tidak sakit dan mampu memberi nafkah zahir dan batin.

Kelima : Haram – Apabila tidak mampu memenuhi tuntutan zahir dan batin isterinya walaupun mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkahwin. Diharamkan juga apabila berlaku penipuan dalam memperkenalkan diri kepada calon suami atau calon isteri sama ada penipuan dari segi keturunan, harta, rupa paras, perkerjaan dan sebagainya. Menipu untuk memikat hati seseorang perempuan sedangkan dia bukan seperti yang dinyatakan.

Begitu juga apabila seseorang perempuan mengetahui dirinya tidak mampu untuk memenuhi hak suaminya dari segi zahir dan batin, umpamanya terdapat penyakit pada kemaluannya, berpenyakit kusta, sakit jiwa dan sebagainya, tetapi tidak memberitahu calon suaminya kerana takut hubungan yang bakal terbina tidak kesampaian. Memberitahu kelemahan serta kekurangan diri adalah wajib.

Itulah huraian ringkas berkaitan hukum berkahwin. Jika anda sudah bersedia, cepat-cepatlah kahwin. Sebab apa? sebab perkahwinan adalah jalan paling selamat bagi seseorang bagi menghalalkan persetubuhan dan juga bertujuan untuk mengelakkan diri daripada gejala maksiat dan dosa. Zina itu tidak dihalalkan sama sekali walau dalam keadaan apa sekalipun.

Selamat Berbahagia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ada Apa Dengan CINTA?


Ramai diantara kita yang mempunyai pengertian sendiri apabila ditanyakan maksud
Cinta. Malah ada yang mengatakan maksud cinta adalah seperti berikut:

C - Cinta
I - Itu
N - Nikmat
T - Tapi
A - Awas

Awas kenapa? Kerana cinta itu, mampu membuatkan anda menjadi buta. Sewaktu bercinta, semuanya adalah indah belaka. Sememangnya sudah menjadi tabiat manusia, jika anda menyukai sesuatu atau seseorang itu, pasti anda akan hanya melihat yang baik-baik sahaja. 

Segala keburukan dan kecacatan, akan anda singkirkan sejauh-jauhnya dari pandangan anda. Tidak kisahlah si dia itu merokok atau pun kaki perempuan. Harapan anda, bila sudah berkahwin nanti, semua perkara buruk itu akan dibuang dan ditinggalkan. 

Cinta tidak mungkin datang jika tidak dicari dan tidak mungkin dapat jika kita tidak memberi. Alangkah indahnya jika di alam percintaan tiada sebarang perkara yang mencacatkan hubungan. 

Oh, indahnya!!.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...