Episod sebelumnya -
Setelahku dinikahi
Setelah ku dinikahi (ii)
Setelah ku dinikahi (iii)
Setelah ku dinikahi (iv)
Puisi - Setelah ku dinikahi
Aku cuba menghubungi telefon bimbitnya dan hanya....mailbox., ku hubungi juga rumahnya. Bahkan aku cuba menghubungi pejabatnya. Dan hasilnya.. tiada. Idlan tidak ada di mana-mana.
Inikah balasannya kerana aku tidak mendengar cakapnya tadi pagi? Macam budak-budak!!!
Malam kian menjelma, aku jadi semakin cemas. Dari pagi Idlan tidak kembali. Dia juga tidak pergi ke pejabat. Aku minta izin bosku untuk pulang setengah jam lebih awal dengan alasan yang dibuat-buat. Tapi saat aku tiba di rumah, Idlan tetap tidak ada. Malam itu aku berbaring disisi telefon, berfikir untuk menghubungi polis dan hospital.
Jam tiga telefon berdering. Bermacam-macam musibah terlintas di benakku saat aku mengangkat ganggang telefon.
“Nor?”
“Idlan?” jeritku.
“Kau di mana?”
“Nor, aku minta maaf kerana marah dan pergi begitu saja. Boleh aku pulang?”
“Idlan, ini rumahmu!” meskipun aku tersenyum, air mata kelegaan mulai meleleh di pipiku.
“Kau di mana?”
“Di luar.”
“Di luar rumah?”
“Ya. Dan aku lapar.”
“Oh, Tuhan….”
Aku lari ke luar rumah. Di depan pagar kulihat Idlan berdiri di sisi keretanya. Entah sudah berapa lama ia di sana.
***
“Kau keterlaluan! Aku hampir-hampir menelefon polis” teriakku kepadanya.
“Aku juga rindu kepadamu!” balas Idlan tertawa. Dan mataku rasanya semakin sakit hati melihat ketawanya.
“kau di mana dua hari ini?”
“Di hotel kecil sebelah pejabatku.”
Dia baru saja menghabiskan pinggan ketiga sup ayam kesukaannya. Idlan tidak berkata-kata ketika melihat aku sudah membeli semua makanan kegemarannya. Dia makan dua kali ganda daripada biasa.
“Kenapa akhirnya kau mengambil keputusan untuk pulang?” suaraku bergetar.
“Aku perlukan baju yang bersih,” ia tertawa malu. “Laundry hotel mahal sangat.”
Ketika idlan mencuci pinggan makannya, dengan membelakangi aku, ia menyambung, ”Selain itu , aku risaukan keadaan mu yang bersendirian”
Dan dadaku tiba-tiba terasa sebak.
“Esok aku akan pulang lewat,” ucapku perlahan.
“Aku banyak kerja dan harus disiapkan sebelum deadline"
Ia berhenti memcuci pinggan dan aku tahu dia berbalik menatapku. Tapi mataku terpaku pada aiskrim di hadapanku.
“Ok,” katanya.
“Kau tak kisah kalau aku makan malam sebelummu?”
“Yang penting kau tinggalkan sedikit makanan untukku,” aku tersenyum.
Paginya kulihat lingkaran merah kedua di kalender.
Aku boleh bersabar dengan sikap Idlan yang membiarkan Al-Quran yang telah dibacanya berselerakan di ruang tamu.
Aku boleh memahami kegemarannya nonton filem action —-genre yang paling tidak kuminati, dan sepak bola—sukan yang bagiku amat membosankan. Aku bahkan boleh memaafkan sikapnya mengeluarkan ubat gigi dengan memicit bahagian tengah,dan tidak dari bawah seperti yang biasa kulakukan.
Hanya satu yang belum sanggupku terima. Caranya menghabiskan hujung minggunya.
Setiap pagi ahad dia bertolak sebelum jam enam untuk bermain sepak bola dengan rakan sekampungnya, sekitar jam empat setengah, dia pergi memancing.
Untukku yang selalu menghabiskan waktu terluang dengan pergi dari satu galeri ke galeri lain, dari satu pameran lukisan ke yang lain, dari shopping mall ke shopping mall, dan berakhir dengan aktiviti makan malam.
Minat Ildan itu sama sekali tidak boleh kufahami. Aku tak sanggup menemaninya menonton bola atau menemaninya memancing, sebab aku dengan akan cepat merasa jemu.
Pada bulan pertama aku berusaha untuk menerima semua ini . Dia selalu pulang dengan mata kemerah-merahan sehingga aku tak mampu untuk menegurnya.
Tapi pada bulan yang kelima kesabaran sudah tidak tertanggung, dan pagi itu, ketika Idlan sedang memasukkan botol air minum dan biskutnya ke dalam beg, aku memintanya untuk tidak memancing.
“Dlan,temankan aku berjalan-jalan ke shopping mall hari ni,” pintaku.
“Kau kan boleh pergi sendiri,” katanya sambil memasukkan tuala ke dalam begnya.
“Seingatku kau berjanji untuk selalu memimpin tanganku walau kemana sekali pun.”
“Aku tak boleh membatalkan aktiviti hari ini, Nor,” idlan masih tetap tak
memandang ke arahku, sibuk dengan kasut bolanya.
“Aku sudah berjanji dengan Zahid untuk mencuba lokasi memancing yang baru.”
“Kau boleh mencubanya minggu depan.”
“Malam tadi tiada bulan, Nor. Ikan-ikan pasti kelaparan hari ini,
” Dia tersenyum sambil melompat-lompat dengan kasut bola barunya.
“Aku pasti memecahkan rekod sepuluh kilo petang nanti!”
“Voucher diskaun saloonku akan tamat pada hari ini” gumamku.
“Guna jelah voucher aku nanti k,” sahutnya ringan sambil berlari-lari setempat.
“Berapa banyak diskaun yang kau dapat dengan voucher tu? Kalau aku bagi lima belas ringgit cukup?”
“Idlan! RM15 hanya cukup untuk membeli minuman dan keropok lekor kegemaranmu.”
“Kalau aku, aku boleh mencukur rambut ,dan diurut dengan harga RM15 saja."
“Oh, Tuhan!”
Idan berhenti berlari-lari dan berdiri di hadapanku dengan tangannya mencekak pinggang. “Nor, kau sudah cukup cantik. Tidak perlu ke salon lagi.”
“Aku tahu aku memang cantik, terima kasih. Yang aku inginkan cuma keluar dari rutin harianku, dan aku bercadang untuk keluar berjalan-jalan."
“Jadi? Apa yang kau tunggu? Pergilah. Aku tidak melarangmu. Kalau kau bawakan aku ole-ole, aku lagi suka.”
“Ini bukan masalah kau melarang aku atau tidak, Dlan. Apa yang seronok kalau berjalan sendirian? Aku perlukan teman.”
“Kalau begitu bawalah teman-temanmu berjalan-jalan.”
“Sudah. Mereka ada aktiviti sendiri dengan suami mereka.”
Idlan mengerutkan keningnya. “Kau nak menghabiskan hari minggu denganku?”
“Ya!”
“Kenapa tidak cakap dari tadi. Jom ikut aku ke padang bola. Aku pasti kau suka melihat aku menjaringkan goal nanti”
“Idan!” jeritku.
“Kau ini buta, pekak atau bangang? Kau tahu aku benci sepak bola dan aku juga benci memancing!”
Mata Idlan mengecil. “Dan kau tahu aku benci untuk jalan-jalan ke shopping mall,” serius Idlan menyampuk ayatku tadi.
..............bersambung............
1 komen:
Idlan mengerutkan keningnya. “Kau nak menghabiskan hari minggu denganku?”
“Ya!”
“Kenapa tidak cakap dari tadi. Jom ikut aku ke padang bola. Aku pasti kau suka melihat aku menjaringkan goal nanti”
hahah- kelakar je..mmg benar pun, lau de fakta kata, girl tak suke, bertrus trg, dri lelaki, sbb mereka ad mksud len, yg laki suke direct to the point..huhu
fatinmmj
Catat Ulasan