RSS

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (ix)



Episod sebelum ini,
Setelah ku dinikahi
Setelah ku dinikahi (ii)
Setelah ku dinikahi (iii)
Setelah ku dinikahi (iv)
Setelah ku dinikahi (v)
Setelah ku dinikahi (vi)
Setelah ku dinikahi (vii)
Setelah ku dinikahi (viii)

“Ibu berehat sajalah dirumah esok, biar saya yang uruskan semuanya”

Ibu tertawa kecil. “Kau sendiri? Kau tu dah tak tidur entah berapa malam dan kau menguruskan semuanya.
Mencuci, membersihkan rumah, menjaga Nora.Kau tak penat ke?”

“Saya kan menggunakan bateri Energizer.”

Ibu tertawa lagi, ”Idlan, Idlan. Kau pun kena berehat juga. Kalau kau sakit, Ibu tak yakin Nora dapat menjagamu sesabar kau menjaga dia.”

"Ibu! Idlan itu hanya menantu Ibu! Cuma lakonan semata-mata!" bisikku didalam hati

“Sudah menjadi tanggungjawab saya, Bu.”

Sunyi.

“Kau betul-betul tak perlukan bantuan Ibu?”

“Terima kasih. Kalau ada apa-apa, saya pasti telefon Ibu lagi.”

“Baiklah kalau begitu. Malam nanti kau kena suapkan Nor makan, jangan lupa juga memberinya makan ubat. Kalau dia nak, ibu sudah masakkan bubur di dapur. Kalau tak, berikan apa saja yang dia inginkan."

“Baiklah”

“Dan jangan tidak tidur lagi malam ni. Kesihatan Nor dah semakin pulih.”

“Ok.”

Dan ketika itu juga aku bersumpah akan membuatkan malam itu mimpi buruk untuknya.

Aku ingin menghukumnya kerana kata-katanya yang menyakiti perasaanku.

Aku ingin menghukumnya kerana dia tidak menghargai pengorbananku.

Dan aku ingin menghukumnya kerana dia membuatanku benci pada diriku sendiri.

Dia yang menyebabkan aku sakit dan entah berapa lama tidak berdaya, bahkan terpaksa membiarkannya mengurusku seperti bayi.

Dia harus membayar untuk semua penghinaan ini.

Aku benci, sangat benci kepadanya.

Aku menjadikan segalanya sangat sukar untuk Idlan malam itu.

Aku memberontak ketika dia cuba menyuapkan aku. Aku menolak ketika dia memintaku untuk makan ubat.
Aku menyuruhnya membuka tingkap kerana aku kepanasan, kemudian menutupnya lagi, kerana aku kesejukan, kemudian membuka lagi, menutup lagi entah berapa belas kali.

Aku menyuruhnya untuk membuatkanku susu yang tidak kuminum ,merebuskan mee maggie yang langsung tidak ku jamah pun, menyediakan roti yang kubuang ke lantai, mengupaskan buah apple yang kubiarkan di meja sehingga berubah warna menjadi coklat.

Urutannnya di kakiku terlalu keras, terlalu lembik, terlalu kasar, tidak terasa. Dan ketika dia mula kelihatan seperti tertidur, aku membangunkannya untuk menghidupkan televisyen supaya aku boleh menyuruhnya menukar saluran setiap kali dia mula terlelap kembali.

Semua itu akan membuatkanku sangat puas hati sekiranya Idlan hendak menolak, memprotes, mengeluh, atau marah dan memakiku seperti dulu. Tetapi dia sama sekali tidak mengeluh, tidak membantah . Kesabarannya merosakkan segala rancanganku.

Semakin lama aku semakin menyedari kelembutan dalam suaranya yang hanya boleh lahir dari kerisauan dan kelelahan di matanya yang aku tahu hanya akan hadir ketika adanya perasaan putus asa dalam dirinya.

Aku merasa serba salah, sebab aku sedar dia juga sedang menyalahkan dirinya sendiri, menghukum dirinya sendiri, mungkin lebih berat dari yang kulakukan.

Dan kebencianku itu turut musnah dan berganti kasihan, sesuatu yang sama sekali tak kuharapkan, tapi tak dapat kuelakkan.

............Bersambung..................




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen:

WiNeY berkata...

semakin mantep geng...syabas inspektor sahab..

masturah mj berkata...

sujairi...ritu..fatin dh bce habis dh siri novel tu...akhirnya....brsma jua..huhu...
=)
bst2..=)
fatinmmj

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...