Siri Novel - Setelah ku dinikahi (vi)
2:00 PTG |
Episod sebelumnya
Setelah ku dinikahi
Setelah ku dinikahi (ii)
Setelah ku dinikahi (iii)
Setelah ku dinikahi (iv)
Setelah ku dinikahi (v)
“Aku fikir sudah masanya untuk kau mengalah sekali-sekali.”
“Mengalah!” suaranya meninggi.
“Jadi selama ini aku tidak pernah mengalah? Nor, kau sudah mengambil enam kali dua puluh empat jam masaku , takkan kau tak boleh memberikanku….”
“Enam kali dua puluh empat? Enam kali dua! Kita cuma bertemu dan berbual sejam semasa sarapan dan sejam waktu makan malam!”
“Kau lebih suka menghabiskan lebih banyak masa dengan memilih mengurung diri di bilik bersama-sama dengan American Gengster"
"Dan, masaku terlalu berharga untuk digunakan daripada menyaksikan manusia saling membunuh setiap dua minit atau dua puluh dua orang bodoh merebut sebijik bola plastik!”
“Sekurang-kurangnya itu lebih jujur dan boleh difahami daripada filem-filemmu yang menitiskan air mata semata-mata!"
“Kau tak ubah sepeti budak-budak !”
“Dan kau, Tuan Puteri, kau bersikap ego!”
Idlan menyambar begnya dan melangkah sebesar-besarnya keluar melalui pintu belakang rumah. Aku masuk ke ruang makan dan menghempaskan pintu di belakangku.
Adakah ini perasaan setiap isteri yang bertengkar dengan suaminya?Dadaku sesak dan kepalaku sakit. Aku benci menghadapi tekanan, tapi air mata kecewa mulai membuat mataku pedih. Aku sama sekali tidak membayangkan sesuatu seperti ini akan terjadi padaku.
Aku tahu Idan melakukan semua ini, simulasi ini, untukku, tapi selama ini aku tidak pernah menuntut apa pun darinya. Sebaliknya, aku telah berkorban banyak sekali sejak aku berkahwin —-simulasi—- dengannya, mengurangkan clubbingku, pulang dari pejabat secepat mungkin, memperhitungkan apakah idlan akan menyukai makanan yang kubeli.
Apakah dia telah melakukan pengorbanan yang sama untukku ? Tidak!
Kubuka peti ais dan ku keluarkan satu kotak aiskrim coklat kegemaranku. Pagi itu ku habiskan masaku di depan television, menonton filem ayat-ayat cinta, air mataku kubiarkan meleleh tanpa henti, dan sekotak aiskrim itu pun habis tanpa kuperasan.
Idlan kembali pada jam 12.30pm, masih bermurung. Dia terus mandi dan tidak lama kemudian kembali ke ruang tamu dan ku lihat dia sudah bersiap dengan t-shirt dan seluar jeans.
“Kalau kau mau ke shopping mall, aku cadangkan kau mandi dan berdandan sedikit,” katanya.
“Aku tak nak pergi ke shopping mall.”
"Pagi tadi kan kau kata….”
“Aku tidak nak menyusahkanmu. Aku tak nak kau gatal-gatal disebabkan alergi apabila masuk ke shopping mall nanti.”
“Nor, kalau kita tidak pergi sekarang, kita akan lewat untuk pulang.
Aku ada janji pada jam empat….”
“Aku kata aku tak nak ke shopping mall! Kau boleh pergi memancing sekarang kalau kau nak.”
“Janganlah berperangai budak-budak pula, Nor,” geramnya. “Aduh!”
“Tidak! kalau kau marah dan nak keluar rumah seperti dulu lagi, silakan!”
.........................Bersambung.................................
Bakal Menemui Anda 24 Julai Ini!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 komen:
nk lagi nk lagi...cepatlaaa
Catat Ulasan