RSS

Belajar Cinta Dari Cicak



Ketika sedang membaik pulih sebuah rumah, Rahimi  cuba untuk meruntuhkan tembok rumah. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang terbuat dari kayu. Ketika tembok telah runtuh, dia melihat seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat dicelah sepucuk surat.

Dia merasa kasihan dan kemudian kehairanan. Lalu ketika dia meneliti surat-surat itu, memang benar surat tersebut telah ada disitu 10 tahun yang lalu ketika rumah itu pertama kali dibuat.
 
Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikitpun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.
 
Rahimi masih berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada surat itu! Bagaimana ia makan?
 
Rahimi berhenti sebentar untuk meneruskan meruntuhkan tembok rumah itu dan memperhatikan cicak itu. Apa yang dilakukan dan dimakannya hingga dapat bertahan. 

Kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.....AHHH !!!.
 
Rahimi merasa terharu melihat kejadian itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun. Sungguh ini sebuah cinta, cinta yang indah. 

Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? Tentu saja sebuah keajaiban. Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.
 
Jangan Pernah Mengabaikan Orang Yang Anda Kasihi !!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hati Yang Sempurna



Pada suatu hari, seorang pemuda berdiri di tengah kota dan menyatakan bahawa dialah pemilik hati yang terindah di kota itu. Banyak orang kemudiannya berkumpul dan mereka semua mengagumi hati pemuda itu, kerana memang benar-benar sempurna. Tidak ada satu cacat atau kerosakan sedikitpun di hati pemuda itu. Pemuda itu sangat bangga dan mulai menyombongkan hatinya yang indah.
 
Tiba-tiba, seorang lelaki tua bersuara dari kerumun orang ramai, tampil ke depan dan berkata 

"Sebenarnya hatimu masih belum seindah hatiku ".
 
Orang ramai dan pemuda itu melihat pada hati lelaki tua itu. Hati lelaki tua itu berdegup dengan kuatnya, namun penuh dengan bekas luka, dimana ada bekas potongan hati yang diambil dan ada potongan yang lain ditempatkan di situ; namun tidak benar-benar kemas dan ada sisi-sisi potongan yang tidak rata. Bahkan, ada bahagian-bahagaian yang berlubang kerana dicungkil dan tidak ditutup kembali. 

Orang ramai itu tercengang dan berpikir, Mengapa lelaki tua itu mengatakan bahawa hatinya lebih indah ?
 
Pemuda itu melihat lelaki tua itu dan memperhatikan hati yang dimilikinya dan tertawa 

"Pakcik pastinya bergurau", katanya.
 
"Bandingkan hatimu dengan hatiku, hatiku sangatlah sempurna sedangkan hatimu tak lebih dari kumpulan bekas luka dan goresan".
 
"Ya", kata lelaki tua itu,

" Hatimu kelihatan sangat sempurna meski demikian aku tak akan menukar hatiku dengan hatimu. Lihatlah, setiap bekas luka ini adalah tanda dari orang-orang yang kepadanya kuberikan kasihku, aku merobek sebahagian dari hatiku untuk kuberikan kepada mereka, dan seringkali mereka juga memberikan hati mereka untuk menutup kembali hati yang telah kuberikan.
 
Namun hanya kerana setiap robekkan hati itu tidaklah sama, ada bahagian-bahagian yang kasar, yang sangat aku hargai, kerana itu mengingatkanku akan cinta kasih yang telah bersama-sama kami miliki.

Adakalanya, aku memberikan potongan hatiku begitu saja dan orang yang kuberi itu tidak membalas  dengan memberikan potongan hatinya. Perkara itulah yang meninggalkan lubang-lubang robekkan yang hanya satu kesempatan dan tidak kesampaian.

Meskipun bekas robekkan itu menyakitkan, mereka tetap terbuka, itulah yang mengingatkanku akan cinta kasihku pada orang-orang itu, dan aku berharap, suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lubang-lubang itu. Sekarang, tahukah engkau sesungguhnya keindahan hati itu?"
 



Pemuda itu berdiri membisu dan airmata mulai mengalir di pipinya. Dia berjalan ke arah lelaki tua itu, menggapai hatinya yang begitu muda dan indah, lalu merobeknya sepotong. 

Pemuda itu memberikan robekkan hatinya kepada lelaki tua dengan tangan-tangan yang gementar. Lelaki tua itu menerima pemberian itu, menaruhnya di hatinya dan kemudian mengambil sedikit cebisan dari hatinya yang sudah amat tua dan penuh luka, kemudian menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu. Cebisan itu menutupinya, tetapi tidak sempurna, kerana ada permukaan yang tidak sama rata. 

Pemuda itu melihat ke dalam hatinya, yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, kerana cinta kasih dari lelaki tua itu telah mengalir ke dalamnya. Mereka berdua kemudian berpelukan dan berjalan beriringan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kasihnya Cinta



Bagaimana seseorang mampu untuk kerja berjam-jam seolah-olah tak mengenal erti penat lelah? Apa pula rahsia pekerja nelayan yang meninggalkan anak isteri bertarung dengan angin dan badai? Bagaimana dengan para petani, kuli, pekerja berat yang tahan membanting tulang ditengah terik panas atau dingin malam? 

Kekuatan apa yang mendorong mereka begitu kuat secara fizik dan secara mental?
 
Sedangkan di sudut sempit yang lain, banyak orang mengeluh kerana persoalan yang tidak besar dari hujung kuku. Kekuatan itu bernama cinta. Cinta yang melahirkan harapan dan pengabdian bagi kepada siapakah mereka mempersembahkan hasil kerja mereka; kepada keluarga nun jauh disana; kepada masyarakat yang banyak memerlukan karya mereka; kepada alam yang mengasuh mereka; kepada masa depan kehidupan yang sejahtera; atau kepada hati tempat cinta itu mengalir.
 
Bila anda mengeluh hanya kerana harus memanjangkan waktu kerja anda beberapa jam saja, maka kenanglah seorang pakcik yang menarik sampah kota ini. Beliau memiliki sesuatu yang kita cintai, yang kepadanya dia berikan kerja. Kepada beliau kita belajar pengabdian atas nama cinta. 

Ingatlah, selagi ada masa...hanya masa itu yang akan menentukan pengertianmu tentang erti cinta yang harus kita perjuangkan.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...