RSS

Siri Novel - Setelah ku dinikahi ( ii )

Episod sebelumnya -- >> setelah ku dinikahi



“Cinta? Kau terlalu banyak menonton filem romantis ,” gurauku

“Kau tahu berapa lama cinta bertahan dalam sesuatu pernikahan?”

“Berapa lama?”

“Satu sehingga tiga bulan sahaja. Setelah itu,kesepian, keperitan, frustrasi dan imaginasi”

“Imaginasi?”

“Bayangkan, kalau kau dimasukkan di dalam penjara dengan lelaki yang kau benci  sekaligus kau juga tahu dia amat membencimu,sama jugalah seperti kau tidak akan dapat membayangkan peritnya perkahwinan itu dan kau boleh jadi gila.”

“Ataqfirullah.....,” gumam Idlan.

“Kalau itu terjadi padaku, siapa yang harus kubayangkan berada didalam penjara bersamaku? Britney Spear , Shakira ?”

“Lady Gaga,” jawabku pantas dan Idlan memecahan suasana dengan ketawanya.

“Idlan,” keluku.

“Berhentilah ketawa. Aku bukan bergurau. Aku sedang mengatakan masalah serius, dan aku bengang kau ketawa tanpa henti.”

Wajahnya serta-merta menjadi serius. “Aku tidak mengetawakan kau. Kalau kau benar-benar sahabatku, kau tahu beginilah aku menghadapi semua masalah, walau sesukar mana sekalipun.

Termasuk soal perkahwinan.
Cubalah ketawa. Kau akan merasa jauh lebih baik. Kalau ibumu bertanyakan calonmu sekali lagi, ketawalah. Ketawalah sepuas-puasnya.”

“Idlan, kau langsung belum membantuku lagi,” kataku.

“Aku perlukan penyelesaian,dan bukannya idea-idea bangang.”

Idlan membisu. Dan untuk beberapa waktu kami berdua sama-sama merenung.

Akhirnya, Idan mula bersuara dengan berhati-hati.

"Nor, aku tahu ini pasti kedengaran agak gila. Tapi dengar dulu. Aku rasa sarananku ini boleh
menyelesaikan kedua-dua masalahmu."

Pertama, ketidakpercayaanmu kepada kaum lelaki. Kedua, ketidakfahamanmu kenapa kau perlukan seorang suami.”

Aku mengangguk, dalam hati bersiap sedia untuk mempertahankan wajah seriusku kerana idea yang akan dilontarkan Idlan nanti pasti membuatkan aku pecah perut ketawa.

“Sebelum itu, aku ingin bertanyakan satu perkara, dan ini sangat penting,jadi aku perlu jawapan mu dengan jujur."

"Kau benar-benar percayakan aku?”

Kutatap wajah Idlan dengan dahi berkerut. Dia telah jadi sahabatku selama puluhan tahun. Banyak yang berubah dalam hidupku, dan selama ini enam lelaki telah hadir dan menghilangkan diri dari hidupku. Hanya Idlan yang tak berganti.

Ia seakan-akan selalu bersedia menghulurkan tangan untuk menolongku, sementara sense of humornya tak pernah gagal membantuku keluar dari stress yang paling parah sekalipun.

Kalau hanya ada sepuluh lelaki di dunia ini yang wujud,dan aku diberikan pilihan memilih siapa yangku inginkan hanya Idlanlah orangnya.

“Ya. Aku percayakan kau.”

“Kalau begitu, percayalah bahawa yang kulakukan ini adalah semata-mata untuk
kebaikanmu. Percayalah bahawa aku sama sekali tidak memiliki niat jahat di sebalik ideaku ini. Percayalah.”

“Idlan! ” potongku pantas.

“Idea apa?”

“Aku ingin mengajak kau untuk melaksanakan satu eksperimen,” ia berkata dengan berhati-hati, kedua-dua matanya melihat pada ekspresi wajahku.

“Aku akan mengahwinimu”

“Apa?”

..............................BERSAMBUNG...................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siri Novel - Setelah ku dinikahi

Edisi khas siri novel ini ditujukkan khas kepada peminat-peminat novel bahasa melayu.



Bahagian I

Nora tidak percaya dengan kebahagiaan perkahwinan, namun cabaran Idlan untuk membuktikannya tidak akan ditolaknya. Akhirnya mereka melakukan perdebatan tentang perkahwinan.

Aku betul-betul tidak faham mengapa manusia harus berkahwin,” Leterku

Idlan tertawa. “Kenapa? Ibumu bertanyakan siapa calon lelakimu lagi?” Aku mengangguk resah.

“Apa jawapan mu kali ini?” tanyanya

“Aku tidak menjawab. Aku tinggalkan terus ruang makan dan masuk ke bilikku.”

Idlan ketawa terbahak-bahak. “Kau ni, macam budak-budaklah Nora,” katanya.

“Jadi, jawapan apalagi yang mesti kuberikan, Dlan? Aku sudah kehabisan
alasan, kehabisan stok untuk berbohong. Dan ibuku malah semakin suka berleter.”

Idlan tersenyum. “Kau betul-betul seperti budak-budak. Kalau kau jadi
ibu , apa kau tidak akan risau kalau anak kau sendiri belum juga kahwin
pada usia tiga puluh tiga?.”

“Aku akan sangat gembira kalau anakku tidak berkahwin seumur hidupnya,”
jelasku dengan selamba.

Kening Idan terangkat. “Kenapa?”

“Perkahwinan hanya merumit hidup perempuan.”

“Perkahwinan juga membuat hidup lelaki lebih sengsara.”

“Tidak!” pintasku. “Untuk apa berkahwin kalau yang kita dapat hanya
kesengsaraan?”


“Mungkin kerana kesengsaraan itu hanya kesan sampingan, dan dikemudian hari
keuntungannya pasti lebih banyak?”


“Tak tahu,” jawabku. “Kau sendiri belum berkahwin. Apa yang kau tahu
tentang perkahwinan?.”

“Aku sudah banyak belajar tentang hidup, Nor. Umurku sendiri sudah tiga puluh
lima tahun, kebanyakan kawan-kawanku semuanya sudah berkeluarga.”

“Tapi kau tidak! Mengaku sajalah. Kau setuju kan kalau hidup sudah cukup
sempurna tanpa perlu lagi berkahwin?”

Idlan tersenyum. “Ya, betul.”

“Lebih seronok hidup seperti ini. Bebas!”

“Setuju. Tapi ingat, bukanlah bermakna aku tidak mahu untuk berkahwin. Aku
tetap menunggu calon yang sesuai untukku.” aku menghela nafas panjang.

“Ah, ya. Calon.”

“Itu lah sebenarnya alasanmu untuk tidak juga berkahwinkan?”

“Ya, ” anggukku.

“Oh! Jadi Bukan disebabkan kau anti untuk berkahwin?.”

Aku menggelengkan kepalaku.

“Jangan beritahu sesiapa, sebenarnya kadang-kadang aku
teringin juga ditemani seseorang untuk keluar menonton wayang.”

“Tapi kan kau boleh keluar bersama dengan salah seorang teman lelakimu?”

“Teman lelakiku itu tak boleh harap, bakalku putuskan” jawabku sayu.

“Maksudku,aku nak orang yang memegang tanganku ke mana saja aku pergi.”

“Senang je, bayarkan gaji kepada orang yang nak menggengam tanganmu ke mana-mana?
kan sekarang banyak pengganguran, mesti ramai yang nak.”

“Idlan!” ku hayunkan tanganku, tapi —-aku faham idlan cuma bergurau

“Kau tahu tak kalau berkahwin bukan untuk tempoh masa setahun dua?” tanyanya kemudian, lebih serius.

“Ya. Sebab itu. Aku tidak mahu membayangkan berkahwin dengan orang yang salah. Kalau.....,” aku terdiam.

“Apa?” sampuk idlan

“Kalau aku boleh meramalkan lelaki itu akan tetap baik dan menjaga hatiku setelah ia berhasil menikahiku.
Alangkah bahagianya aku.

Tetapi, bagaimana seorang perempuan boleh mengetahui bahawa lelaki yang melamarnya ternyata suami yang ....... Yang suka memukul, mencaci maki, Menghina; orangnya kasar, cemburu buta, suka  menipu dan mengkhianati cintaku.”

“Nora, lelaki sebegitu jarang kita temui.”

Aku menggeleng. “Semua lelaki adalah binatang.”

“Bagaimana dengan aku? Aku pun lelaki juga.”

“Kau bukan lelaki, Dlan. Kau malaikat.”

Idlan tertawa terbahak-bahak.

“Nor, kau pun tahu aku belum mati? Aku mesti mati dulu sebelum jadi roh dan memohon jawatan untuk menjadi malaikat,” idlan kembali ketawa, matanya tertutup, lidah terjulur.

“Idlan, Idlan,” kataku.

“Kalau kau memang nak kahwin, percayalah sekurang-kurangnya pada seorang sahaja dari golongan lelaki.”

“Tak mugkin Dlan.....”

“Maknanya kau memang tak nak berkahwin?. Tidak mungkin dan tidak akan. Dan kalau kau memaksa dirimu, kau akan merana. Dan kalau kau sengsara kau akan makan makin banyak. Dan kalau kau makan banyak-banyak kau akan”

“Idlan!” walaupun nada suaraku agak kasar, aku tidak dapat menahan ketawa mendengar selorohnya itu. Setelah dua puluh tahun menjadi sahabatku, idlan memang benar-benar memahamiku.

“Tak pernah ke kau fikirkan tentang ibumu?” katanya kemudian.

Seperti biasa ia keadaan menjadi sangat lucu dan kemudian serius hanya dalam selang beberapa saat.

“Ibumu pasti ingin kau segera mendapat pasangan tetap. Dia akan lebih tenang apabila mengetahui yang kau akhirnya sudah memiliki seseorang yang akan menemani dan melindungimu.”

“Jangan cakap macam tu,” kataku, kembali sayu.

“Satu, ini hidupku bukan hidup ibuku. Aku sedih kalau ibuku sedih.
Tapi kalau suamiku mengkhianatiku, adakah ibuku mahu menanggung rasa malu dan kesengsaraanku?

Kedua,aku tidak memerlukan sesiapa melindungiku. Kau pun tahu aku boleh menguruskan diriku sendiri.
Kalau itu yang aku aku masih boleh membayar orang untuk melindungiku,plus bodyguard kalau perlu.”

“Baik, baik, Tuan Putri. Hamba mengaku salah,” Idan membongkok.

“Jadi, kalau kau sama sekali belum mahu bekahwin apa sebenarnya yang bermain di fikiranmu sekarang?”

Aku tertunduk lemas.

“Itulah, Dlan,” aku mula gelisah.

“Aku tidak tahu. Apalagi yang aku inginkan saat ini? Aku ada pekerjaan dan masa depan yang cerah. Jadi berkahwin untuk alasan ekonomi jelas sekali bukan pilihan untukku. Aku juga mempunyai kawan-kawan bercerita, sahabat untuk luahan perasaanku, jadi kesepian juga bukan alasan bagiku untuk berkahwin.”

“Bagaimana dengan keturunan?”

“Anak? Apa aku harus berkahwin untuk mempunyai anak?

Aku boleh mengambil anak angkat,kan? Di luar sana ada banyak kanak-kanak yang tidak dipedulikan.
Kalau aku nak, aku boleh mengasuh satu, dua atau bahkan tiga dari mereka.

Jadi tolong, jelaskan kenapa aku harus berkahwin, mempertaruhkan diriku sendiri, mengambil risiko untuk dilukai antarazahir dan batinku? Tidak ada kepastian sama sekali bahwa perkahwinan itu akan bertahan sepanjang hidupku.

Apa jadi, kalau perkahwinan itu hancur di tengah jalan,pastinya aku akan jadi pihak yang paling besar menanggung kesengsaraan.

Kenapa, Dlan?

Untuk apa?”

Idlan termenung agak lama. Akhirnya ia menjawab. "Cinta...?”

...............Bersambung....................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Forever Love - Meninggal Dunia Selang 15 Minit


Gambar - AllahyarhamMohd Jan dan isteri (duduk ditengah) 
Salam semua pengunjung blog ni. Semenjak dua menjak ni agak sibuk hendak meng'update' blog ni, nasib baik tak bersawang..(^_^)

Baiklah kali ni nak bawa anda semua menerokai alam cinta selepas perkahwinan. Kebiasaannya zaman sekarang mula-mula berkahwin semuanya indah, nak berjauhan pun alahai rindu menikam jiwang.. hehe.. Tapi tak sampai 2 atau 3 tahun perkahwinan kebiasaannya dah ada yang bosan dengan pasangan, dan dah mula menggelarkan dirinya "i still lagi bujang"....walhal anak sedozen kat rumah ..hohoho..

Nak dijadikan cerita jom kita ikuti kisah pasangan dua sejoli yang tidak pernah berjauhan sepanjang mereka berkahwin. (Kisah ini adalah benar benar belaka - sumber daripada media tempatan) Jom terjah

JASIN - Ketika masih hidup, pasangan suami isteri, Md. Jan Abdul Hadi, 56, dan Kamsiah Bakau, 54, dianggap pasangan yang romantik oleh anak-anak dan masyarakat setempat.

Ke mana saja pasangan yang mempunyai enam anak berusia di antara 16 dan 31 tahun itu pergi, mereka tidak pernah berenggang dan sentiasa dilihat berdua.

Jika ke mana destinasi pun, pasangan yang telah berkahwin selama 32 tahun itu akan dilihat pergi bersama-sama, dan bagai pasangan pengantin baru, Md. Jan seorang pesara kerajaan dan Kamsiah juga akan bersarapan bersama hampir setiap hari.

Mungkin kerana terlalu akrab dan sentiasa berdua ketika masih hidup, pasangan itu secara kebetulan juga meninggal dunia pada hari yang sama.

Kamsiah terlebih dahulu meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi kelmarin sebelum diikuti Md. Jan yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uda 15 minit kemudian.

Anak sulung pasangan itu, Nurman, 31, berkata, jika keluar berjalan-jalan, kedua-dua ibu bapanya tidak pernah berpisah dan akan pergi bersama-sama.

"Bukan saja keluar bersama, kereta yang dinaiki mereka juga mesti sama.

"Pernah suatu ketika dulu, ketika saya meminta emak dan abah naik kereta berasingan untuk keluar berjalan, mereka enggan berpisah dan meminta untuk bersama dalam satu kereta dan tidak kisah siapa yang memandunya," katanya ketika ditemui di Kampung Kesang Jaya.

Nurman berkata, apa yang membuatkan dia begitu mengagumi ibu dan ayahnya, mereka juga tidak pernah lekang untuk bersarapan bersama setiap pagi.

"Ayah akan beli sarapan di luar dan dibawa ke rumah untuk makan bersama, jarang sekali mereka makan di luar mungkin kerana di rumah lebih selesa," katanya.

Sementara itu, anak kedua pasangan itu, Nor Azlina, 29, berkata, ibunya itu rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sebaik sahaja doktor memberitahu penyakit barah hati yang dihidapi oleh ayahnya semakin kritikal.

"Emak mungkin tidak dapat terima hakikat bakal kehilangan ayah menyebabkan dia terus rebah dan tidak sedarkan diri.

"Tidak lama kemudian ayah pula menurut jejak ibu," katanya.

p/s bila bercinta, bercintalah sesungguh hatimu.. kerna selepas ini mungkin tiada lagi cinta yang seindah cinta yang kamu miliki kini... 


 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak bercinta ke Nak Berzina?

Nak bercinta ke atau nak berzina? Pasti ramai yang kata "of course lah nak bercinta".. TAPI selepas dah bercinta tu pasti nak berzina. Betul tak? Ada yang kata betul dan ada yang kata tidak. Bergantung kepada perspektif diri sendiri bagaimana anda menilai sesebuah percintaan itu.



"Well, zaman dah moden apa kes nak malu-malu? Rilekslah bro, zaman bujang bukan selalu, masa nilah nak merasa semua" Sedap je mulut budak-budak zaman sekarang ni kan bila kita tanya bab-bab macam ni. Kalau lelaki saja yang bersifat macam ni agak normal di dengar, ini tak, anak gadis pun dah terpesong pemikiran mereka disebabkan pengaruh sosial yang negatif.

Mak bapa hantar ke sekolah supaya jadi anak yang berguna, pandai jaga diri, jaga maruah diri, jaga maruah keluarga , berdikari, berdisiplin , bertamadun dan berpandangan masa hadapan. "Bagusnya anak aku seorang ni" ayat ni biasa di dengar di setiap mulut ibu bapa tapi sebagus mana sebenarnya anak-anak mereka apabila berada diluar rumah? Kadang-kadang aku sendiri pun bukanlah sebaik yang mak bapa aku harapkan , tetap ada cacat celanya tapi taklah sampai nak memusnahkan kepercayaan yang telah diberikan kepada aku oleh mereka selamani. Betul tak? 

Agak lucu tapi amat memalukan bila di hadapan mak bapa pegang awek pun tak berani. Kononnya "haram" , tak boleh bersentuhan sebab belum berkahwin, walhal bila mak bapa tidak ada di hadapan mata bukan sahaja tangan yang di pegang tapi semua yang haram sudah boleh menjadi "Halal". Benda yang tak mungkin terjadi pasti akan terjadi apabila kedua-dua 'mempelai' merasa keseronokan belaian dan kata-kata manja.

Nak bercinta ke nak berzina? Skop ni agak besar sebab zina bukan sahaja melibatkan hubungan seks bahkan zina juga wujud melalui hati, mata, tangan dan pelbagai lagi yang sudah termaktub di dalam agama islam. Walau bagaimana pun mari kita sama-sama fikirkan secara umum.( kerana bukan semua pembaca blog ini beragama islam). 

Apa pendapat anda berkenaan cinta zaman ini? Nak bercinta ke nak berzina? Nak elakkan? Bagaimana?

Sedikit pandangan cara mengatasi zina

1. Adalah lebih baik apabila keluar "dating" elakkan diri daripada duduk di tempat yang sunyi dan tidak ada orang. Kalau boleh "dating" depan mak bapa lagi baik, bawa keluarga jalan bersiar-siar.

gambar- walaupun tidak seksi tetapi tetap manis dari pandangan mata.

2. Kepada yang bergelar perempuan, walaupun zaman sekarang pakaian mesti nak ikut trend, tapi jangan lupa untuk menutup aurat. Elakkan pakaian yang menonjolkan bentuk tubuh badan. (Pandangan mata lelaki mudah tertawan dengan tubuh yang menggiurkan dan pastinya menimbulkan niat lain). Kalau yang tak pakai tudung pakailah baju yang tidak mendedahkan bahagian-bahagian sensitif dari pandangan mata lelaki.

3. Suka layari internet? Mesti ada yang gemar melayari laman web lucahkan? Elakkan diri daripada aktiviti tidak sihat ini. Ianya bukan sahaja merosakkan mata dan minda bahkan bakal merosakkan maruah diri anda sendiri.

4. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang mempunyai personaliti dan gaya hidup yang baik. Ianya bukan sahaja membantu anda berubah lebih baik bahkan secara tidak langsung anda menjadi lebih maju dan berfikiran rasional.

5.Ingatlah di hari tua mu. Cuba bayangkan satu hari nanti apabila anda sudah mempunyai anak remaja, adakah anda ingin melihat anak anda juga mengikuti jejak langkah anda? Fikir-fikirkan.

Apa pula pendapat anda?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friendster Lebih Romantik??


Kalau sebelum ni kita heboh tentang Harith Iskandar yang bahagia sehingga ke jinjang pelamin hanya melalui Facebook sebagai medium perhubungan, tidak kurang juga hebatnya dengan laman sosial Friendster.(yang kini dimikili oleh usahawan Malaysia)

Kisah berlaku setahun yang lalu apabila Eric Tan mengenali Sally hanya melalui friendster dan hanya mampu beramah mesra melalui laman web Friendster. Tidak mahu menjadi pungguk yang rindukan bulan Eric Tan mengajak Sally untuk keluar menonton wayang dan sejak dari itu hubungan mereka semakin erat.

Lebih romantik lagi apabila, apabila Eric menyedari dirinya bukan lelaki romantis (tetapi berusaha untuk melalukan sesuatu yang romantik), Eric yang gusar bagaimana untuk meluahkan isi hati kepada insan yang disayangi itu akhirnya memilih untuk membuat lamaran di pawagam yang menjadi lokasi pertama pertemuan mereka.


Seperti dirancang, Sally yang tidak mengetahui perkara tersebut diajak adiknya untuk menonton sebuah filem di pawagam yang terletak di Plaza Gurney, Pulau Pinang baru-baru ini bagi menemaninya menghabiskan cuti hujung minggu.

Kira-kira setengah jam selepas filem ditayangkan, skrin bertukar 'cerita' apabila menayangkan video pendek mengenai kisah percintaan Eric dan Sally yang ditayangkan menerusi sistem projektor ke skrin layar.
Eric pula muncul dari luar pawagam memakai sut serba putih menuju ke arah Sally bersama sejambak bunga mawar merah sambil menyanyikan lagu Married With Me yang dipopularkan oleh artis Hong Kong, Alex Thoo.


Suasana bertukar menjadi gamat apabila kira-kira 90 penonton yang sebenarnya adalah rakan-rakan pasangan kekasih itu bersorak gembira sambil bertepuk tangan apabila Eric melutut di hadapan Sally menghulurkan sebentuk cincin emas.

Sally yang kelihatan terkejut hanya mampu menangis kegembiraan dan menyambut lamaran kekasihnya itu sebelum kedua-duanya berpelukan mesra sebelum satu ciuman mesra dihadiahkan Eric ke pipi buah hatinya itu.

Malah kehadiran ibu Sally, Seow Yeok See secara senyap-senyap ke pawagam itu ditemani seorang lagi anak perempuannya untuk memberi kejutan sebenarnya memberi tanda dia merestui percintaan pasangan tersebut.

"Walaupun bergelar kekasih, tapi saya masih ragu-ragu jika dia enggan menerima lamaran ini tetapi saya nekad kerana telah tiba masa untuk meluahkan isi hati."

"Lalu saya dan rakan, Jordan Soot terfikir mengenai idea ini dan kami rancang semuanya dengan bantuan kawan-kawan lain sejak dua minggu lalu."

"Walaupun perlu berbelanja RM3,000 untuk menyewa pawagam ini, saya benar-benar puas hati kerana hajat untuk melamar Sally termakbul," ujarnya ceria.

So romantik kan? Terasa bagai dalam sebuah filem romantik. Kalau diberikan peluang semua orang hendakkan masa dan kenangan manis seperti itu. Tahniah kepada pasangan Eric dan Sally , semoga mereka juga bahagia sehingga ke akhir hayat. 


Kalau Facebook dan Friendster yang sekadar dapat melihat gambar namun tidak berjumpa tapi mampu membawa pasangan sehingga ke alam perkahwinan, mengapa ramai yang masih terkial-kial untuk mempercayai pasangannya sedangkan hampir setiap hari bersua muka.. :) fikir-fikirkan...

Semoga anda juga tergolong dalam golongan yang sentiasa merasa bahagia dengan nikmatnya cinta.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Facebook bawa ke pelamin




"Kalau dah jodoh, takkan lari kemana..." Rasanya ramai yang dah tahu artis kita iaitu Harith Iskandar sudah sah bergelar sang suami kepada model sambilan, Jezamine Lim pada 12.june.2010 yang lepas. 



Antara fakta yang menarik tentang perkahwinan ini adalah mereka mula bertemu cuma melalui laman sosial Facebook dan meneruskan hubungan sehinggalah mengambil keputusan untuk berumah- tangga. 

Isterinya Jezamine Lim telah memeluk islam pada march lepas. Alhamdulilah, kata orang kalau hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.. Buat apa nak melewat-lewatkan perkara yang baikkan? 

Umur bukanlah penghalang, Jazamine yang berumur 27 tahun bukanlah menjadi penghalang mereka berdua tidak sepadan. Apa yang penting adalah bagaimana kasih sayang dan kehidupan mereka selepas ini. Semoga perhubungan ini dapat berkekalan sehingga ke pintu syurga.

Amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antara RM dan CINTA



Mengapa perlu risau sekiranya wang dapat membeli segala- galanya, dan mengapa perlu bersusah payah jika wang boleh menyelesaikan masalah cinta anda. Adakah anda perlu risau lagi apabila anda rasakan anda sudah miliki hampir semua keinginan dan impian anda dengan wang?

Mari sama- sama sedar bahawa…..

Wang bukan segala-galanya tetapi, segala-galanya memerlukan wang”
Hampir semua masalah di dunia boleh diselesaikan dengan wang ringgit. Namun, tanya diri anda, adakah hubungan cinta anda mampu dibeli dengan wang ringgit? Adakah setiap permasalah cinta anda perlukan nilai wang untuk menyelesaikannya?


Adalah tidak sihat apabila pehubungan cinta anda yang bertahan disebabkan wang ringgit dan kebendaaan semata- mata. Bayangkan, untuk memujuk pasangan anda yang merajuk anda perlu belikan sesuatu yang berharga untuknya. Memang pembelian hadiah adalah salah satu cara untuk memujuk pasangan anda yang merajuk tetapi, jika setiap kali pujukan memerlukan wang anda untuk memberi hadiah adakah perkara ini sihat? Apa terjadi sekiranya anda tidak berduit lagi??

Jika tiada hadiah maka hubungan cinta putus. Jelas sekali keadaan ini membuktikan hubungan cinta bertahan disebabkan nilai wang dan kebendaan. Hubungan cinta seperti ini perlu diperbaiki secepat mungkin sebelum menemui jalan buntu yang mendorong ke arah perpisahan. Selamatkan hubungan cinta anda selagi masih sempat.


Semoga Berbahagia...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gila Bola!!!!


"GOOOOOOOOOAAAALLLLLLL" Siapa yang minat gila dengan bola confirm sanggup bersengkang mata hingga waktu subuh semata-mata hendak melihat pasukan kegemaran menang untuk pusingan seterusnya.

Ini "Cinta Sukan" atau "Gila tengok bola" je? Fikir-fikirkan. Ramai yang kantoi masa bertugas di siang hari gara-gara bola. Tak cukup dari tu buat anda yang memiliki boyfriend yang memang "gila bola" kenalah bersabar-sabar untuk 2 bulan ni. Pasti dia akan layan anda hendak tak hendak je. 

Sampai sanggup kata "dating bulan ni di gantikan kepada bulan hadapan"..hehe... ada ke yang macam tu? Kalau ada nak buat macam mana lagi?

Bersabarlah, apa kata masa macam ni kita berikan ruang kepada dia untuk menikmati hidup yang hanya 4 tahun sekali berlaku. Dan sekiranya anda tidak minat untuk menonton bola cubalah join sekaki, pasti akan mengeratkan lagi hubungan anda kerana dia akan sentiasa rasa dirinya amat di hargai (^_^).

Tapi kalau tak boleh juga, jangan paksa dia untuk menyuruh dia jangan layan bola pula, biarkan dia dan anda masih boleh lakukan aktiviti kegemaran anda sendiri. Ini jugalah masanya anda meluangkan lebih masa bersama kawan-kawan anda tanpa dia mengekori anda. : p 

" So always think positif" jangan sesekali merasa anda terpinggir kerana dia "gila bola". Fikirkan apa yang terbaik untuk dia (berikan ruang masa untuknya) dan fikirkan apa yang terbaik boleh anda lakukan semasa anda jarang untuk keluar bersama dia.

Go..Go...Go.. Jom Bersabar... (^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta VS Suka


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.

Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.

Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.

Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.

Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.

Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.

Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.

Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang PASTI akan mengalami ini dalam hidup mereka. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dapat Cuti Bila Putus Cinta??


Wah! Agak menarik di pandang tetapi perit untuk merasainya putus cinta. Agak-agaknya berapa kali anda putus cinta dalam masa setahun? Sekiranya tiada dan anda merupakan rakyat negara Jepun nampaknya anda sudah kerugian besar dalam menikmati cuti rehat yang di berikan oleh kerajaan Jepun. (^_^)

Apa kata anda, sekiranya cuti seperti ini diperkenankan oleh kerajaan Malaysia? Pasti huru-hara jadinya, bukan nak memajukan negara tapi semakin mundurlah jadinya. Ingat, kita tidak boleh samakan diri kita adalah sama seperti penduduk negara Jepun. Rakyat Jepun merupakan rakyat yang paling kuat bekerja di dunia ini sebab itu mereka dapat membangun dengan pantas sekali sehingga Malaysia jauh ketinggalan dari pelbagai aspek pembangunan. 

Jadi, adalah perkara kecil apabila kerajaan negara Jepun memperkenankan cuti kepada sesiapa yang putus cinta. Namun, jika rakyat Malaysia di berikan kelonggaran seperti ini sudah pastinya semakin menjadi-jadi kemalasan yang wujud di setiap jiwa seseorang itu. Betul ke? Tepuk dada tanya selera. Kita boleh mengukur baju di badan sendiri sebenarnya sekiranya kita memahami kelemahan diri.

Kesimpulannya, bercinta atau putus cinta, hidup mesti diteruskan demi masa hadapan yang lebih mencabar. Seperti yang k&a katakan sebelum ini putus cinta tidak semestinya sudah berakhir hidup anda di dunia, itu cuma permulaan untuk anda mengenali erti sebenar indahnya cinta, indahnya duka, indahnya kasih mesra. Percayalah, syurga kebahagiaan masih menanti anda, cuma jangan sesekali lalai dan leka dalam kehidupan.

Selamat Bercuti Sekolah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Andai dapat ku undurkan masa.....


“Andai dapat ku undurkan masa akan ku kembali ke zaman kanak-kanak riangku”

“Andai dapat ku undurkan masa akan ku elakkan kesilapanku dulu”

“Andai dapat ku undurkan masa akan ku setia padanya agar dia tidak pergi meninggalkan aku” 


“Andai dapat ku undurkan masa akan ku ubah sikapku agar tidak memakan diriku”

“Andai dapat ku undurkan masa akan ku dekatkan diriku dengan-Nya selalu”
 

“Andai ku dapat undurkan masa akan....................................”

Pelbagai keinginan, harapan dan impian setiap orang apabila di berikan peluang untuk kembali ke zaman silamnya. Siapa yang tidak mahu?


Siapa yang tidak mahu memperbaiki kesalahan atau kesilapan dirinya sebelum ini? Siapa yang tidak ingin kembali dan menjadikan hidupnya sesempurna impiannya?...
 


Kekasihnya pergi tanpa pesan kerana kecurangannya...”aku mahu kembali di waktu aku setia padanya agar aku bersamanya selama-lamanya dengan penuh kasih dan sayang”
 

Anak yang menderhakai kata-kata ibu bapanya ...” Akan ku cium tangan kedua ibu bapaku yang telah membesarkan aku tapi telah ku hancurkan harapan mereka hanya kerana aku seorang penagih, aku ingin kembali di waktu sebelum aku terjebak dalam kesesatan dunia”
 

“Andai dapat ku undurkan masa akan ku...............” Sambunglah ayat ini sendiri dengan harapan dan impian di hati anda....
 


Namun...tidak ada manusia yang akan dapat mengundurkan masa. Semua yang terjadi adalah ketentuan Tuhan, segala yang telah kita hadapi, lalui mahupun gembira atau duka adalah satu anugerah kehidupan agar kita lebih menghargai kehidupan ini di masa akan datang..
 

Jangan lagi di sesali kesilapan yang lalu, jangan lagi ditangisi kesalahan lalu. Segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan hanya Tuhan yang akan memberikan dimana, bagaimana dan bila masanya untuk anda merasai nikmat dari-Nya..

Ingatlah...setiap keperitan, kesengsaraan mahupun kedukaan yang telah anda alami itu kini telah menjadikan anda seorang insan yang tabah, mengenal kekurangan diri dan akan sentiasa mengingatkan diri untuk jadi lebih baik, dan lebih baik daripada sebelum ini. Hanya anda yang mengenali diri anda sendiri... Yakin dan percayalah anda lebih baik daripada sesiapa yang ada di dunia ini. "Just be yourself"

Nikmatilah hidup ini dengan penuh riang di hati...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadiah Buat Si Dia

Buat lelaki yang teramat cintakan pasanganya.


Pastinya ramai yang pening-pening lalat sehingga sukar untuk melelapkan mata semata-mata memikirkan apakah hadiah yang terbaik buat si dia di hari jadinya nanti

"Apa nak buat? Nak hadiahkan apa kat ..... ni?, bingung..bingung" ayat ni pasti menjadi igauan jejaka yang benar-benar menyayangi si dia yang istimewa. Susah sangat ke nak berikan hadiah terbaik? Mesti ke berharga ratusan ringgit? Kilauan emas? atau sesuatu yang mesti gempak punye??.

                      Jam berpasangan antara pilihan romantik buat si dia

1. Lebih sederhana lebih berharga.

Ada yang suka memberikan hadiah berharga hingga ribuan ringgit dan pastinya si dia meloncat-loncat kegembiraan bila mendapat sesuatu seperti itu. Tetapi jikalau semua itu hanya di beli tanpa sebarang pengorbanan? "what so special about it?" Keistimewaan sesuatu kebendaan bukan terletak pada harganya tetapi kepada payah mana anda berusaha untuk memilikinya dan memberikannya kepada si dia.


2. Hasil kreativiti sendiri


Sesuatu benda yang di buat sendiri pasti memiliki nilainya yang tersendiri. Ada bibit-bibit romantis di setiap rekaan hadiah anda itu nanti. Masa yang anda luangkan untuk mereka cipta sesuatu itu pastinya menaruh 1001 rasa cinta, kasih sayang dan kegembiraan yang bakal terserlah melalui hadiah anda walaupun hadiah sedemikian tidak seberapa tetapi ianya adalah "terbaik" baginya. Contoh terbaik buatnya adalah dengan memasak untuk si dia, pastinya sesuatu yang romantis kerana selama ni anda langsung tidak pernah memasak. (^_^)
 
 Baju berpasangan juga sesuatu yang amat romantik di mata orang yang melihat anda berdua

3. Hadiahkan kejutan buatnya.

Sekiranya si dia jenis yang di sukai ramai. Berikanlah dia parti kejutan untuknya. Pastinya si dia terperanjat dengan kehadiran ramai insan-insan kesayangan di sekelilingnya. Ini pastinya memberikan hari yang penuh dengan kenangan dan anda harus jangan lupa untuk menangkap gambar bersama dan beramai-ramai. Kemudian jangan juga lupa untuk meletakkan gambar hari jadinya di dalam facebook anda dan "share" dengan rakan-rakan anda, pasti si dia merasa dirinya amat istimewa.


Mudah bukan? Bukan sukar untuk memberikan apa yang terbaik buat si dia. Bila hendak memberikan yang terbaik biarlah ianya datang dari hati kita, nilai ringgit bukan segala-galanya.
 
Hadiah sederhana dan di sukai pastinya menggambarkan si dia jenis yang sanggup bersama anda walau dalam keadaan apa sekalipun.

Semoga Berbahagia bersama si dia. Good Luck

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...