RSS

Cari Jodoh? Apa kebaikannya?



Pasti ada yang tertawa bila cuba mendengar lirik lagu "cari jodoh" ni.

"Jodoh pertemuan di tangan Tuhan" Itulah yang kita fahami sejak azali lagi. Hanya Dia yang akan menentukan siapa jodoh kita. 

Bagaimana pula kepada yang masih belum bertemu jodoh atau pasangan yang di idamkan? Mana silapnya? Ada yang duduk rumah ke menunggu pinangan? Atau ada juga yang hanya berserah 100% kepada kekuasaan Tuhan agar Jodoh datang bergolek.. Ada ke yang macam tu?

Walaupun jodoh kita ditangan Tuhan namun kita sebagai hamba-Nya kenalah juga berusaha untuk mencari siapa yang boleh di jadikan teman hidup sehingga akhir hayat ini.

Tahukah anda dalam proses "Mencari Jodoh" kita akan berhadapan dengan pelbagai kejadian hidup yang kita tidak sangka-sangkakan. Antaranya:

1. Anda akan mula memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa kerana anda mahu jadi yang terbaik buat si dia.

2. Anda akan mula mengerti erti "rindu, cinta dan benci" dalam satu masa yang pasti buat anda tertawa bila sudah tua nanti.

3. Anda akan menjadi insan yang tidak akan mudah putus asa kerana cinta seringkali memberikan anda kekuatan untuk berjaya.

4.Anda akan mula memenuhkan panggung wayang dengan cerita cinta cintun dan ini pastinya akan menjadi rahsia antara anda dan anak anda suatu hari nanti.. (^_^)

5. Percaya atau tidak cinta mengajar anda makna sebenar "Keindahan hidup di dunia" dan cinta kepada-Nya akan mengajar anda erti "Keindahan hidup di syurga kelak"

Terdapat pelbagai lagi sebab yang menarik dalam perjalanan mencari jodoh dan terdapat pelbagai juga keburukan dalam proses itu.

Apa yang penting sekali anda haruslah percaya dengan diri sendiri dan tidak putus-putus menadahkan tangan untuk berdoa kepada yang Maha Esa supaya ditemukan jodoh yang terbaik buat diri anda.


P/S Jika dulu rindu kita ditemukan dengan utusan surat daripada si dia, kemudian di eratkan lagi dengan pesanan mesej ringkas (sms)... bagaimana pula dengan zaman cyber sekarang ni? Pasti anda terkejut jika teknologi internet antara cara terpantas bagi golongan lelaki untuk mencari jodoh mereka. Nak tahu bagaimana caranya? Jom masuk website ni http://web50.my/cinta .

 Andai ada cinta di hati jangan takut untuk meluahkannya. Kelak anda sendiri tepuk dahi hingga ke tua. (^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok!



Assalammualiakum & Salam Sejahtera..

Kali ini, K&A ingin berkongsi tips yang diberikan oleh Dr. Asri tentang memilih pasangan.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.


Ini atas beberapa alasan;

1) Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

2) Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka. 


kandungan yang terdapat didalam sebatang rokok 

 
3) Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

 

4) Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

5) Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Jadi, fikir-fikirkan lah... 

Bagi yang sudah terlanjur mempunyai pasangan yang merokok, mungkin anda boleh cadangkan ebook "Jom Berhenti Merokok" kepada mereka. Ebook tersebut boleh didapati dengan mengklik banner di bawah ini.



Semoga Berbahagia Sehingga Ke Syurga


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 Tips Dalam Berpasangan


1. Saling Mempercayai

Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan , pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh si dia.

2. Saling memahami

Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si dia keluar , makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si dia menjawab "tak nak", "tak mahu" biarkanlah si dia. Maksud di biarkan adalah jangan di paksa-paksa si dia untuk menuruti semua kemahuan kita. Fahami kenapa si dia bertindak sedemikian, mesti ada sebab yang munasabah di setiap keputusannya. Maka hormati dan fahamilah pasangan kita.

3. Bertolak ansur

Setiap laut akan ada pasang surutnya, begitu juga dengan pasangan yang bercinta.  Tidak akan dinamakan berpasangan sekiranya tidak ada pertelingkahan atau sedikit kurang ajar. Di sini anda haruslah bertolak ansur dengan si dia dan menurunkan sedikit ego anda dem menjaga hubungan yang panjang. Jangan mengharapkan si dia bertolak ansur dulu, anda kenalah mulakan langkah kanan. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama si dia yang menyampah dengan anda. (^_^)

4. Kejujuran

Ketika berpasangan hendaklah jujur, tidak kira waktu dan dimana anda berada. Kejujuran bukan sahaja dengan pasangan kita bahkan ianya amat penting kepada semua insan yag berada di sekeliling kita.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, dan tidak mengkhianati amanah cinta yang telah kita miliki.  Beringat!! Sekiranya anda mendapati si dia tidak jujur dengan anda, janganlah pula anda membalas dendam dengan membabi buta tanpa berbincang dan mendapatkan penjelasan yang sejujurnya daripada si dia. Si dia tetap manusia yang akan sentiasa lalai dengan hasutan keduniaan.

5. Kesetiaan

Apabila anda berpasangan, kesetiaan adalah merupakan faktor yang amat di ambil kira. Janganlah anda melirikkan mata anda untuk melihat "cinta ketiga" lagi. Ingatlah, si dia sudah memberikan sepenuh kepercayaannya kepada anda untuk menjaga hubungan untuk bersama selama-lamanya. Sentiasalah melatih diri anda untuk berkata "tidak" kepada dugaan-dugaan cinta ketiga yang bakal menghancurkan hubungan cinta anda.



"Jodoh pertemuan adalah ketentuan Tuhan. Namun kita sebagai hamba-Nya haruslah menjaga kesucian sesebuah cinta itu agar cinta kita di rahmati dan dapat disatukan sehingga ke syurga. "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kasihnya Ibu



Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu..

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu

Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu

Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
 

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Dan.....dan hari ibu menjelma kembali.... Aku tidak ingin mengulangi kembali kesilapan lalu.. Tunggu aku Ibuku


Selamat Hari Ibu,buat bondaku tercinta..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Love = Waiting 4 A Bus....??



Cinta itu sama seperti orang yang sedang menunggu bas.

Sebuah bas datang, dan anda katakan,

"Wah..terlalu penuh, tak naklah, rimas bersesak.Tunggu bas yang seterusnya jelah."

Kemudian, bas berikutnya datang. Anda melihatnya dan berkata,

"Alamak! Bas ni tak elok pula,tempat duduknya kurang selesa"

Bas selanjutnya datang, cool dan anda berminat, tapi seakan-akan dia tidak melihatmu dan lalu begitu saja.

Bas keempat berhenti di depan anda.

Bas itu kosong, cukup bagus, tapi anda katakan,

"Takde aircond lah bas ni, mana leh tahan dengan kepanasan hari ni kalau duduk lama-lama".

Jadi anda membiarkan bas keempat itu pergi. 

Waktu terus berlalu, dan anda mulai sedar sudah lewat untuk hadir ke pejabat,

Ketika bas kelima datang, anda sudah tak sabar, anda terus melompat masuk ke dalamnya.

Setelah beberapa lama, anda akhirnya sedar yang anda sudah salah menaiki bas. Bas yang anda naiki sekarang ini menuju ke destinasi lain.

Dan anda baru menyedari bahawa anda telah mensia-siakan masa anda sekian lama.
Moral dari cerita ini :

Sering kali seseorang itu menunggu orang yang benar-benar 'ideal' untuk menjadi pasangan hidupnya. Padahal tidak ada orang yang 100% memenuhi kehendak kita.

Dan anda pun sekali-kali tidak akan pernah menjadi 100% sesuai dengan keinginan si dia.

Jangan asyik memberikan alasan untuk menunggu dan menunggu. Ingatlah, Tidak ada seorang pun yang sempurna di dunia ini.

(^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cemburu Lelaki??


CEMBURU? Siapa yang tak pernah merasa perasaan cemburu? Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia terutamanya dalam aspek percintaan. 

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Tetapi lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran...

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.


Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.


Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.


Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.


Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.


Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.


Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.

Ingat, jangan percaya bulat-bulat dengan artikel ini, ianya cuma kajian semata-mata oleh ilmuan barat.

Horoskop adalah haram untuk orang ISLAM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...