RSS

Nak Kahwin?


Happy gilerr abang pengantin kat atas tu. Siapa yang tak happy bila dah bergelar sang suami ^_^.
Agaknya apa yang difikiran akak yang kat belakang? Rasa amat bahagia sebab dah bertahun menunggu abang pengantin nak masuk merisik? atau terlalu bahagia sebab impian tercapai walaupun pelbagai rintangan yang berlaku sebelum hari pernikahan. Apa-apapun semoga pasangan ideal ini bahagia ke akhir hayat mereka..

Anda pula bagaimana? Sudah be
rbisik dengan si dia untuk menyatakan hasrat untuk berkahwin dan menjalankan kehidupan baru? Atau anda sudah merancang untuk menghadiri kursus perkahwinan tidak lama lagi? wahh! Tahniah di ucapkan.


Kalau dah menghadiri kursus perkahwinan tu cepat-cepatlah lakukan persiapan ye. Tak kisahlah dari segi zahir ataupun batin. Praktikkan apa yang telah dipelajari semasa kursus perkahwinan anda, itulah asas kebahagiaan rumah tangga.



Renungkan sejenak, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kehidupan baru? Layak ke aku bergelar suami? Isteri? Mampu ke aku nak bagi nafkah untuk keluargu nanti? Kalau dah ada anak bagaimana pula?
Pasti perkara sedemikian bermain difikiran anda, betul tak? Ambil tindakan sekarang!!
Sediakan pen dan kertas dan mulakan menulis apa perancangan masa depan anda. Bajet semasa berkahwin,bajet kehidupan selepas berkahwin dan kos kehidupan setelah bergelar seorang ibu atau ayah. Fikirkan sejenak, apa yang patut anda lakukan sebelum dan selepas berkahwin agar kehidupan anda bahagia dan amat memuaskan hati anda dan keluarga anda selamanya.

Selamat Berbahagia.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengimbau kembali "keindahan Cinta"


Pasti ada yang tersenyum apabila melihat gambar filem syurga cinta. Masakan tidak, filem yang berjaya mencuit hati ramai penonton dan membawa orang ramai ke alam percintaan yang jauh berbeza daripada filem-filem melayu yang lain.

Filem "Syurga Cinta" Mungkin sudah agak lama ditayangkan di pawagam dan pastinya ramai yang memiliku dvd bagi filem ini.Kali ini saya sengaja membawa anda semua mengimbau kembali kemeriahan filem ini semasa dilancarkan. Semuanya masih segar dalam ingatan. ^_^


‘Syurga Cinta’ mengupas kehidupan dua remaja Melayu yang mempunyai pegangan agama yang jauh berbeza. Irham (Awal) seorang yang mengagungkan gaya hidup barat dan Syuhada (Heliza) pula seorang muslimah yang teguh mempertahankan ajaran Islam. Kedua-dua insan ini akhirnya jatuh cinta walaupun pada mulanya Irham hanya mahu mempermainkan Syuhada kerana bertaruh dengan rakan-rakannya

Kemunculan Hadziq (Tom Tom Bak) berjaya memeriahkan suasana dan menyuntik mood komedi untuk filem ini. Pelakon cilik ini memang petah berkata-kata dan pandai juga berlakon. 



Filem ini memang "SYOK" habis. Kepada yang masih belum menonton filem ini apakata luangkan masa anda bersama-sama dengan keluarga untuk menonton, anda pasti berpuas hati dan terhibur dengan mesej-mesej yang disampaikan melalui filem ini. 

Alang-alang bercinta, biarlah sampai ke syurga...selamat menonton...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Padankan Cinta Mengikut bintang anda








Apakah bintang anda? Zodiac lah tu...signs...horoscope...THEN, apakah bintang pasangan anda? Mungkin bagi you all ianya tidak penting. Tetapi at least, secara asasnya setiap orang akan mengikut nature simbol bintangnya yang hampir sama, cuma yang membezakan adalah cara seseorang dibesarkan!

NAMUN, kesesuaian dengan pasangan anda adalah PENTING right? So, salah satu basic untuk mencari kesesuaian itu, anda bolehlah berpandukan kepada, nature seseorang...mungkin dia cukup sesuai atau tidak dengan anda. How to know that??...Melalui bintang!

Dengan mengetahui kesesuaian bintang anda dengan pasangan anda terlebih dahulu sebelum meneruskan perhubungan, sudah pastinya dapat membantu. Namun, sekiranya anda sudah dimiliki...bintang anda dengan pasangan anda tidak ada penyesuaian di sini, tiada jalan lain melainkan,

"If you love...you have to work it out, understand and try to accept!"

Aquarius
January 21 - February 20
Paling sesuai : Gemini
Boleh menjadi baik : Libra, Pisces, Aries, Sagittarius, Capricorn
Paling tidak sesuai : Taurus, Leo, Scorpio

Pisces
February 21 - March 20
Paling sesuai : Cancer, Scorpio, Pisces
Boleh menjadi baik : Aries, Taurus, Capricorn, Aquarius
Paling tidak sesuai : Gemini, Virgo, Sagittarius

Aries
March 21 - April 20
Paling sesuai : Leo
Boleh menjadi baik : Sagittarius
Paling tidak sesuai : Cancer, Libra, Capricorn, Aries

Taurus
April 21 - May 20
Paling sesuai : Capricorn
Boleh menjadi baik : Taurus
Paling tidak sesuai : Aquarius, Leo, Scorpio

Gemini
May 21 - June 20
Paling sesuai : Libra atau Aquarius
Boleh menjadi baik : Cancer
Paling tidak sesuai : Virgo, Sagittarius, Pisces

Cancer
June 21 - July 20
Paling sesuai : Scorpio atau Pisces
Boleh menjadi baik : Leo atau Virgo
Paling tidak sesuai : Libra, Capricorn, Aries, Cancer

Leo
July 21 - August 20
Paling sesuai : Aries
Boleh menjadi baik : Sagitarius, Capricorn atau Virgo
Paling tidak sesuai : Scorpio, Aquarius, Taurus

Virgo
August 21 - September 20
Paling sesuai : Virgo atau Capricorn
Boleh menjadi baik : Libra, Scorpio, Cancer, Leo
Paling tidak sesuai : Sagittarius, Pisces, Gemini

Libra
September 21 - October 20
Paling sesuai : Gemini
Boleh menjadi baik : Libra, Scorpio, Sagittarius, Leo, Virgo
Paling tidak sesuai : Capricorn, Aries, Cancer

Scorpio
October 21 - November 20
Paling sesuai : Pisces atau Cancer
Boleh menjadi baik : Capricorn, Virgo, Libra
Paling tidak sesuai : Aquarius, Taurus, Leo, Scorpio

Sagittarius
November 21 - December 20
Paling sesuai : Aries atau Leo
Boleh menjadi baik : Capricorn, Aquarius, Libra, Scorpio
Paling tidak sesuai : Pisces, Gemini, Virgo

Capricorn
December 21 - January 20
Paling sesuai : Taurus
Boleh menjadi baik : Aquarius, Virgo, Pisces, Scorpio, Sagittarius
Paling tidak sesuai : Aries, Cancer, Libra

So, happy hunting! 


Article by :
Razzi Rahman @ Brother Love

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"Kereta, Otak & cinta...semuanya sama!"



Kereta ~ Jika lama terbiar dan tidak dihidupkan enjinnya, ia akan lemah, lesu, rosak dan menjadi usang. Apabila anda  hendak menghidupkannya semula, enjinnya terpaksa dibaiki, beberapa parts kena tukar baru, ditukar bateri dan mungkin enjin kereta itu boleh dihidupkan kembali, kereta itu mungkin juga boleh bergerak semula. Namun ianya tidak akan sehebat dulu. TIDAK SAMA!

Sebaliknya jika kereta itu sentiasa dijaga rapi, enjinnya selalu diservis dan selalu dihidupkan enjinnya, PASTI keadaan kereta itu akan sentiasa baik dan enjinnya sudah tentu boleh bertahan lama... Otak ~ Yup!...begitu juga otak kita, jika dibiarkan begitu saja tanpa ilmu, tidak diasah, tidak digerakkan dengan pengetahuan, tidak diguna untuk membuat keputusan, maka 'enjin' untuk berfikir akan mulai berkarat, lemah, lesu dan usang. Lama-lama otak akan menjadi lembab dan beku!...

Sebaliknya, jika otak selalu digunakan, dimuatkan dengan berbagai-bagai pengetahuan, selalu diasah untuk berfikir, enjin untuk berfikir tadi akan sentiasa baik dan semakin tajam pemikiran kita, malah kita akan berubah menjadi seorang yang lebih bijak!

CINTA ~ Juga sama! Sekiranya anda gagal dalam bercinta, teruskan bercinta! Jangan sesekali berkata, "Biarlah nak jadi apa pun, kalau ada jodoh...adalah. Aku dah letih nak bercinta, nak bina semula percintaan" ..Jangan cepat mengalah beb, jangan putus asa dengan cinta. Jangan berubah menjadi malas untuk FIKIR pasal cinta lagi...Jangan sesekali berhenti dari bercinta!

Janganlah mengundur diri sebelum benar-benar tewas di dalam perang, lalu...hanya menyerah pada yang Esa. Hey....Tuhan juga menyuruh kita berusaha, kan?!. Gagal sekali dua, bukan bererti gagal selamanya! Bro lagi banyak kali gagal beb!!...

Sekiranya anda berhenti dari bercinta, lama-kelamaan anda akan lupa bagaimana hangatnya cinta itu, anda akan lupa cara-cara bercinta, anda akan menjadi semakin lemah dalam menangani masalah cinta...SEPERTI ENJIN & OTAK kita tadilah...enjin mati, otak beku!...CINTA??...samalah, malah anda akan merasa begitu longlai dan lesu walau untuk sekadar memandang kepada cinta yang datang... akhirnya anda pasti akan keseorangan. Anda tidak mahu itu berlaku kepada anda bukan?

Jadi, sebaliknya jika anda terus ingin memiliki cinta, terus bercinta, anda akan bertambah mahir. Walau anda gagal dan gagal lagi, anda ambil pengajaran darinya dan anda semakin faham tentang percintaan, bila anda semakin berpengalaman, PASTINYA Anda akan lebih mengenali pasangan yang baik untuk anda, lalu anda akan lebih bersemangat untuk bercinta, jiwa anda akan lebih kelihatan bersemarak dengan cinta. AKhirnya dengan sendiri, orang-orang di sekeliling anda akan melihat diri anda hebat malah cukup arif tentang perhubungan, jadi mulailah ramai yang meminati anda!... kan itu yang anda mahu?...jika itu keinginan anda, jawapannya simple je, 

 
"JANGAN BERHENTI BERCINTA!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Resepi Rahsia Cinta


1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita.Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantukamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yangtepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintaiseseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orangpertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulaimenghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apayang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dariorang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanyapada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta,kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamuberi, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya denganmemberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukanberbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yangceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yangdapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

 
4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan.Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintaikeperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamuingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakanpersahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhanmembuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapiagama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatanini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang,bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu.Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalamhubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajaruntuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hatikita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hariini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapatmempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untukberkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintaiseseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamucintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernahtakut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernahmelewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintaidengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhirkamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatanuntuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon,apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cintayang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmentersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalahujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuhcinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang,berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yangmembezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta danmembiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanyadatang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam,kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembalidengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dankejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dankegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari –hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadikomponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorangbisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasaterperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak bolehmencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secarautuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamucintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakahseseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri“Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jikajawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalamsebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

ikhlas....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...