Sometimes agak confused dengan masyarakat kita yang cukup susah untuk menyatakan sayang or even to say, “I love you, sayang.”
Time bercinta, bukan main lagi hehe.. Tapi apabila sudah berkahwin…segala-galanya pudar. Usah nak ucap kata-kata cinta. Mendengar saja dah naik bosan dan muak.
Ni orang lelaki lah ni selalunya. Tidak kurang juga dengan si isteri yang malu bila dipeluk-peluk suami dikhalayak ramai. Pipi nak dicium suami pun ditepisnya…. alasannya, malu.
Ada pula sesetengah tu, hanya menunggu waktu-waktu tertentu untuk mengucapkan, “I love you.”
But, why wait?…Mengapa kita hanya menunggu hari Valentine sahaja untuk celebrate cinta? Contohnya. Kalau Valentines day bukan main lagi menyambutnya. kemain lagi hadiahnya, dinnernya…dan berbagai-bagai lagi. Tak boleh ke kalau kita raikan perhubungan cinta kita itu setiap hari? Bukankah ia lagi menarik.
"Sudahlah pertelingkahan tu diamalkan hampir setiap masa. Asyik bertekak tak kira masa pula. Yang bergaduh tak apa pulak dibuat setiap hari ya? Mengapa kita tak boleh nak bercinta setiap hari?."
Katakan, ucapkan cinta setiap hari. Mengapa kena tunggu waktu dan ketika yang sesuai? Mengapa kena tunggu harijadi? Tahun Baru, Ulangtahun perkahwinan…Valentines day, ….okeylah kalau you all kata takut boring, fine!…tapi mengapa tak boleh nak buat 2-3 hari sekali ke, seminggu sekali ke….haaa lama dah tu…
TAPI, Jika itu adalah cinta…mengapa mesti bosan? Kalau bosan, itu maknanya sudah samar cintanya. Kalau teori, Ucapkan kata cinta setiap hari ini membosankan…olahkan cinta jadi pelbagai caranya. Contoh :-
TAPI, Jika itu adalah cinta…mengapa mesti bosan? Kalau bosan, itu maknanya sudah samar cintanya. Kalau teori, Ucapkan kata cinta setiap hari ini membosankan…olahkan cinta jadi pelbagai caranya. Contoh :-
- Day 1 ~ Bercinta di pantai atau dikolam renang…mandi-manda bersama dan ucapkan kata cinta
- Day 2 ~ Kejutkan dia di tempat kerjanya dan keluar lunch ke Restoran makanan exotic…then ucapkan kata cinta
- Day 3 ~ Jangan tunggu waktu harijadi baru nak bagi hadiah. Hadiahkan dia hari ini juga sesuatu yang small, simple but fancy and meaningful. Kali ni, ucapan cinta hanya di kad gifts tu…
1 komen:
ala, orang dah kawen nih ingat diorang bercinta kat atas katil jer kot. haihhh
Catat Ulasan