RSS

Teknik Pengurusan Masalah Dalam Perhubungan



Seperti yang telah sedia maklum, bercinta tidaklah selalunya membuahkan bahagia kerana bercinta juga dipenuhi dengan halangan-halangan tidak kira yang kecil ataupun yang besar. 

Malahan terlalu banyak perpisahan terjadi kerana tidak dapat menyelesaikan masalah masalah yang dihadapi. Maka tidak mustahillah ada 24 pasangan bercinta yang akan berpisah dan bercerai setiap hari akibat daripada masalah-masalah tersebut.

Akan tetapi, jika kita mampu menguruskan masalah-masalah tersebut, kita sudah pasti dapat menghalang daripada terjadinya perpisahan atau penceraian antara anda dengan pasangan anda. Bagaimanakah caranya?? Sila kaji 9 modul masalah dan penyelesaian yang telah di sediakan dibawah. Masalah-masalah tersebut ialah:
 
1) Bergaduh kerana cemburu
 
· Puncanya ialah salah seorang daripada pasangan tersebut melakukan sesuatu yang membuatkan pasangannya mencurigainya.
 
· Penyelesaiannya ialah jangan sekali pun anda melakukan perkara yang tidak disukai oleh pasangan anda termasuk tidak melakukan perkara yang akan menyebabkan pasangan anda berasa cemburu dan terus mencurigai cinta anda.
 


2) Bergaduh kerana tekanan bekerja
 
· Puncanya ialah anda atau pasangan terlalu tension ditempat kerja akibat pekerjaan atau dimarahi bos anda dan melepaskan keseluruhan tension tersebut di rumah anda dan dihadapan pasangan masing-masing.

· Penyelesaiannya ialah sentiasalah mengetahui cara terbaik untuk mengelakkan anda melepaskan tekanan kerja anda di rumah dengan mengetahui cara mengasingkan hal pejabat dengan hal rumah tangga anda. Ingatlah bahawa pasangan anda tidak bersalah langsung diatas tekanan anda itu.
 
3) Bergaduh kerana terkongkong
 
· Puncanya ialah pasangan merasa terkongkong atau dikawal sepenuhnya oleh anda malah tidak bebas bergerak ke mana sahaja.
 
· Penyelesaiannya ialah berikanlah sedikit ruang untuk pasangan anda bebas tetapi mempunyai had yang tertentu agar pasangan anda tidak menggunakan kebebasan tersebut untuk menyakiti hati anda.
 
4) Bergaduh kerana kesempitan wang

· Puncanya ialah tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga.
 
· Penyelesaiannya ialah cari kerja-kerja sampingan yang boleh menambah duit pendapatan bulanan anda tanpa mengganggu kerjakerja harian anda. Ia bukan sahaja dapat membantu keluarga, malahan dapat memperoleh pengalaman kerja yang banyak.
 
5) Bergaduh kerana ditipu pasangan
 
· Puncanya ialah seringkali ditipu pasangan sama ada penipuan yang kecil mahupun penipuan yang besar yang boleh menggoyahkan keteguhan cinta anda.

· Penyelesaiannya ialah sentiasa jujur dalam percintaan dan tidak menipu dalam semua perkara yang kita lakukan. Jangan sekali-kali anda menipu pasangan anda kerana setiap kali anda menipu, kepercayaan yang mereka berikan akan pudar.
 


6) Bergaduh kerana tiada masa bersama
 
· Puncanya ialah terlalu sibuk dengan urusan kerja tanpa melayan pasangan anda yang menunggu anda untuk bersama.
 
· Penyelesaiannya ialah pastikan bahawa masa kerja anda terhad hanya pada waktu kerja pada siang hari dan pada hari-hari bekerja sahaja dan bukannya pada malam hari atau pada hujung-hujung minggu. Ini akan mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan anda.
 
7) Bergaduh kerana lambat kahwin
 
· Puncanya ialah pasangan tidak mempunyai duit yang cukup untuk mengahwini pasangan masing-masing walaupun telah lama menjalinkan hubungan cinta.
 
· Penyelesaiannya ialah pasangan perlulah membantu pasangan masing-masing mengumpulkan wang untuk perkahwinan dan bukanlah hanya membiarkan pasangan mengumpulkan wang tersebut sendirian.
 
Lagi satu penyelesaian ialah kawal pengaliran keluar wang gaji anda setiap bulan.



8) Bergaduh kerana anak-anak
 
· Puncanya ialah pasangan anda tidak memberikan nafkah yang secukupnya untuk menjaga anak anda atau anak-anak anda menjadi semakin degil akibat dimanjakan atau dibiarkan berseorangan.
 
· Penyelesaiannya ialah sentiasalah mengambil tahu dan mengambil berat terhadap anak-anak anda malahan bertanggungjawablah ke atas anak-anak anda kerana ia adalah tanggungjawab anda.
 
9) Bergaduh kerana tidak serasi.

· Puncanya ialah tidak mempunyai kemahuan dan kehendak yang sama malahan juga tidak mempunyai minat yang sama. Ia juga adalah berpunca daripada ego pasangan yang tinggi dan tidak mahu mengalah.
 
· Penyelesaiannya ialah bertolak ansurlah terhadap kehendak pasangan anda dan turunkanlah ego anda untuk sementara waktu agar hubungan anda kembali harmoni. Jika anda sentiasa bertolak ansur, tidak mustahil pasangan anda akan turut bertolak ansur dengan anda.

Cubalah anda fikirkan jika hubungan cinta anda tidak megalami pergaduhan dan sentiasa tenteram dan aman damai, sudah tentulah segala masalah yang mendatang akan dapat diselesaikan dalam sekelip mata sahaja tanpa sebarang pergeseran faham.
 
Namun begitu, terdapat lagi satu tips sekiranya hubungan kita dilanda bencana iaitu jangan mudah melatah sekiranya terdapat masalah. Berfikirlah secara positif bahawa setiap masalah tersebut mempunyai jalan penyelesaiannya.

Jika anda mengikuti teknik-teknik di atas, maka tidak mustahillah walau sebesar
mana masalah yang timbul pun, anda tetap akan mengatasinya. Yang penting
ialah ketenangan ketika menghadapi masalah.. InsyaAllah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua Memancing Hati Pasangan




Kepada yang sedang mencari cinta, saya membayangkan bahawa anda sekarang telah pun mempunyai seseorang yang ingin anda jadikan pasangan hidup anda.
 
Anda sudah pun memulakan langkah dan telah pun cuba mendekati bakal pasangan anda, sekarang kita akan membincangkan mengenai cara untuk memancing hati bakal pasangan anda.

Cara ini sebenarnya juga boleh digunakan oleh pasangan yang sedang bercinta ataupun pasangan yang sudah berkahwin. Yang penting di sini ialah bagaimana juga untuk memancing hati pasangan anda agar cinta anda akan berkekalan sampai bila bila.

Namun begitu, ingatlah bahawa cara yang salah akan menghancurkan impian cinta anda.

1) Sentiasa Hiburkan Hati Pasangan.
Sentiasa membuat lawak yang berkesan agar bila anda tiada di sisi mereka pun mereka masih lagi mengingatinya malah adakalanya mungkin tergelak sendirian. Ini juga dapat mengurangkan kesedihan mereka.

2) Sentiasa Mengambil Berat Tentang Pasangan.
Sentiasalah mengambil tahu apa-apa perkara pun yang berlaku pada pasangan anda kerana ia menunjukkan bahawa anda sangat komited terhadap hubungan cinta dengan mereka. Ia juga bakal menjadikan diri anda lebih disayangi pasangan.

3) Tunjukkan Keikhlasan Anda Terhadap Pasangan.
Sentiasalah jujur dalam melakukan apa-apa sahaja dalam cinta kerana jika kita ikhlas dan jujur dalam cinta, kita akan lebih dihormati malah akan dipandang tinggi oleh pasangan kita. Ini menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh mengejar cinta mereka.
 

4) Sentiasa Luangkan Masa Untuk Bersama Pasangan.

Sentiasalah mempunyai masa untuk berjumpa atau keluar bersama agar mereka tidak mudah mengatakan anda tidak mementingkan mereka. Kesibukan dengan kerja bukanlah penghalang bagi seseorang untuk berjumpa dengan pasangan mereka kerana dalam sehari ada 24 jam semuanya.

5) Sentiasa Buatkan Pasangan Selesa Dengan Anda.

Anda perlulah senantiasa memberikan sokongan terhadap pasangan anda jika mereka berada di dalam kesedihan. Ini akan membuatkan pasangan anda merasakan dirinya difahami malah disayangi sepenuh hati oleh anda.

6) Sentiasa Berikan Bantuan Kepada Pasangan Walau Tidak Disuruh.

Anda perlulah peka terhadap masalah yang pasangan anda alami malah anda juga perlulah menjadi orang yang pertama untuk menyelesaikan masalah tersebut walau tidak disuruh oleh pasangan anda. Ini akan membuatkan mereka rasa bahawa mereka penting di dalam hati anda.


7) Sentiasa Rapat Dengan Ahli Keluarga Pasangan atau Ibu Bapa Mertua.

Anda perlulah sentiasa menziarahi keluarga pasangan anda agar mereka dapat melihat bahawa anda amat jujur untuk bercinta dengan pasangan anda. Anda juga bakal menjadi orang yang terpenting dalam keluarga mereka sekiranya anda rapat dan dikenali mereka.
 
8) Sentiasa Ambil Tahu Mengenai Kegiatan Pasangan Anda.

Anda perlu tahu segalanya mengenai kegiatan yang sedang dilakukan oleh pasangan anda agar mereka rasa diri mereka sentiasa diambil berat oleh anda. Malahan tidak mustahil mereka dapat mengawal diri mereka daripada melakukan sesuatu yang menyakitkan hati anda.
 
9) Sentiasa Berbincang Untuk Menyelesaikan Apa Jua Masalah Sekalipun.

Anda hendaklah sentiasa tenang malah tidak mudah melenting jika anda dan pasangan anda mengalami masalah. Jalan terbaik bagi menghadapi segala masalah tersebut adalah dengan berbincang kerana dengan berbincang kita akan dapat tahu apa yang perlu kita lakukan tanpa pertengkaran.

10) Sentiasa Berhubung Dan Berkomunikasi Dengan Pasangan.

Sentiasalah berhubung dan bercakap dengan pasangan anda setiap waktu agar pasangan anda fikir bahawa setiap saat yang dilaluinya sentiasa bersama anda. Ini dapat mengukuhkan ikatan cinta agar lebih kuat kerana selalu berhubungan dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Sekali pandang memang amat senang dan praktikal tetapi percayalah bahawa ia amatlah mendatangkan kesan yang amat mendalam dalam diri setiap pasangan kita. Ia juga bakal membuatkan pasangan anda tertawan kepada anda dan anda akan lebih dihargai malah dihormati oleh pasangan.

Kesimpulannya ialah kita perlulah menarik hati pasangan kita dengan menunjukkan kesungguhan kita dalam mengejar cinta. Ini akan membuatkan mereka percaya dan yakin terhadap cinta anda.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya Aidlifitri




Assalammualaikum...

Nampaknya bulan puasa kian menghilang dan hari raya pula semakin menghampiri kita. Hari ni kita nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pengunjung setia blog ni. Kepada yang bercinta hari raya ni jangan lupa bertandang ke rumah bakal mertua ye? Jangan datang dengan tangan kosong je, datanglah dengan hantarannya sekali.. :)

Semoga Hari Raya Tahun ini memberikan kita 1001 kegembiraan, kemeriahan dan kesyukuran. Kalau ada salah silap dan terkasar bahasa selama blog ini bermadah-madah harap dimaafkan. 

Kalau sudi datang-datanglah berkunjung ke kediaman kita.

Selamat Hari Raya .. Maaf Zahir Dan Batin







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lelaki Macho Dan Teddy Bear



Pernahkah anda berjumpa lelaki macho atau jantan sejati sedang membayar wang di kaunter atas urusan pembelian seekor teddy bear besar?

Ada yang kata "ya" dan ada yang kata "tu bukan lelaki tu pinky" .. Opss orang yang kata bukan kita..

Salah ke nak belikan teddy bear buat kekasih hati? Ada yang suka belikan teddy bear yang kecil dan ada gak yang suka besar dan lebih besar daripada aweknya. Awek-awek yang dah dapat teddy bear yang besar pun apalagi makin bertambahlah sayangnya kat abang macho tu ye? :)



Siapa suka teddy bear, angkat tangan. Haa, mestilah suka .. sebab boleh bawa tidur sambil peluk-peluk si teddy bear tadi ni sambil mimpikan abang macho yang hadiahkan teddy bearkan? Kalau tengah nangis mesti teddy bear yang jadi teman dan akan selalu mendengar apa sahaja yang kita luahkan. ye tak?

Tapi pasti ramai yang tak tahu mana nak cari teddy bear yang besar dan lebih besar daripada diri kita, yekan? Oppss!! Nak tahu? Baru-baru ni syarikat www.bigteddybear2u.com telah merealisasikan impian abang-abang macho yang teringin sangat nak belikan teddy bear buat awek kesayangan tanpa perlu beratur di kaunter.
Wow! Pastinya abang-abang macho dan awek yang memang suka sangat dengan teddy bear akan happy sesangat bila www.bigteddybear2u.com memudahkan anda memilih teddy bear yang besar dan penghantaran terus kerumah anda. Menarik bukan?

Hanya satu-satunya yang wujud kat Malaysia ni , company bigteddybear2u.com pastinya akan memberikan kepuasan kepada pasangan yang hangat bercinta. Jangan tunggu lama-lama sebelum orang lain yang belikan awek anda teddy bear kepadanya. : )

Nak beli teddy bear yang besar dan kiut? Jom terjah www.bigteddybear2u.com


Selamat bercinta..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...