RSS

Love = Waiting 4 A Bus....??


Cinta itu sama seperti orang yang sedang menunggu bas.

Sebuah bas datang, dan anda katakan,

"Wah..terlalu penuh, tak naklah, rimas bersesak.Tunggu bas yang seterusnya jelah."

Kemudian, bas berikutnya datang. Anda melihatnya dan berkata,

"Alamak! Bas ni tak elok pula,tempat duduknya kurang selesa"

Bas selanjutnya datang, cool dan anda berminat, tapi seakan-akan dia tidak melihatmu dan lalu begitu saja.

Bas keempat berhenti di depan anda.

Bas itu kosong, cukup bagus, tapi anda katakan,


"Takde aircond lah bas ni, mana leh tahan dengan kepanasan hari ni kalau duduk lama-lama".

Jadi anda membiarkan bas keempat itu pergi. 

Waktu terus berlalu, dan anda mulai sedar sudah lewat untuk hadir ke pejabat,

Ketika bas kelima datang, anda sudah tak sabar, anda terus melompat masuk ke dalamnya.

Setelah beberapa lama, anda akhirnya sedar yang anda sudah salah menaiki bas. Bas yang anda naiki sekarang ini menuju ke destinasi lain.

Dan anda baru menyedari bahawa anda telah mensia-siakan masa anda sekian lama.




 
Moral dari cerita ini :

Sering kali seseorang itu menunggu orang yang benar-benar 'ideal' untuk menjadi pasangan hidupnya. Padahal tidak ada orang yang 100% memenuhi kehendak kita.

Dan anda pun sekali-kali tidak akan pernah menjadi 100% sesuai dengan keinginan si dia.

Jangan asyik memberikan alasan untuk menunggu dan menunggu. Ingatlah, Tidak ada seorang pun yang sempurna di dunia ini.

(^_^)

p/s sekiranya masih bingung dalam mencari pasangan hidup, apa kata kita tanya Dr Cinta

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 komen:

mafiagirl berkata...

kena aku sebijik ngan entri ni..haha

mira ellyna berkata...

betol2 tade sape pon y sempurna...
setiap kelebihan seseorang itu mesti ade kekurangannya..

fyna berkata...

agree..terlampau memilih nanti dpt yg tah pape kan

Ms. Ann berkata...

agree.. tapi macam terlalu memilih.. well sumer nak yang perfect.. but no one perfect,,, so mencuba tak salah.. gagal.. ada hikmah..

ho..ho..

♥ αmynαbillα ♥ berkata...

terlalu memilih susah jugak kan. tapi kalau tak pilih pun belum tentu sempurna kan?

hans berkata...

entry nih best
aku suka baca
sesuai untuk aku
haha

P/S : Review Film : Ong Bak 3 Memang Lucu! Hahaha!

Aidi-Safuan berkata...

kalau taknak naik bas. tapi naik komuter camne plak? :P

Fatin Zulkifli berkata...

i love this one..

dan

kawan aku kate.

cinta ni macam pemandu teksi.

kadangkadang dia memandu seorang.

kadangkadang ade penumpang.

ade penumpang yang mau berhenti awal.

ade yang separuh jalan.

dan

ade penumpang yang mahu berade disitu sampai ke destinasi die.

fatinmmj berkata...

yaa..fatin pun stuju..mnunggu sesorg yg dikatakan ideal utk kita adlh sesuatu mngkin rumit, krna ia mlibat masa dan usia kita...=)...fatin prnah..mnunggu...dan skrg msih mnunggu..dan, hnya..nikmati hidup ini.shja..dgn happiness..=)

anigogo berkata...

wa,,,selama nie sy telah melepaskan banyak bas....

redbean berkata...

nice entri :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...