RSS

Mengimbau kembali "keindahan Cinta"


Pasti ada yang tersenyum apabila melihat gambar filem syurga cinta. Masakan tidak, filem yang berjaya mencuit hati ramai penonton dan membawa orang ramai ke alam percintaan yang jauh berbeza daripada filem-filem melayu yang lain.

Filem "Syurga Cinta" Mungkin sudah agak lama ditayangkan di pawagam dan pastinya ramai yang memiliku dvd bagi filem ini.Kali ini saya sengaja membawa anda semua mengimbau kembali kemeriahan filem ini semasa dilancarkan. Semuanya masih segar dalam ingatan. ^_^


‘Syurga Cinta’ mengupas kehidupan dua remaja Melayu yang mempunyai pegangan agama yang jauh berbeza. Irham (Awal) seorang yang mengagungkan gaya hidup barat dan Syuhada (Heliza) pula seorang muslimah yang teguh mempertahankan ajaran Islam. Kedua-dua insan ini akhirnya jatuh cinta walaupun pada mulanya Irham hanya mahu mempermainkan Syuhada kerana bertaruh dengan rakan-rakannya

Kemunculan Hadziq (Tom Tom Bak) berjaya memeriahkan suasana dan menyuntik mood komedi untuk filem ini. Pelakon cilik ini memang petah berkata-kata dan pandai juga berlakon. 



Filem ini memang "SYOK" habis. Kepada yang masih belum menonton filem ini apakata luangkan masa anda bersama-sama dengan keluarga untuk menonton, anda pasti berpuas hati dan terhibur dengan mesej-mesej yang disampaikan melalui filem ini. 

Alang-alang bercinta, biarlah sampai ke syurga...selamat menonton...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 komen:

maria_na97 berkata...

udah nonton..best sangat2...suka kat haziiiqqq...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...