RSS

Siri Novel - Setelah ku dinikahi

Edisi khas siri novel ini ditujukkan khas kepada peminat-peminat novel bahasa melayu.



Bahagian I

Nora tidak percaya dengan kebahagiaan perkahwinan, namun cabaran Idlan untuk membuktikannya tidak akan ditolaknya. Akhirnya mereka melakukan perdebatan tentang perkahwinan.

Aku betul-betul tidak faham mengapa manusia harus berkahwin,” Leterku

Idlan tertawa. “Kenapa? Ibumu bertanyakan siapa calon lelakimu lagi?” Aku mengangguk resah.

“Apa jawapan mu kali ini?” tanyanya

“Aku tidak menjawab. Aku tinggalkan terus ruang makan dan masuk ke bilikku.”

Idlan ketawa terbahak-bahak. “Kau ni, macam budak-budaklah Nora,” katanya.

“Jadi, jawapan apalagi yang mesti kuberikan, Dlan? Aku sudah kehabisan
alasan, kehabisan stok untuk berbohong. Dan ibuku malah semakin suka berleter.”

Idlan tersenyum. “Kau betul-betul seperti budak-budak. Kalau kau jadi
ibu , apa kau tidak akan risau kalau anak kau sendiri belum juga kahwin
pada usia tiga puluh tiga?.”

“Aku akan sangat gembira kalau anakku tidak berkahwin seumur hidupnya,”
jelasku dengan selamba.

Kening Idan terangkat. “Kenapa?”

“Perkahwinan hanya merumit hidup perempuan.”

“Perkahwinan juga membuat hidup lelaki lebih sengsara.”

“Tidak!” pintasku. “Untuk apa berkahwin kalau yang kita dapat hanya
kesengsaraan?”


“Mungkin kerana kesengsaraan itu hanya kesan sampingan, dan dikemudian hari
keuntungannya pasti lebih banyak?”


“Tak tahu,” jawabku. “Kau sendiri belum berkahwin. Apa yang kau tahu
tentang perkahwinan?.”

“Aku sudah banyak belajar tentang hidup, Nor. Umurku sendiri sudah tiga puluh
lima tahun, kebanyakan kawan-kawanku semuanya sudah berkeluarga.”

“Tapi kau tidak! Mengaku sajalah. Kau setuju kan kalau hidup sudah cukup
sempurna tanpa perlu lagi berkahwin?”

Idlan tersenyum. “Ya, betul.”

“Lebih seronok hidup seperti ini. Bebas!”

“Setuju. Tapi ingat, bukanlah bermakna aku tidak mahu untuk berkahwin. Aku
tetap menunggu calon yang sesuai untukku.” aku menghela nafas panjang.

“Ah, ya. Calon.”

“Itu lah sebenarnya alasanmu untuk tidak juga berkahwinkan?”

“Ya, ” anggukku.

“Oh! Jadi Bukan disebabkan kau anti untuk berkahwin?.”

Aku menggelengkan kepalaku.

“Jangan beritahu sesiapa, sebenarnya kadang-kadang aku
teringin juga ditemani seseorang untuk keluar menonton wayang.”

“Tapi kan kau boleh keluar bersama dengan salah seorang teman lelakimu?”

“Teman lelakiku itu tak boleh harap, bakalku putuskan” jawabku sayu.

“Maksudku,aku nak orang yang memegang tanganku ke mana saja aku pergi.”

“Senang je, bayarkan gaji kepada orang yang nak menggengam tanganmu ke mana-mana?
kan sekarang banyak pengganguran, mesti ramai yang nak.”

“Idlan!” ku hayunkan tanganku, tapi —-aku faham idlan cuma bergurau

“Kau tahu tak kalau berkahwin bukan untuk tempoh masa setahun dua?” tanyanya kemudian, lebih serius.

“Ya. Sebab itu. Aku tidak mahu membayangkan berkahwin dengan orang yang salah. Kalau.....,” aku terdiam.

“Apa?” sampuk idlan

“Kalau aku boleh meramalkan lelaki itu akan tetap baik dan menjaga hatiku setelah ia berhasil menikahiku.
Alangkah bahagianya aku.

Tetapi, bagaimana seorang perempuan boleh mengetahui bahawa lelaki yang melamarnya ternyata suami yang ....... Yang suka memukul, mencaci maki, Menghina; orangnya kasar, cemburu buta, suka  menipu dan mengkhianati cintaku.”

“Nora, lelaki sebegitu jarang kita temui.”

Aku menggeleng. “Semua lelaki adalah binatang.”

“Bagaimana dengan aku? Aku pun lelaki juga.”

“Kau bukan lelaki, Dlan. Kau malaikat.”

Idlan tertawa terbahak-bahak.

“Nor, kau pun tahu aku belum mati? Aku mesti mati dulu sebelum jadi roh dan memohon jawatan untuk menjadi malaikat,” idlan kembali ketawa, matanya tertutup, lidah terjulur.

“Idlan, Idlan,” kataku.

“Kalau kau memang nak kahwin, percayalah sekurang-kurangnya pada seorang sahaja dari golongan lelaki.”

“Tak mugkin Dlan.....”

“Maknanya kau memang tak nak berkahwin?. Tidak mungkin dan tidak akan. Dan kalau kau memaksa dirimu, kau akan merana. Dan kalau kau sengsara kau akan makan makin banyak. Dan kalau kau makan banyak-banyak kau akan”

“Idlan!” walaupun nada suaraku agak kasar, aku tidak dapat menahan ketawa mendengar selorohnya itu. Setelah dua puluh tahun menjadi sahabatku, idlan memang benar-benar memahamiku.

“Tak pernah ke kau fikirkan tentang ibumu?” katanya kemudian.

Seperti biasa ia keadaan menjadi sangat lucu dan kemudian serius hanya dalam selang beberapa saat.

“Ibumu pasti ingin kau segera mendapat pasangan tetap. Dia akan lebih tenang apabila mengetahui yang kau akhirnya sudah memiliki seseorang yang akan menemani dan melindungimu.”

“Jangan cakap macam tu,” kataku, kembali sayu.

“Satu, ini hidupku bukan hidup ibuku. Aku sedih kalau ibuku sedih.
Tapi kalau suamiku mengkhianatiku, adakah ibuku mahu menanggung rasa malu dan kesengsaraanku?

Kedua,aku tidak memerlukan sesiapa melindungiku. Kau pun tahu aku boleh menguruskan diriku sendiri.
Kalau itu yang aku aku masih boleh membayar orang untuk melindungiku,plus bodyguard kalau perlu.”

“Baik, baik, Tuan Putri. Hamba mengaku salah,” Idan membongkok.

“Jadi, kalau kau sama sekali belum mahu bekahwin apa sebenarnya yang bermain di fikiranmu sekarang?”

Aku tertunduk lemas.

“Itulah, Dlan,” aku mula gelisah.

“Aku tidak tahu. Apalagi yang aku inginkan saat ini? Aku ada pekerjaan dan masa depan yang cerah. Jadi berkahwin untuk alasan ekonomi jelas sekali bukan pilihan untukku. Aku juga mempunyai kawan-kawan bercerita, sahabat untuk luahan perasaanku, jadi kesepian juga bukan alasan bagiku untuk berkahwin.”

“Bagaimana dengan keturunan?”

“Anak? Apa aku harus berkahwin untuk mempunyai anak?

Aku boleh mengambil anak angkat,kan? Di luar sana ada banyak kanak-kanak yang tidak dipedulikan.
Kalau aku nak, aku boleh mengasuh satu, dua atau bahkan tiga dari mereka.

Jadi tolong, jelaskan kenapa aku harus berkahwin, mempertaruhkan diriku sendiri, mengambil risiko untuk dilukai antarazahir dan batinku? Tidak ada kepastian sama sekali bahwa perkahwinan itu akan bertahan sepanjang hidupku.

Apa jadi, kalau perkahwinan itu hancur di tengah jalan,pastinya aku akan jadi pihak yang paling besar menanggung kesengsaraan.

Kenapa, Dlan?

Untuk apa?”

Idlan termenung agak lama. Akhirnya ia menjawab. "Cinta...?”

...............Bersambung....................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 komen:

cutemolek berkata...

Bila smbgn cite ni?

- zuriey - berkata...

siapa pengarang citer ni.. cam best je

KiFli MaLLy berkata...

arghhh sob2 T_T pjg benar...kena betol2 ada mood baru boleh baca huhuhu
Entry terkini : Tak pasal2 dapat ceramah free

Tanpa Nama berkata...

boleh buka fikiran ttg perkahwinan bg yg rasa tkut utk bkahwin sprt aku!!

hamzah ian berkata...

wah... terkejut aku

A.I berkata...

alaaaa. smbng lakk!
newy u berbakat!
congratess.

jual la buat novel, mesti laku.
nama aku jgn lupaa okk? hekehk

ADEEYA berkata...

aww , hihi cepat la sambungan :)

LiFe KaMi berkata...

wah hebat pandai wat novel..

syahirasubri berkata...

episod 1 berakhir~~hehe:)besh

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...