RSS

Kejayaan Dalam Cinta



Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dalam kejayaan mencari cinta sejati. Ia bermaksud kejayaan anda mengukuhkan keharmonian antara pasangan anda malah kekal sampai ke hujung nyawa anda. Itulah kejayaan dalam cinta sejati yang amat diidam-idamkan oleh semua orang.
 
Sebenarnya banyak faktor penting yang dapat menjayakan sebuah cinta yang sejati tetapi yang paling penting MATLAMAT CINTA anda kenalah jelas. Jika matlamat cinta anda hanya untuk seketika sahaja lebih baik anda tidak perlu bercinta kerana jika anda bercinta, anda tidak akan berjaya dalam cinta anda.

Antara faktor-faktor lain yang amat penting ialah:
 
1. Fahami Diri Anda, Fahamilah Pasangan Anda
 
2. Sayangi Pasangan Anda Seperti Anda Sayangkan Diri Anda
 
3. Sentiasa Jujur dan Ikhlas Dalam Perhubungan
 
4. Sentiasa Dapat Menyelesaikan Apa Jua Masalah
 
5. Wujudkan Kesefahaman Dalam Bercinta
 
6. Sentiasa Ada Kepercayaan Dalam Cinta

Dengan adanya faktor-faktor berikut, maka tidak mustahillah sesebuah ikatan itu sangat kukuh dan akan memperoleh kejayaan dalam percintaan anda. Tetapi bagaimanakah anda dapat mengetahui sesebuah hubungan itu berjaya atau tidak?

Senang sahaja. Jika anda terlihat pasangan-pasangan yang mempunyai ciri-ciri seperti dibawah bermakna merekalah antara pasangan yang telah berjaya dalam cinta.



 


Antara ciri-ciri tersebut ialah :
 

1) Sentiasa Senyum Apabila Bersama
 

2) Sentiasa Bahagia Walaupun Dihimpit Pelbagai Masalah
 

3) Sesebuah Hubungan Itu Telah Lama Bertahan
 

4) Sentiasa Mesra Di Mana-mana
 

5) Tiada Kemarahan Dalam Diri Anda Atau Pasangan
 

Jadi, adakah anda dan pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti di atas?? 
Jika Ya, Tahniah diucapkan kerana anda telah memperoleh kejayaan dalam mengejar sebuah cinta yang sejati. Jika Tidak, tidak mengapalah kerana anda masih belum terlambat mencari kejayaan dalam bercinta.


 Klik gambar untuk muat turun ebook doa pengasih

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 komen:

Roxy zai berkata...

setelah 2 thn setengah menjalinkan hubungan jarak jauh,kami terputus begitu saja:')

Allah tahu apa yang terbaik untuk kami:')

^_^

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...