RSS

27 Idea Romantik



IDEA # 1
 
Sekiranya pasangan anda mempunyai tugasan di luar daerah, nyatakan padanya bahawa anda sangat risaukan keselamatannya. Oleh itu anda telah menyediakan pengawal peribadi khas… iaitu seekor teddy bear untuk menjaganya sepanjang ketiadaan anda.
 
IDEA # 2
 
Beli bintang-bintang yang bersinar ketika dalam gelap, kemudian lekatkan pada siling tempat tidur anda dengan mesej “I Love U”. Apabila lampu dipadamkan, mesej anda akan muncul!
 
IDEA # 3

Jadi pasangan yang ringan tulang. Luangkan masa membantu si dia memasak di rumah ketika hujung minggu. Anda boleh membantunya menghiris bawang, memotong sayur, atau apa-apa saja tugasan dapur bergantung pada menu yang anda rancang bersama.
Pasti pasangan anda berasa bertuah memiliki suami serajin anda!
 
IDEA # 4

selepas solat dengan mendoakan hubungan anda dengan pasangan agar terus diberkati dan harmoni.
 
IDEA # 5
 
Hadiahkan sesuatu yang digemari pasangan pada hari lahirnya ataupun di ulangtahun perkahwinan anda. Misalnya menghadiahkan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab ataupun kura-kura kecil yang comel sebagai kejutan istimewa.
Pasti si dia akan menghargai hadiah anda dan akan menjaga ia dengan sebaikbaiknya.
 
IDEA # 6
 
Ambil hati ibu bapa dan ahli keluarganya. Setiap kali anda berdua pulang ke rumah ibu bapa mentua, jangan lupa belikan hadiah ataupun makanan kegemaran mereka.
Pasangan anda tentu gembira dengan cara layanan anda terhadap kedua orang
tuanya. Tidak mustahil si dia juga akan membuat perkara yang sama terhadap
ibu bapa anda nanti.
 
IDEA # 7
 
Kirimkan jambangan bunga terus ke pejabat pasangan anda. Pasti ia akan mengembirakannya di samping komen dan perhatian yang diberikan oleh rakan sekerja.

IDEA # 8
 
Di waktu terluang, bawa pasangan anda ke tempat yang menenangkan seperti pantai, tasik ataupun tempat yang digemari oleh anda berdua. Jangan lupa menyimpan kulit siput atau batu yang anda pungut bersama untuk kenangkenangan.
 
IDEA # 9

Ucapkan penghargaan anda dengan sepenuh hati dan hadiahkan ciuman kasih sayang di pipi pasangan anda.
 
IDEA # 10
 
Apa kata sekali sekala tukar panggilan manja anda dan pasangan. Selain menghasilkan mood baru bagi hubungan anda, panggilan yang baru juga boleh mengelakkan rasa jemu antara anda berdua.
IDEA # 11
 
Tulis puisi yang menggambarkan perasaan dan penghargaan anda terhadap si dia. Lebih bagus sekiranya anda dapat menghafal dan menyampaikan puisi tersebut di hadapannya dengan sepenuh hati.
 
Sekiranya anda kreatif menyampaikannya, tidak mustahil dia akan menangis di
atas penghargaan anda terhadapnya.
 
IDEA # 12
 
Lakukan aktiviti kegemaran bersama. Sekiranya si dia suka berkebun, temani dia melakukan aktiviti kegemarannya meskipun anda kurang gemari. Tidak mustahil si dia akan menemani anda melakukan aktiviti kegemaran anda pula selepas ini.
 
Sebarang aktiviti yang dilakukan bersama lazimnya akan lebih bermakna dan
membuatkan anda berdua lebih gembira.
 
IDEA # 13
 
Peluk pasangan anda sekerap yang mungkin. Terutamanya ketika si dia akan keluar bekerja. Bisikkan ke telinganya bahawa anda sebolehnya tidak mahu dia keluar tanpa anda walaupun seketika dan berharap dia akan pulang segera.
 
IDEA # 14

Meskipun tidak kemana-mana, cubalah untuk kelihatan menarik dengan berhias walaupun ketika berada di rumah

IDEA # 15
 
Bayangkan anda memakai kemeja si dia yang besar dan labuh di badan anda…
anda mungkin mendapatinya kelakar, tetapi boleh jadi juga ia kelihatan berbeza
di mata si dia.

IDEA # 16

Selepas seharian penat bekerja, mengapa tidak jika anda tawarkan diri mengurut bahu atau kaki pasangan. Selain menghilangkan stress, si dia juga akan menjadi lebih relaks.
 
IDEA # 17
 
Amalkan aktiviti mandi air suam bersama selepas seharian penat bekerja. Hilangkan ketegangan fikiran dengan berendam di dalam tab mandi dengan si dia. Pejamkan mata untuk beberapa ketika sambil si dia menyabunkan badan anda.
Jangan lupa letakkan beberapa titis pewangi ke dalam tub mandi untuk kesan
sensual dan ketenangan.
 
IDEA # 18
 
Pastikan pencahayaan bilik tidur yang tidak terlalu terang. Pasangkan lampu aroma terapi dengan wangian lavender untuk menimbulkan mood romantik.
 
IDEA # 19
 
Sekiranya anda berdua sudah memiliki anak, utamakan pasangan anda lebih daripada anak-anak. Hakikatnya, pasangan memerlukan perhatian berbeza daripada anda. Oleh itu, dahulukanlah si dia dalam apa jua perkara.

IDEA # 20
 
Pada hujung minggu, bawalah pasangan anda berjalan-jalan di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam Lanjutkan aktiviti anda berdua dengan menikmati makan malam di sana.
 


IDEA # 21
 
Tonton rancangan TV yang melucukan dan mampu membuatkan anda berdua ketawa. Keserasian ialah apabila anda sependapat untuk perkara yang sama dan ketawa merupakan elemen yang perlu ke arah hubungan yang lebih serasi.
 
IDEA # 22
 
Candle light dinner di rumah! Jangan lupa berpesan pada suami anda agar pulang awal ke rumah untuk kejutan istimewa. Tetapi jangan nyatakan apa rancangan anda agar ia tetap rahsia.
 
Anda boleh memasak makanan kegemarannya, tutup lampu dan nyalakan lilin di
meja makan, tapi jangan lupa! pakai baju tercantik yang pernah pasangan anda
hadiahkan ketika menyambut kepulangannya nanti.
 
IDEA # 23
 
Sebagai isteri, sentiasa tingkatkan kemahiran memasak anda. Hati suami boleh ditambat melalui perutnya! Air tangan isteri mampu mengeratkan kasih sayang anda dan pasangan.
 
IDEA # 24
 
Sekiranya pasangan anda memiliki rambut yang panjang, sikat rambutnya perlahan-lahan dengan lembut sekali. Teknik ini sangat berkesan lebih-lebih lagi ketika si dia baru selesai mandi dan bersedia untuk tidur

IDEA # 25
 

Pakai pakaian atau tudung yang dihadiahkan pasangan ketika keluar bersama. Anda pasti tampil istimewa di hadapannya!
 

IDEA # 26
 

Sekali sekala amalkan makan bersuap dengan pasangan anda. Meskipun sudah melalui majlis makan beradab, tidak bermakna anda tidak perlu mempraktikkannya lagi. Ia pasti mengimbau kenangan hari bahagia anda berdua selain tampil romantis ketika makan bersama.
 

IDEA # 27
 

Simpan gambar pasangan anda di dalam telefon bimbit atau dompet anda. Lebih baik lagi jika gambar anda berdua ketika bercuti. Setiap kali menatap gambar tersebut, secara tidak langsung anda akan teringat saat manis ketika bercuti dengan si dia....



Muat Turun Panduan Doa Pengasih (Klik Gambar)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...