RSS

Pilih Hanya Satu : Kekayaan, Kejayaan Atau Cinta



Pada suatu ketika, ada seorang perempuan yang pulang ke rumah,dan dia melihat ada 3 orang lelaki berjanggut yang duduk di halaman depan.
 
Perempuan itu tidak mengenali mereka semua. Perempuan itu berkata: "Aku tidak mengenal anda, tapi aku rasa anda semua pasti sedang lapar. Mari masuk ke dalam, aku ada sesuatu untuk mengisi perut. 

Lelaki berjanggut itu lalu bertanya, "Adakah suamimu sudah pulang?
 
Perempuan itu menjawab, "Belum, dia sekarang dipejabatnya. "

"Oh kalau begitu, kami tak ingin masuk. Kami akan menunggu sehingga suami mu pulang" kata lelaki itu. 

Di waktu senja, saat keluarga itu berkumpul, si isteri menceritakan semua kejadian tadi. Si suami, awalnya bingung dengan kejadian ini, lalu ia berkata pada isterinya, 

"Sampaikan kepada mereka, aku sudah balik, dan mereka semua boleh masuk untuk menikmati makan malam ini. Perempuan itu kemudian keluar dan mengundang mereka untuk masuk ke dalam.

"Maaf, kami semua tak boleh masuk bersama-sama" , kata lelaki itu serentak.

"Eh! kenapa? tanya perempuan itu kerana merasa hairan.
 
Salah seorang lelaki itu berkata,

"Namanya Kekayaan,"katanya sambil menunjuk seorang lelaki berjanggut di sebelahnya,

"dan yang ini bernama Kejayaan, sambil memegang bahu lelaki berjanggut yang lain. Sedangkan aku sendiri bernama Cinta. "

Sekarang, cuba tanya kepada suamimu, siapa diantara kami yang boleh masuk ke rumahmu.
Perempuan itu kembali masuk kedalam, dan memberitahu pesanan lelaki di luar. Suaminya pun merasa hairan. 



"Oh...mudah je. Baiklah, kalau begitu, cuba ajak si Kekayaan masuk ke dalam. Aku nak rumah ini penuh dengan Kekayaan. Tetapi Isterinya tak setuju dengan pilihan itu. Ia bertanya, 

"sayangku, kenapa kita tak mengundang si Kejayaan saja? Sebab kita memerlukan dia untuk membantu perusahaan kilang kita."

Tidak disangka, anak mereka mendengarkan perbualan itu. Dia pun ikut mencadangkan siapa yang akan masuk ke dalam rumah. "Bukankah lebih baik jika kita mengajak si Cinta yang masuk ke dalam? Rumah kita ini akan tenang dan penuh dengan kehangatan Cinta.

Suami isteri itu setuju dengan pilihan buah hati mereka. "Baiklah, ajak masuk si Cinta ini ke dalam.

Dan malam ini, Si Cinta menjadi tetamu dinner kita"
 

Perempuan itu kembali ke luar, dan bertanya kepada ketiga-tiga lelaku itu. 

"Siapa diantara Anda yang bernama Cinta? Mari, silakan masuk, Anda menjadi tetamu kami malam ini. Si Cinta bangkit, dan berjalan menuju ke beranda rumah. 

Oh..tiba-tiba, kedua lelaki berjanggut lainnya pun ikut sekali.
 

Kerana merasa pelik, perempuan itu bertanya kepada si Kekayaan dan si Kejayaan.

"Aku hanya mengundang si Cinta yang masuk ke dalam, tetapi kenapa kamu pun turut serta? 

Kedua-dua lelaki yang ditanya itu menjawab. 

"Kalau anda mengundang si Kekayaan, atau si Kejayaan, maka yang lain akan tinggal di luar. Namun, kerana anda mengundang si Cinta, maka, kemana pun Cinta pergi, kami akan ikut selalu bersamanya.
 

Dimana ada Cinta, maka Kekayaan dan Kejayaan juga akan ikut serta. Sebab, ketahuilah, sebenarnya kami buta. Dan hanya si Cinta yang boleh melihat. Hanya dia yang boleh menunjukkan kita kepada jalan kebaikan, kepada jalan yang lurus. Maka, kami memerlukan bimbingannya saat berjalan. Saat kami menjalani hidup ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 komen:

Ani berkata...

w0w.nice.harap dpt bwk cinta ms0k uma saya.

misyamissyou berkata...

aa..cinta tak buta..cinta kepada Pencipta

Tanpa Nama berkata...

suka3..
^^

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...