Alkisah suatu ketika, Kapak, Gergaji, Tukul dan Unggun Api sedang mengadakan perjalanan bersama-sama. Sampai di suatu tempat perjalanan mereka terhenti kerana terdapat sepotong besi waja yang menghalangi jalan. Mereka berusaha menyingkirkan besi tersebut dengan kekuatan yang mereka miliki masing-masing.
”Ini boleh aku selesaikan”, kata Kapak.
Pukulan-pukulannya kuat sekali menghentam besi yang juga kuat dan keras itu.Tetapi setiap hentakan hanya membuatkan kapak itu tumpul sendiri sampai ia berhenti.
”Sini, biar aku yang urus,” kata Gergaji.
Dengan gigi-gigi yang tajam tanpa perasaan, iapun mulai menggergaji. Tetapi ia hampa dan kecewa, semua giginya jadi tumpul dan rosak.
”Sudah ku katakan,” kata Tukul
”Kan aku dah warning awal lagi, korang takkan boleh punya. Sini, biar aku tunjukkan caranya”.
Tapi baru sekali ia memukul, kepalanya terpelanting sendiri, dan besi tetap tidak berubah.
“Boleh aku cuba?” tanya Unggun Api
Dan apipun melingkarkan diri, dengan lembut menyelimuti, memeluk dan mendakapnya erat-erat tanpa mahu melepaskannya. Besi yang keras itupun meleleh cair.
Renungan
Ada banyak hati yang cukup keras untuk melawan kemurkaan dan amukan kemarahan demi harga diri. Tapi jarang ada hati yang tahan melawan nyala api cinta kasih yang hangat.
Adakalanya kita tidak mahu terperangkap didalam soal cinta namun kita tetap manusia biasa yang tidak akan dapat lari daripada kehebatan api cinta. Kerana ianya cuma akan datang sekali didalam kehidupan ini.
4 komen:
wow... very nice story.
Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)
so sweet...baik untuk renungan bersama..
sweet and nice, forever in love...
Catat Ulasan