RSS

Jangan Pernah Tinggalkan Aku...........


Sebuah kisah yang pasti menusuk perasaan..................

"Namaku Linda. Aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberiku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan penuh ghairah seperti dalam novel-novel romantik, walaupun begitu bagiku ini adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari itu semua.

Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Haikal dan ibuku, Yasmine Ghairan. Mereka bertemu semasa upacara perkahwinan rakan baiknya dan ketika itu kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruang tamu. Saat itu ayah tahu, bahawa inilah perempuan yang akan berkahwin dengannya. Harapan ini menjadi kenyataan, kini mereka telah berkahwin selama 40 tahun dan telah memiliki tiga orang anak, aku anak yang paling tua, dan sudah berkahwin kini memberikan mereka dua orang cucu.

Mereka bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi orang tua yang sangat baik bagi kami, mereka membimbing kami, anak-anaknya dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan. Aku teringat suatu hari ketika aku
masih berusia belasan tahun. Ketika itu makcik-makcik jiran sebelah mengajak ibuku untuk pergi ke gudang pasaraya kerana pada masa itu terdapat potongan diskaun yang hebat. 

Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sekejap lagi akan pulang dari pejabatnya.

Kata ibuku,"Mama tidak akan pernah meninggalkan papa sendirian". 

Itulah yang selalu dikatakan oleh ibuku. Walauapapun yang terjadi, sebagai seorang perempuan aku harus patuh pada suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang perempuan harus sentiasa menjadi teman hidup suaminya. 

Ramai orang ketawa mendengar perkara itu, menurut mereka itu hanya janji perkahwinan,
omong kosong belaka. Tapi aku tak kisah, aku percaya nasihat ibuku.

Sehinggalah pada suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami mengalami duka, selepas ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di bilik mandi dan menjadi lumpuh. Kata Doktor saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi dan dia terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di
tempat tidur. 

Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat walaupun usianya yang lebih tua, tapi ia tetap menemai ibuku, menyuapinya, bercerita banyak perkara padanya, mengatakan padanya betapa dia mencintainya. Ayahku tak pernah meninggalkan ibu, selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya, dia masih suka bergurau senda dengan ibuku. 

Ayahku pernah mencatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,

"untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan jelek sekali". 

Ayahku menjawab,
 
"aku nak kau tetap merasa cantik". Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, dia merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Rakan-rakan lain sangat hormat dengannya. Mereka sangat kagum dengan kasih sayang ayahku pada ibuku yang tak pernah pudar.

Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum, "Kau tahu, Linda. Ayahmu tidak akan pernah meninggalkan aku... kau tahu kenapa?"

Aku menggeleng dan ibuku menjelaskan,

"kerana aku tidak pernah meninggalkannya..."
 
Itulah kisah cinta ayah dan ibuku. Mereka memberikan kami, anak-anaknya pengajaran tentang tanggung jawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen:

misyamissyou berkata...

sweetnye...betul punye teman hidup..

aku_slamber berkata...

sweetnya cte ni...kisah cinta agung..yang wajar diambil iktibar...tahniah ya kerana lahirkanya dalam bentuk penulisan. senang saya nak fahami..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...