Al-kisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai-bagai macam benda-benda
abstrak : ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya.
Mereka hidup berdampingan dengan baik.
Namun pada suatu hari, datang ombak menghempas pulau kecil itu dan air laut
tiba-tiba naik dan bakal menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau
cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
Cinta sangat kebingungan kerana ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai dan cuba mencari pertolongan. Sementara itu air semakin
naik membasahi kaki Cinta.
Tak lama kemudian Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu.
”Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!” teriak Cinta.
”Alamak! Maaf, Cinta!” kata Kekayaan.
“Perahuku sudah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu
risau, nanti perahu ini tenggelam. Lagi un tidak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini”.
Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih sekali, namun dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya.
“Kegembiraan! Tolong aku!”, teriak Cinta.
Namun kegembiraan terlalu gembira kerana ia menemui perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.
Air semakin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin
panik. Tak lama kemudian kelihatan Kecantikan bersama perahunya.
“Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!”, teriak Cinta
“Wah, Cinta, kau basah dan kotor. Aku tak nak membawamu ikut. Nanti kau mengotori perahuku yang indah ini”, sahut Kecantikan.
Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mula menangis teresak-esak. Ketika itu Kesedihan melaluinya.
”Oh, Kesedihan. Bawalah aku bersamamu”, kata Cinta.
”Maaf Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...” kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.
Cinta putus asa. Ia merasakan air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritikal itulah tiba-tiba terdengar suara.
”Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!”
Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi.
Pada saat itu barulah Cinta sedar bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannya itu. Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.
”Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu” kata orang itu.
”Tapi mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalinya. Bahkan rakan-rakan
yang mengenaliku pun enggan menolongku” tanya Cinta hairan.
”Sebab” kata orang itu
”Hanya Waktulah yang tahu berapa nilai sebenarnya Cinta itu...”
3 komen:
minta izin nak shared blh x
marsitahsulaiman..boleh xda salahnya.. thanx menghargai artikel ini.
p/s jgn lupa bagi credit dekat blog ni k...
sgt suke baca blog ni.. =)
anyway tq
Catat Ulasan