Haruskah Aku Berkahwin?
2:09 PTG |
Perempuan yang tak kahwin-kahwin lagi di gelar anak dara tua atau andartu. Lelaki? Anak teruna tua? Antertu? (^_^) . Semakin ramai anak-anak yang dulunya muda tampak bergaya dan segak semacam tetapi semakin lama semakin di makan usia tua.
Nak dikatakan kaum perempuan semakin berkurangan adalah silap kerana bilangan perempuan melebihi daripada bilangan lelaki dan ada yang mengambil peluang ini untuk berkahwin empat!! Tapi ada juga lelaki yang masih tak nak kahwin atau belum berfikir nak kahwin. Kenapa? Jom kita dapatkan beberapa jawaban skema daripada kaum lelaki sekitar kawasan Pudu Raya.
1. "Bukan tak nak kahwin bang. Tapi macam mana gak kalau saya langsung takde nafsu tehadap perempuan. Bukan benci perempuan tau...cuma tak berminat. I lagi suka yang macam U"...
2. "Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa saya teringin sangat nak ada isteri. Tapi bro, entahlah hati ni dah tak percayakan mana-mana perempuan. Pengalaman yang lalu masih membunuh perasaan saya untuk bercinta"
3. "Kahwin?! Heh, buat apa kahwin? Mak bapak aku pun bercerai. Takde maknanya kahwin. Enjoy seumur hidup, baru Rock"
4. "Saya tak nak fikir lagi nak berumah tangga ni. Hati dan perasaan saya masih untuk kekasih saya yang sudah pergi menemui Allah dua tahun yang lepas, dengan mengunjungi kuburannya dan membacakan doa untuknya setiap malam sudah cukup untuk mengisi kekosongan cinta didunia ini untuk saya"
5. "Tak nak ah kahwin, kang tak pasal-pasal hari-hari nak gaduh. Biasalah sayakan mat rempit, mana boleh duduk rumah sepanjang hari"
6."Kalau cerita bab kahwin ni kenalah hubung kaitkannya dengan seks. Actually saya risau isteri saya tak puas nanti."
7. "Kahwin? Rumah tangga? Sorrylah bro, gua lagi suka hidup macam ni. Bila-bila masa boleh enjoy. Malam tak balik rumah pun takde orang nak marah punye. Gua banyak duit, sampai mati pun tetap ada orang nak enjoy dengan gua."
8. "Saya nak fokuskan kerjaya saya dulu. Nanti bila dah tercapai impian dan cita-cita saya barulah saya fikirkan tentang nak kahwin ni."
9. "Nak, sapa tak nak kahwin. Gay je yang tak nak kahwin. Tapi, tak cukup duitlah bro. Gaji pun bukan besar sangat, cukup untuk diri sendiri je, tu yang sakit tu"
Setiap orang ada pandangan dan masalah peribadi sendiri yang menjadi punca tidak teringin untuk berkahwin. Tetapi sekiranya anda seorang islam kenalah beringat hukum berkahwin.
Pertama : Wajib – seseorang itu wajib berkahwin jika sudah mempunyai kemampuan dan kesanggupan serta memenuhi syarat untuk berkahwin. Nafsu dan kehendak batin memuncak dan mendesak serta ditakuti terjerumus ke lembah perzinaan. Penzinaan boleh membawa kepada dosa dan memudharatkan kehidupan manusia. Perbuatan zina merupakan dosa besar dan diwajibkan hukuman sebat atau rejam sampai mati.
Kedua : Sunat – Apabila kemahuan batin dan nafsu mendesak, namun dia dapat mengawal dirinya daripada melakukan zina atau perbuatan lain yang haram seperti homoseks, lesbian dan seumpamnya. Dia juga mampu dari segi zahir dan batin. Dalam keadaan ini, disunatkan untuk berkahwin.
Ketiga : Makruh – Makruh berkahwin apabila tidak berkemampuan dari segi perbelanjaan dan keinginan nafsu syahwatnya lemah akibat penyakit dan tidak mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada bakal isterinya, namun tidak menimbulkan kekecewaan kepada isterinya dengan sebab-sebab tertentu. Contoh, apabila calon isteri memiliki harta kekayaan dan kemewahan hidup, serta kemahuan yang terhad kepada seks disebabkan penyakit atau umur.
Keempat : Harus – Seseorang itu harus berkahwin apabila melakukan ibadat itu lebih baik baginya dan tidak mempunyai keinginan atau tidak berhajat untuk berkahwin. Walaupun begitu, dia mampu dari segala aspek, kemampuan, perbelanjaan, tidak sakit dan mampu memberi nafkah zahir dan batin.
Kelima : Haram – Apabila tidak mampu memenuhi tuntutan zahir dan batin isterinya walaupun mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkahwin. Diharamkan juga apabila berlaku penipuan dalam memperkenalkan diri kepada calon suami atau calon isteri sama ada penipuan dari segi keturunan, harta, rupa paras, perkerjaan dan sebagainya. Menipu untuk memikat hati seseorang perempuan sedangkan dia bukan seperti yang dinyatakan.
Begitu juga apabila seseorang perempuan mengetahui dirinya tidak mampu untuk memenuhi hak suaminya dari segi zahir dan batin, umpamanya terdapat penyakit pada kemaluannya, berpenyakit kusta, sakit jiwa dan sebagainya, tetapi tidak memberitahu calon suaminya kerana takut hubungan yang bakal terbina tidak kesampaian. Memberitahu kelemahan serta kekurangan diri adalah wajib.
Itulah huraian ringkas berkaitan hukum berkahwin. Jika anda sudah bersedia, cepat-cepatlah kahwin. Sebab apa? sebab perkahwinan adalah jalan paling selamat bagi seseorang bagi menghalalkan persetubuhan dan juga bertujuan untuk mengelakkan diri daripada gejala maksiat dan dosa. Zina itu tidak dihalalkan sama sekali walau dalam keadaan apa sekalipun.
Selamat Berbahagia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 komen:
nak kawin ...hehe
lawak siot yang pertama tu..
alhamdulillah dah kahwin..;)
Entri terbaru chekgu
Jikalau bukan kerana Facebook♥
nak kawen jgk...
jangan terburu2 buat keputusan.. kawin bukan perkara main2.. mintak petunjuk yang maha esa.
kalau ada chances nak kahwin, baik cepat2... :) jgn jadi macam kitorang yg takde chances sangat nak kahwin... hehee!
kak saya masih mbujang ada sapa-sapa mau masuk..hahaha...lawak je ye..hehehe
masuk bab kahwin, itu memang satu tanggungjawab yang besar, jangan ingat buat kenduri dan tangkap gambar banyak kat atas pelamin, itu dikata kahwin..huhu....tapi berkahwin itu sangat besar tanggujawabnye,peace!
fatinmmj
Catat Ulasan