kisah terjadi apabila seorang lelaki dan seorang wanita yang lebih tua,
yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi
dalam kedamaian selama setengah abad.
yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi
dalam kedamaian selama setengah abad.
Lelaki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000
anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk
isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam
gua yang selama 50 tahun ini telah menjadi tempat tinggalnya.
anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk
isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam
gua yang selama 50 tahun ini telah menjadi tempat tinggalnya.
50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh
cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin.
cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin.
Seperti juga kisah Romeo dan Juliet karya Shakespeare,
rakan-rakan dan saudara mara mereka mencela hubungan
mereka kerana perbezaan usia di antara mereka dan kenyataan
bahawa Xu sudah mempunyai beberapa orang anak.
rakan-rakan dan saudara mara mereka mencela hubungan
mereka kerana perbezaan usia di antara mereka dan kenyataan
bahawa Xu sudah mempunyai beberapa orang anak.
Pada waktu itu masyarakat tidak boleh menerima dan
dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua.
dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua.
Untuk menghindari gosip murahan dan celaan dari lingkungannya,
pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal
di sebuah gua di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.
pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal
di sebuah gua di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.
Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana tidak punya apa-apa, tidak ada pendapatan atau pun makanan. Mereka terpaksa makan rumput dan akar yang mereka temui di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka. Xu selalu merasa bahawa dia telah membebankan Liu dan dia berulang-kali bertanya, "kau menyesal?" Liu selalu menjawab, "Selagi kita rajin berusaha, kehidupan ini akan menjadi lebih baik". Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterinya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berterusan selama 50 tahun. Setengah abad kemudian, pada tahun 2001, sekumpulan pengembara mengadakan explorasi ke hutan itu. Mereka kehairanan menemui pasangan yang sudah lanjut usia itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu. Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, "Orang tuaku saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah walau sehari pun. Selama ini ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ibuku jarang turun. Pasangan ini hidup aman damai selama lebih dari 50 tahun. Pada suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Kerana sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya. "Kau telah berjanji akan menjagaku dan akan terus bersamaku sampai aku meninggal, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana aku akan dapat hidup tanpamu?" Selama beberapa hari Xu terus mengulangi ayat ini sambil meraba keranda suaminya dengan air mata yang membasahi pipinya. Pada tahun 2006 kisah ini telah menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly. Kerajaan telah memutuskan untuk menyimenkan "anak tangga cinta" itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan muzium agar kisah cinta ini dapat kekal selamanya. |
3 komen:
wah..ini memang betul2 romantik!!!!
Ini bukan lagi romanrik.. terlebih sudah..huhuhu
sioknya... aku nak bakal hasben aku mcm ni ah
Catat Ulasan