Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja
terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang
ibu dan anak perempuannya kerana hujan dengan deras membasahi bumi. Apabila melihat diluar ada seorang lelaki, ibu itupun memberanikan
diri untuk bertanya kepada pemuda itu.
Ibu : Nak, dari mana ?
Pemuda : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang.
Ibu : Oh begitu.. tiada apa-apa!
Kerana
ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu
masuk kedalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun
sudah semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda
tidur semalam di rumahnya
Mendengar ajakan Ibu itu,
dengan malu-malu (tapi mahuu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk
sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu itu punya
anak perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih
ada satu bilik kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas
bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.
Selang
beberapa kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui
pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak
ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula
menghantui mereka berdua siapa tahu kalu si pemuda tadi bukan orang
tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin deras dan kilat yang
saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam
ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda
tadi yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan
basah kuyup. Tanpa berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya,
Ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.
Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ?
Pemuda : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut!
0 komen:
Catat Ulasan