CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa
seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia
sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan
kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki
yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta lelaki terpancar
melalui:
-
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau
isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh
bahagia.
-
Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
-
Lebih
banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau
isterinya.
-
Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong
kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang
meluap-luap.
-
Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau
isteri.
-
Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan
perhatian penuh padanya.
-
Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan
layanan terbaik daripada pasangan.
-
kerajinannya ketara, tergambar
melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau
isteri.
-
Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih
atau isteri.
-
Lega apabila pasangan memujuknya.
-
Gelisah apabila
berjauhan dengan kekasih atau isteri.
-
Kerap menelefon dan menghantar
sistem pesanan ringkas (SMS).
-
Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam
percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan
berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau
isteri.
2 komen:
wow.. semua ada ;D
btol3..hehehehe..
tp kdg2 pompuan yg x phm semua 2..
kdg2 pompuan x ske lki 2 wt cm 2..
cne 2??
hahahahha
Catat Ulasan