Kepada yang sedang mencari cinta, saya membayangkan bahawa anda sekarang telah pun mempunyai seseorang yang ingin anda jadikan pasangan hidup anda.
Anda sudah pun memulakan langkah dan telah pun cuba mendekati bakal pasangan anda, sekarang kita akan membincangkan mengenai cara untuk memancing hati bakal pasangan anda.
Cara ini sebenarnya juga boleh digunakan oleh pasangan yang sedang bercinta ataupun pasangan yang sudah berkahwin. Yang penting di sini ialah bagaimana juga untuk memancing hati pasangan anda agar cinta anda akan berkekalan sampai bila bila.
Namun begitu, ingatlah bahawa cara yang salah akan menghancurkan impian cinta anda.
1) Sentiasa Hiburkan Hati Pasangan.
Sentiasa membuat lawak yang berkesan agar bila anda tiada di sisi mereka pun mereka masih lagi mengingatinya malah adakalanya mungkin tergelak sendirian. Ini juga dapat mengurangkan kesedihan mereka.
2) Sentiasa Mengambil Berat Tentang Pasangan.
Sentiasalah mengambil tahu apa-apa perkara pun yang berlaku pada pasangan anda kerana ia menunjukkan bahawa anda sangat komited terhadap hubungan cinta dengan mereka. Ia juga bakal menjadikan diri anda lebih disayangi pasangan.
3) Tunjukkan Keikhlasan Anda Terhadap Pasangan.
Sentiasalah jujur dalam melakukan apa-apa sahaja dalam cinta kerana jika kita ikhlas dan jujur dalam cinta, kita akan lebih dihormati malah akan dipandang tinggi oleh pasangan kita. Ini menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh mengejar cinta mereka.
4) Sentiasa Luangkan Masa Untuk Bersama Pasangan.
Sentiasalah mempunyai masa untuk berjumpa atau keluar bersama agar mereka tidak mudah mengatakan anda tidak mementingkan mereka. Kesibukan dengan kerja bukanlah penghalang bagi seseorang untuk berjumpa dengan pasangan mereka kerana dalam sehari ada 24 jam semuanya.
5) Sentiasa Buatkan Pasangan Selesa Dengan Anda.
Anda perlulah senantiasa memberikan sokongan terhadap pasangan anda jika mereka berada di dalam kesedihan. Ini akan membuatkan pasangan anda merasakan dirinya difahami malah disayangi sepenuh hati oleh anda.
6) Sentiasa Berikan Bantuan Kepada Pasangan Walau Tidak Disuruh.
Anda perlulah peka terhadap masalah yang pasangan anda alami malah anda juga perlulah menjadi orang yang pertama untuk menyelesaikan masalah tersebut walau tidak disuruh oleh pasangan anda. Ini akan membuatkan mereka rasa bahawa mereka penting di dalam hati anda.
7) Sentiasa Rapat Dengan Ahli Keluarga Pasangan atau Ibu Bapa Mertua.
Anda perlulah sentiasa menziarahi keluarga pasangan anda agar mereka dapat melihat bahawa anda amat jujur untuk bercinta dengan pasangan anda. Anda juga bakal menjadi orang yang terpenting dalam keluarga mereka sekiranya anda rapat dan dikenali mereka.
8) Sentiasa Ambil Tahu Mengenai Kegiatan Pasangan Anda.
Anda perlu tahu segalanya mengenai kegiatan yang sedang dilakukan oleh pasangan anda agar mereka rasa diri mereka sentiasa diambil berat oleh anda. Malahan tidak mustahil mereka dapat mengawal diri mereka daripada melakukan sesuatu yang menyakitkan hati anda.
9) Sentiasa Berbincang Untuk Menyelesaikan Apa Jua Masalah Sekalipun.
Anda hendaklah sentiasa tenang malah tidak mudah melenting jika anda dan pasangan anda mengalami masalah. Jalan terbaik bagi menghadapi segala masalah tersebut adalah dengan berbincang kerana dengan berbincang kita akan dapat tahu apa yang perlu kita lakukan tanpa pertengkaran.
10) Sentiasa Berhubung Dan Berkomunikasi Dengan Pasangan.
Sentiasalah berhubung dan bercakap dengan pasangan anda setiap waktu agar pasangan anda fikir bahawa setiap saat yang dilaluinya sentiasa bersama anda. Ini dapat mengukuhkan ikatan cinta agar lebih kuat kerana selalu berhubungan dan berkomunikasi antara satu sama lain.
Kesimpulannya ialah kita perlulah menarik hati pasangan kita dengan menunjukkan kesungguhan kita dalam mengejar cinta. Ini akan membuatkan mereka percaya dan yakin terhadap cinta anda.
2 komen:
gua minat tang kartun tu ha..bwahahahha
nnti akn dtg nk praktikkan lah...cik aiskrim ni..ssh skit..psl..cintan..cintun..ni..hurmmm...huhu
Catat Ulasan