1. MENINGGIKAN SUARA
 
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan  suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki  kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak  bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,  mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa  mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
 
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa  perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun  sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak  salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga  cik abang!
4. MENGONGKONG
 
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri  kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau  nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya  pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula  sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka…  Macammana tu?
5. EGO
 
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan  dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki  menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa  mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai  kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.  Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
 
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan  yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang  mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya  mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah  berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki  kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat  berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama  kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
 
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini  berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.  Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi,  mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi  mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada  paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih  suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
 
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki  selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri  tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan  kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah  katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna  pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
 
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan  perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang  berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika  berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.  Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24  jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya  kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan  dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
 
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal  dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki  yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain  kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.  Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana  seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu  buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
 
11. MATA DUITAN
 
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki  spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan  yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah  perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula  yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan  lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
 
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.  Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak  keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan  merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh  lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa  bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa  menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita  ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
 
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis  apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu  dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri  sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh  lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap  sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan  janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat  bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana  setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.  Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
 
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap  sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari  adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda  berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak  menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa  juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.  Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga  dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki  mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
 
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang  pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.  Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama  berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan  badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa  segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum  lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
 
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka  lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka  tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.  Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.  Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
 
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak  ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu  mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah,  jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman  wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama  kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah  pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai  bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,  mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah  anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat  demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat  anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
 
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun  perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu  walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia  terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat  sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura  tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda  yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda  seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih  setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
 
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata  sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak  mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan  terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai  pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa  akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari  nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!  Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
 
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!  Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.  Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati  dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana  wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda  rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah  semacho yang disangkakan, tak guna juga!