RSS

Cinta Lelaki Pelik Dan Unik



CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

 

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:
  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

  • Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

  • Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.

  • Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.

  • Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.

  • Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.

  • Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.

  • kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.

  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.

  • Lega apabila pasangan memujuknya.

  • Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.

  • Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).

  • Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerana Kau Sempurna Bagiku

 

Seorang jejaka dan kekasihnya berkahwin dan majlis perkahwinannya sungguh meriah.Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut.

Sebuah majlis yang luar biasa. Pengantin perempuan begitu anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki didalam tuxedo putih yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahwa mereka amat saling mencintai.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Sayang, aku baru membaca sebuah artikel di majalah tentang bagaimana mengeratkan lagi tali pernikahan" katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Kita masing-masing akan mencatat perkara-perkara yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana mengubah perkara-perkara tersebut dan membuat kehidupan kita bersama lebih bahagia....."

Suaminya setuju dan mereka mulai memikirkan pelbagai perkara dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikkan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah bilik tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Besok pagi ketika sarapan, mereka siap membincangkannya.

"Aku akan mulakan dulu ok", kata si isteri. Ia lalu mengeluarkan kertasnya. Banyak sekali yang ditulisnya,sebanyak 3 helai kertas.

Ketika ia mulai membacakan satu persatu perkara yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahawa air mata suaminya mulai mengalir.

"Maaf, apakah aku harus berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan..." jawab suaminya

Lalu si isteri meneruskan bacaannya yang sudah tertulis , kemudian kembali melipat kertasnya dengan manis diatas meja dan berkata dengan bahagia.

"Sekarang giliran sayang lagi untuk membaca"


Dengan suara perlahan suaminya berkata "Aku tidak mencatat sesuatupun dikertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubahmu.
Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tidak satupun dari peribadimu yang rasakan kurang.... "

Si isteri tersentak dan tersentuh oleh kenyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya apa adanya...

Ia tunduk dan menangis.....

Dalam hidup ini,banyak kali kita merasa dikecewakan, tertekan, dan sakit hati. Sesungguhnya tidak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut.

Hidup ini penuh dengan keindahan, kebahagiaan dan harapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan yang buruk,mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak keindahan di sekeliling kita ?

Saya percaya kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan cuba melupakan yang buruk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...