RSS

Gembira Hidup Single




Hidup tanpa teman istimewa ada kelebihan dan kekurangan. Di sini senarai kekurangan sekiranya jadi single. Tapi jangan sedih, jodoh anda telah ditetapkan Allah dan bila sampai seru nanti, tahulah betapa gumbiranya anda.

Berasa sunyi
Sudah pasti ada sebabnya mengapa manusia diciptakan berpasang-pasangan. Salah satu punca utamanya adalah untuk mengelakkan mereka daripadaberasa sunyi. Sekiranya anda single, mungkin anda tidak berasa sunyi kerana mempunyai ibubapa, adik beradik, saudara mara, rakan-rakan dan sebagainya, tetapi ia pasti tidak akan sama seperti pasangan hidup menemani anda.


Melihat kebahagiaan orang lain
Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan tidak terasa apabila melihat kebahagiaan rumahtangga orang lain terutamanya jika mereka adalah dikalangan rakan-rakan anda. Pasti anda juga ingin merasakan kebahagian yang rakan anda alami. Perasaan ini pasti tidak akan hilang selagi anda masih single.


Pembakar semangat
Pasti anda semua mengetahui bahawa setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita yang menyokong dibelakang begitu juga sebaliknya. Wanita tersebut mungkin boleh menjadi sesiapa sahaja seperti ibu, kakak, atau rakan wanita. Tetapi ia pasti akan lebih bermakna sekiranya wanita tersebut adalah teman hidup anda.


MASALAH CINTA
Masalah ditanggung sendirian
Pasti ramai orang yang berada di sekeliling anda yang sanggup memberikan bantuan apabila anda dilanda masalah seperti ibubapa, adik beradik dan rakan-rakan, tetapi ia pasti tidak akan sama sebagaimana perkongsian masalah antara pasangan hidup anda.


Kasih sayang
Manusia sememangnya diciptakan untuk memiliki perasaan kasih dan sayang. Luahan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan semestinya terlalu banyak perbezaan berbanding orang lain. Kasih dan sayang terhadap pasangan adalah lebih lengkap dari segi keperluan luaran dan dalaman.


Sekiranya anda sudah bersedia dari semua aspek seperti kewangan mahukan psikologi, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk melengkapkan lagi naluri anda sebagai manusia.



credit : gelagatkita.com


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...