RSS

# Kalkulator Perkahwinan.. Lelaki dan Wanita?



Artikel yang agak baik untuk dikongsi..

Ok. katakanlah ko nie fresh graduate pada usia 23 tahun, lelaki, dan start keje sebagai executive officer(engineer/accountant/pegawai dan lain lain) kat kl dgn gaji RM2000 sebulan dan sebelum nie tak penah pon simpan duit kat bank..


tetiap bulan.. setelah ditolak dari perbelanjaan makanan, pengangkutan (sama ada public ataupon motor), duit letrik, air, telepon, rumah sewa dan lain-lain keperluan.. katakan lah.. korang leh saving RM800 la biasenye..


pastu.. oleh kerana korang nie boleh dikirakan sebagai anak yg baik.. korang pon bagilah duit kat ibubapa korang lebih kurang RM300 sebulan.. tinggallah RM500 untuk korang saving untuk bulan tu..


dan lepas setahun.. dgn setiap bulan korang saving tu.. korang ade lebih kurang RM5000 duit kat simpanan korang..


pada tahun berikutnya iaitu pada umur ko 24tahun.. ko pon berjumpa dgn gadis impian ko.. ko dan awek ko nie dah berjanji dan bersetuju nak kawin lagi 1 hingga 2 tahun lagi.. ok lah tu.. bagi masa nak prepare keperluan asas untuk membina 'rumah tangga bahagia'.. rumah lagi.. dgn kereta lagi.. kan?..


pada tahun tu gak.. oleh sebab ko nie kuat bekerja.. jadi ko pon dinaikkan gaji sebagai 10%.. sebagai lelaki.. ko mesti nak pastikan yg ko ade duit untuk keluar date dgn awek kan?.. so.. 10% gaji ko pon.. ko habiskan kat awek kesayangan ko nie..


macam gak tahun lepas.. tahun nie setelah ko berpulun simpan duit.. makan meggi je.. ko dah simpan sebanyak RM5000 lagi.. jadi jumlah simpanan korang untuk 2 tahun nie dah RM10,000.. kebetulan plak pada tahun tu.. company tempat ko kerja tu banyak untung.. so dier kasi bonus 2 bulan gaji.. menjadikan simpanan korang bertambah RM4000.. jadi jumlah simpanan yg ko dah ade skang nie ialah RM14000...


ko ambik keputusan nak spend RM8000 sebagai wang pendahuluan untuk beli brand-new RM40,000 car.. jadi.. simpanan korang skang nie dah tinggal RM6000..


tahun berikutnya pada umur 25thn.. ko masih bekerja mcm biasa lagi.. tapi untuk tahun nie.. oleh sebab ko dah ade kereta.. so jumlah simpanan untuk sebulan tu pon dah kurang dan menjadikan simpanan RM400.. jadi lebih kurang RM5000 gak la setahun tu ko saving..


takde bonus tahun nie sebab company korang tak byk untung.. jadi jumlah simpanan korang kat bank ialah RM11,000. pastu.. ko ambik keputusan nak bertunang dgn awek ko skang nie.. dier kate ok.. so ko kene la beli cincin pertunangan ye tak?..


lebih kurang RM1500 telah dihabiskan untuk cincin pertunangan dan hantaran pertunangan.. so jumlah simpanan ko skang nie dah tinggal RM9,500


tahun berikutnya pada umur 26thn.. ko dinaikkan pangkat dan gaji ko pon dinaikkan sebagai 1.5 kali berbanding gaji ko sebelum nie.. ok.. berita yg baik.. ko pon pikir la nak kawin tahun nie.. sebab ko pon dah tak sabar dan gersang sangat nak kawin.. ok la.. ko kawin tahun nie..


jadi.. ko tanye kat awek ko nie.. "berapa banyak duit hantaran?.." pastu dier ckp.. "berapa-berapa u sanggup.."


ko ckp.. "RM5000 ok??"

dier jawab balik.. "I ok je.. tapi my mom tu.. dia kate grad oversea mcm I ni mana boleh letak rendah-rendah.. paling kurang pon RM10,000 tau!"..

mate ko terjegil.. .. lidah kelu tak terkata.. dan ko pengsan kat situ gak..


"Kat mane lagi aku nak carik duit nie.." ko ckp dgn diri sendiri.. tapi.. oleh sebab ko dah tak tahan sangat nak kawin dgn gadis impian ko nie.. dan atas dasar "cinta".. ko kerja dgn lebih keras lagi sehinggakan pada tahun nie.. ko digelar "The Best Employee of The Year".. ko dapat 3 bulan bonus.. pastu ko pon buat side income jual ayam pencen.. so jumlah simpanan ko pada akhir tahun tu ialah sebanyak RM20,000.


ok.. skang nie ko dah 27thn.. dan cukup dewasa dan cukup duit untuk bayar hantaran perkahwinan.. tapi.. mak ko plak ckp.. "anak mak nak kawin nie mesti la buat yg grand-grand.. kita sewa khemah besar2.. jemput penyanyi ke.. artis ke.. sorang dua untuk buat persembahan.. lauk pauk kite panggil cater aje la ye?.. ala.. sorang RM10 je.. baju kawin ko.. kite sewa yang cantik-cantik dan mahal-mahal sket..


kite jemput dalam 1000 orang datang ok?"


ko pon dgn pantas pon kira la perbelanjaan semua tu... "1000xRM10=RM10000, penyanyi lagi.. khemah lagi.. buta-buta je RM15,000!!! tu tak masuk cincin kawin lagi..!" pastu ko pon ckp kat mak ko..


"mak.. nak buat ape bazir duit nie.. " pastu mak ko ckp "anak mak nie nak kawin sekali je seumur hidop.. biarlah buat betul-betul.."


ko ckp.. "tapi mak.."



pastu dgn pantas mak ko potong.. "dah lah.. ko jgn nak buat malu mak.. cik tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato2 datin2, tan sri puan sri semua datang.. mane mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik-kecik?.."

akhirnya.. ko pon kawin la.. tapi.. 'rumah tangga bahagia' yg ko mimpikan tak seindah yg dimimpikan rupanya.. perkahwinan ko tak dpt bertahan lama..


banyak hutang.. interest setiap bulan semakin bertambah.. dan ko tak mampu nak bayar lagi hutang-hutang ko tu..


bini ko plak dah letih jadi tukang bayar hutang.. dier tuduh ko suami yg tak bertanggungjawab.. dan bla bla bla.. akhirnya.. korang pon bercerailah..


jadi kesimpulannya..


1) perkahwinan nie sebenarnya boleh dilakukan dgn cara yg paling mudah.. tapi kat malaysia nie.. seboleh-bolehnya semua orang berebut-rebut nak buat majlis kawin yg paling grand dan membazir..


2) "Harga" bagi seorang wanita terletak pada latar belakang pendidikannya, bentuk fizikalnya dan status keluarga.. berbanding dengan pengetahuan dan kefahaman tentang institusi kekeluargaan dalam islam.. yg menyedihkan.. wanita-wanita yg baik hati.. yg taat perintah tuhan.. bagaikan "tidak beharga"


hantaran perkahwinan yg menjadi adat kaum melayu pon sebenarnya ditiru dari kaum india yg datang ke malaysia.. bile hantaran terlalu tinggi sehingga lelaki nie tak mampu.. maka perkahwinan tersebut akan ditangguh atau dibatalkan terus..


3) Perkahwinan sepatutnya dilaksanakan dengan cepat dan tidak menyusahkan pasangan.. tapi harini.. perkahwinan menjadi sesuatu yg complicated.. sehinggakan orang takut untuk berkahwin.. kita sepatutnya fokus pada kehidupan selepas perkahwinan.. bukannya majlis perkahwinan tu..


Perkahwinan nie sebenarnya hanyalah sebuah "pintu" je dalam institusi kekeluargaan..


kenapa nak abiskan banyak duit dan barang perhiasan kat pintu sehinggakan perabut dalam rumah semua kosong dan gelap..


CREDIT : KELAB ANAK KEDAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta dahulu dan sekarang

Terlebih dahulu mohon maaf sekiranya terdapat bahasa kesat yang tidak disukai ramai.. sekadar perkongsian untuk kalian semua.....



Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bohsia...

Pakwe: abang kan jadi mat rempit

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi pemuas nafsu

Pakwe:Salah tu, kan abang boleh taruh ayang,

Makwe: gitu... kalau saya jadi pelacur

Pakwe: Abang jadi bapa ayam

Makwe: Kenapa bukan customer

Pakwe: Sebab customer keje dia hanya menghisap dan bermain..sedangkan bapa ayam kerjanya menjaga, dan mencari customer untuk pelacur

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

 


Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bohsia

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan mat rempit...

Suami: Kat hutan mana ada mat rempit... kat bandar adalah... apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi pelacur

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi bapa ayam ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bohsia tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok dara lagi...

Suami: Takdo nak romantik viagra do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!




Credit to : http://gempak.org

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Cinta Seorang Suami



(Jakarta News) Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar.
 
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. 

Mereka  berkahwin sudah lebih 32 tahun. Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu:  semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi,  kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
 
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.
 

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau  hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup.  Dia telah melahirkan kalian..."
 
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun  melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan  selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta  tapi dia tidak mencintai kerana Allah  maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya  bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ...  Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 bahasa cinta selain I LOVE YOU



Sedikit perkongsian untuk hari ni (^_^) ,

Adakala kita tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan kepada si dia bahawa kita benar-benar sayang kepadanya. Nak saya "i love u" je pun tak best juga. Ada tak cara yang lain? 

Ini beberapa contoh ringkas yang mungkin boleh memberikan impak idea kepada anda..;

Mengucapkan kata -kata pendukung seperti memberikan kata-kata pujian ,semangat atau dukungan yang memberikan si dia lebih bermotivasi.Membicarakan tentang hal positif juga dapat menambahkan kasih sayang pasangan bercinta

Kebersamaan iaitu melakukan sesuatu bersama-sama seperti menonton bersama-sama atau melakukan sesuatu aktiviti kegemaran masing-masing secara bersama 

Memberikan hadiah kerana hadiah merupakan sesuatu simbol visual cinta,Memberikan hadiah disaat hari jadi,ulang tahun perkahwinan menyebabakan pasangan lebih terasa di hargai

Melayani dengan tulus iaitu membuat sesuatu dengan kerelaan hati tanpa di suruh kerana dengan tulus pasangan dapat merasai sebagai bukti cinta

Sentuhan fizikal seperti ciuman ,berpegangan tangan,memeluk isteri atau suami kerana pasangan dapat menyampaikan emosi cinta kita terhadap pasangan tetapi tidak dibenarkan bagi mereka yang belum berkahwin.


Semoga tips ringkas ini dapat membantu ... Semoga Bahagia..(^_^) 






Download ebook doa pengasih (klik gambar)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindu Setengah Mati

Hayati lagu ini semasa anda membaca cerita dibawah


20 Mei 2010 Jam 10.27pm

Di hadapan Gerbang Lapangan Terbang Menuju ke Australia

” Aku Rindu Setengah Mati Kepadamu ……
Sungguh Ku Ingin Kau Tahu … Aku Rindu ….. 
Setengah Mati ……” 

Lagu dari Band D’Masiv terus terngiang-ngiang dalam fikiran Ika, lagunya sederhana tapi selalu menggetarkan perasaannya yang sentiasa menemani lamunannya sepanjang perjalanan menuju ke australia…… Matanya mengenang jauh kedalam suatu masa …. 

_____________________

10 April 2010

…….. My surat My sudah Ika terima … Ika juga rindu sangat dekat My …. bulan depan jadi balik kan …. Ika pasti menunggu My …. Sayang My …. Ika… 

____________________

15 Mei 2010

Sesampainya dirumah ika terus menuju kebiliknya dan membuka laci yang berisi surat-surat dari Remy ….. surat yang sudah dikumpulkannya selama 2 tahun adalah sebuah bukti kisah perjalanan Cinta antara Dia dan Remy …. 

Semenjak meninggalkan kampung halamannya demi pekerjaan, akhirnya hanya suratlah sebagai pengubat kerinduan mereka … kerana buat mereka tulisan didalam surat lebih membuktikan dari rasa cinta yang sebenarnya …… padahal mereka sebenarnya masih boleh berhubungan dengan telefon atau HP tetapi mereka lebih memilih keindahan sepucuk surat. 

Surat yang berjumlah kurang lebih 24 pucuk surat terus dibukanya satu-satu…campur aduk perasaan dihati ika ….

____________________

20 Mei 2010  Jam 7.25 pagi


…… Tangan ika dipegang dengan erat, menahan emosi yang begitu bergemuruh didadanya ….

” My …… untuk apa semua ini …."

Seperti seorang kanak-kanak kecil ika tiba-tiba menangis sepuas hatinya di atas timbunan tanah merah …… dan dia memegang sebuah Nisan yang bertuliskan….. 

Remy Bin M.Amran, 22 Jun 1988, 13 Mei 2010





Download ebook doa pengasih 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

27 Idea Romantik



IDEA # 1
 
Sekiranya pasangan anda mempunyai tugasan di luar daerah, nyatakan padanya bahawa anda sangat risaukan keselamatannya. Oleh itu anda telah menyediakan pengawal peribadi khas… iaitu seekor teddy bear untuk menjaganya sepanjang ketiadaan anda.
 
IDEA # 2
 
Beli bintang-bintang yang bersinar ketika dalam gelap, kemudian lekatkan pada siling tempat tidur anda dengan mesej “I Love U”. Apabila lampu dipadamkan, mesej anda akan muncul!
 
IDEA # 3

Jadi pasangan yang ringan tulang. Luangkan masa membantu si dia memasak di rumah ketika hujung minggu. Anda boleh membantunya menghiris bawang, memotong sayur, atau apa-apa saja tugasan dapur bergantung pada menu yang anda rancang bersama.
Pasti pasangan anda berasa bertuah memiliki suami serajin anda!
 
IDEA # 4

selepas solat dengan mendoakan hubungan anda dengan pasangan agar terus diberkati dan harmoni.
 
IDEA # 5
 
Hadiahkan sesuatu yang digemari pasangan pada hari lahirnya ataupun di ulangtahun perkahwinan anda. Misalnya menghadiahkan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab ataupun kura-kura kecil yang comel sebagai kejutan istimewa.
Pasti si dia akan menghargai hadiah anda dan akan menjaga ia dengan sebaikbaiknya.
 
IDEA # 6
 
Ambil hati ibu bapa dan ahli keluarganya. Setiap kali anda berdua pulang ke rumah ibu bapa mentua, jangan lupa belikan hadiah ataupun makanan kegemaran mereka.
Pasangan anda tentu gembira dengan cara layanan anda terhadap kedua orang
tuanya. Tidak mustahil si dia juga akan membuat perkara yang sama terhadap
ibu bapa anda nanti.
 
IDEA # 7
 
Kirimkan jambangan bunga terus ke pejabat pasangan anda. Pasti ia akan mengembirakannya di samping komen dan perhatian yang diberikan oleh rakan sekerja.

IDEA # 8
 
Di waktu terluang, bawa pasangan anda ke tempat yang menenangkan seperti pantai, tasik ataupun tempat yang digemari oleh anda berdua. Jangan lupa menyimpan kulit siput atau batu yang anda pungut bersama untuk kenangkenangan.
 
IDEA # 9

Ucapkan penghargaan anda dengan sepenuh hati dan hadiahkan ciuman kasih sayang di pipi pasangan anda.
 
IDEA # 10
 
Apa kata sekali sekala tukar panggilan manja anda dan pasangan. Selain menghasilkan mood baru bagi hubungan anda, panggilan yang baru juga boleh mengelakkan rasa jemu antara anda berdua.
IDEA # 11
 
Tulis puisi yang menggambarkan perasaan dan penghargaan anda terhadap si dia. Lebih bagus sekiranya anda dapat menghafal dan menyampaikan puisi tersebut di hadapannya dengan sepenuh hati.
 
Sekiranya anda kreatif menyampaikannya, tidak mustahil dia akan menangis di
atas penghargaan anda terhadapnya.
 
IDEA # 12
 
Lakukan aktiviti kegemaran bersama. Sekiranya si dia suka berkebun, temani dia melakukan aktiviti kegemarannya meskipun anda kurang gemari. Tidak mustahil si dia akan menemani anda melakukan aktiviti kegemaran anda pula selepas ini.
 
Sebarang aktiviti yang dilakukan bersama lazimnya akan lebih bermakna dan
membuatkan anda berdua lebih gembira.
 
IDEA # 13
 
Peluk pasangan anda sekerap yang mungkin. Terutamanya ketika si dia akan keluar bekerja. Bisikkan ke telinganya bahawa anda sebolehnya tidak mahu dia keluar tanpa anda walaupun seketika dan berharap dia akan pulang segera.
 
IDEA # 14

Meskipun tidak kemana-mana, cubalah untuk kelihatan menarik dengan berhias walaupun ketika berada di rumah

IDEA # 15
 
Bayangkan anda memakai kemeja si dia yang besar dan labuh di badan anda…
anda mungkin mendapatinya kelakar, tetapi boleh jadi juga ia kelihatan berbeza
di mata si dia.

IDEA # 16

Selepas seharian penat bekerja, mengapa tidak jika anda tawarkan diri mengurut bahu atau kaki pasangan. Selain menghilangkan stress, si dia juga akan menjadi lebih relaks.
 
IDEA # 17
 
Amalkan aktiviti mandi air suam bersama selepas seharian penat bekerja. Hilangkan ketegangan fikiran dengan berendam di dalam tab mandi dengan si dia. Pejamkan mata untuk beberapa ketika sambil si dia menyabunkan badan anda.
Jangan lupa letakkan beberapa titis pewangi ke dalam tub mandi untuk kesan
sensual dan ketenangan.
 
IDEA # 18
 
Pastikan pencahayaan bilik tidur yang tidak terlalu terang. Pasangkan lampu aroma terapi dengan wangian lavender untuk menimbulkan mood romantik.
 
IDEA # 19
 
Sekiranya anda berdua sudah memiliki anak, utamakan pasangan anda lebih daripada anak-anak. Hakikatnya, pasangan memerlukan perhatian berbeza daripada anda. Oleh itu, dahulukanlah si dia dalam apa jua perkara.

IDEA # 20
 
Pada hujung minggu, bawalah pasangan anda berjalan-jalan di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam Lanjutkan aktiviti anda berdua dengan menikmati makan malam di sana.
 


IDEA # 21
 
Tonton rancangan TV yang melucukan dan mampu membuatkan anda berdua ketawa. Keserasian ialah apabila anda sependapat untuk perkara yang sama dan ketawa merupakan elemen yang perlu ke arah hubungan yang lebih serasi.
 
IDEA # 22
 
Candle light dinner di rumah! Jangan lupa berpesan pada suami anda agar pulang awal ke rumah untuk kejutan istimewa. Tetapi jangan nyatakan apa rancangan anda agar ia tetap rahsia.
 
Anda boleh memasak makanan kegemarannya, tutup lampu dan nyalakan lilin di
meja makan, tapi jangan lupa! pakai baju tercantik yang pernah pasangan anda
hadiahkan ketika menyambut kepulangannya nanti.
 
IDEA # 23
 
Sebagai isteri, sentiasa tingkatkan kemahiran memasak anda. Hati suami boleh ditambat melalui perutnya! Air tangan isteri mampu mengeratkan kasih sayang anda dan pasangan.
 
IDEA # 24
 
Sekiranya pasangan anda memiliki rambut yang panjang, sikat rambutnya perlahan-lahan dengan lembut sekali. Teknik ini sangat berkesan lebih-lebih lagi ketika si dia baru selesai mandi dan bersedia untuk tidur

IDEA # 25
 

Pakai pakaian atau tudung yang dihadiahkan pasangan ketika keluar bersama. Anda pasti tampil istimewa di hadapannya!
 

IDEA # 26
 

Sekali sekala amalkan makan bersuap dengan pasangan anda. Meskipun sudah melalui majlis makan beradab, tidak bermakna anda tidak perlu mempraktikkannya lagi. Ia pasti mengimbau kenangan hari bahagia anda berdua selain tampil romantis ketika makan bersama.
 

IDEA # 27
 

Simpan gambar pasangan anda di dalam telefon bimbit atau dompet anda. Lebih baik lagi jika gambar anda berdua ketika bercuti. Setiap kali menatap gambar tersebut, secara tidak langsung anda akan teringat saat manis ketika bercuti dengan si dia....



Muat Turun Panduan Doa Pengasih (Klik Gambar)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kejayaan Dalam Cinta



Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dalam kejayaan mencari cinta sejati. Ia bermaksud kejayaan anda mengukuhkan keharmonian antara pasangan anda malah kekal sampai ke hujung nyawa anda. Itulah kejayaan dalam cinta sejati yang amat diidam-idamkan oleh semua orang.
 
Sebenarnya banyak faktor penting yang dapat menjayakan sebuah cinta yang sejati tetapi yang paling penting MATLAMAT CINTA anda kenalah jelas. Jika matlamat cinta anda hanya untuk seketika sahaja lebih baik anda tidak perlu bercinta kerana jika anda bercinta, anda tidak akan berjaya dalam cinta anda.

Antara faktor-faktor lain yang amat penting ialah:
 
1. Fahami Diri Anda, Fahamilah Pasangan Anda
 
2. Sayangi Pasangan Anda Seperti Anda Sayangkan Diri Anda
 
3. Sentiasa Jujur dan Ikhlas Dalam Perhubungan
 
4. Sentiasa Dapat Menyelesaikan Apa Jua Masalah
 
5. Wujudkan Kesefahaman Dalam Bercinta
 
6. Sentiasa Ada Kepercayaan Dalam Cinta

Dengan adanya faktor-faktor berikut, maka tidak mustahillah sesebuah ikatan itu sangat kukuh dan akan memperoleh kejayaan dalam percintaan anda. Tetapi bagaimanakah anda dapat mengetahui sesebuah hubungan itu berjaya atau tidak?

Senang sahaja. Jika anda terlihat pasangan-pasangan yang mempunyai ciri-ciri seperti dibawah bermakna merekalah antara pasangan yang telah berjaya dalam cinta.



 


Antara ciri-ciri tersebut ialah :
 

1) Sentiasa Senyum Apabila Bersama
 

2) Sentiasa Bahagia Walaupun Dihimpit Pelbagai Masalah
 

3) Sesebuah Hubungan Itu Telah Lama Bertahan
 

4) Sentiasa Mesra Di Mana-mana
 

5) Tiada Kemarahan Dalam Diri Anda Atau Pasangan
 

Jadi, adakah anda dan pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti di atas?? 
Jika Ya, Tahniah diucapkan kerana anda telah memperoleh kejayaan dalam mengejar sebuah cinta yang sejati. Jika Tidak, tidak mengapalah kerana anda masih belum terlambat mencari kejayaan dalam bercinta.


 Klik gambar untuk muat turun ebook doa pengasih

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...