RSS

"I Love You" Setiap Hari



Sometimes agak confused dengan masyarakat kita yang cukup susah untuk menyatakan sayang or even to say, “I love you, sayang.”
 
Time bercinta, bukan main lagi hehe..  Tapi apabila sudah berkahwin…segala-galanya pudar. Usah nak ucap kata-kata cinta. Mendengar saja dah naik bosan dan muak.

Ni orang lelaki lah ni selalunya. Tidak kurang juga dengan si isteri yang malu bila dipeluk-peluk suami dikhalayak ramai. Pipi nak dicium suami pun ditepisnya…. alasannya, malu. :P 

Ada pula sesetengah tu, hanya menunggu waktu-waktu tertentu untuk mengucapkan, “I love you.” 

But, why wait?…Mengapa kita hanya menunggu hari Valentine sahaja untuk celebrate cinta? Contohnya. Kalau Valentines day bukan main lagi menyambutnya. kemain lagi hadiahnya, dinnernya…dan berbagai-bagai lagi. Tak boleh ke kalau kita raikan perhubungan cinta kita itu setiap hari? Bukankah ia lagi menarik.

"Sudahlah pertelingkahan tu diamalkan hampir setiap masa. Asyik bertekak tak kira masa pula. Yang bergaduh tak apa pulak dibuat setiap hari ya? Mengapa kita tak boleh nak bercinta setiap hari?."
 
Katakan, ucapkan cinta setiap hari. Mengapa kena tunggu waktu dan ketika yang sesuai? Mengapa kena tunggu harijadi? Tahun Baru, Ulangtahun perkahwinan…Valentines day, ….okeylah kalau you all kata takut boring, fine!…tapi mengapa tak boleh nak buat 2-3 hari sekali ke, seminggu sekali ke….haaa lama dah tu…

TAPI, Jika itu adalah cinta…mengapa mesti bosan? Kalau bosan, itu maknanya sudah samar cintanya. Kalau teori, Ucapkan kata cinta setiap hari ini membosankan…olahkan cinta jadi pelbagai caranya. Contoh :-
  • Day 1 ~ Bercinta di pantai atau dikolam renang…mandi-manda bersama dan ucapkan kata cinta
  • Day 2 ~ Kejutkan dia di tempat kerjanya dan keluar lunch ke Restoran makanan exotic…then ucapkan kata cinta
  • Day 3 ~ Jangan tunggu waktu harijadi baru nak bagi hadiah. Hadiahkan dia hari ini juga sesuatu yang small, simple but fancy and meaningful. Kali ni, ucapan cinta hanya di kad gifts tu…
So, kan setiap hari ucapan cinta dapat dilakukan dalam pelbagai cara tu. Takkan boring lagi. ;) Kalau macam 3 days ni, agak-agak anda atau pasangan anda akan bosan ke? Lagi interesting adalah, kan! 









 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selagi Ada Masa...



"Bz"

"Ya"

"Jap"

"Ok"

"Dah"

Betul-betul sibuk ke sehinggakan kita hanya mampu membalas mesej pesanan ringkas kepada si dia dengan hanya satu atau empat huruf sahaja. Jom kita lihat pandangan peribadi beberapa orang ramai yang sempat ditemubual petang semalam.


"Saya pun bz jugak, tapi tak pernah saya lupa nak contact dia. Adalah dalam sehari call sekali dan sms masa lunch dan masa sebelum nak tidur"

"Memanglah bz, ingat saya main-main ke dalam office? Cakap nak kahwin cepat takkan nak asyik berkepit je? Rilexlah, dah kahwin nanti hari-hari boleh bercinta."

"Alah dia pun 2x5 gak. Sehari belum tentu dapat mesej dari dia. Aku peduli apa. Kalau dia perlukan aku barulah dia ingat kat aku ni. Its ok, tak lama lagi kami kahwin gak"

"Sebelum ni setiap masa kami memang selalu berhubung terutamanya dengan SMS. Sesibuk mana pun dia, dia tetap akan membalas SMS saya. Tapi bila dah lepas bertunang ni, entah kenapa dia seperti sibuk memanjang, tapi tengok dalam FB dia sibuk 'komen' sana sini. Bila dah macam tu, hati terasa seperti di abaikan. Memanglah sepi."

"Aku tak kisah dia nak contact aku ke tak, yang penting aku tau aku tetap cintakan dia, dan aku tau dia tetap yang aku selalu kenal."


Lain orang lain pandangan, lain pandangan lain perasaan. Ada yang tidak kisah sekiranya si dia tidak menghubunginya walau sehari pun, dan ada juga yang rasa kesepian bila si dia seperti dilupakan.

Selagi ada masa hubungilah si dia.. kita tidak tahu apa yang akan terjadi dihadapan kita. Kita tidak tahu adakah dia jodoh kita. Kita juga tidak tahu adakah dia sepi tanpa kita... Selagi ada masa...




P/s Saya terbaca sebuah ebook yang berjaya menyatukan saya dan si dia suatu ketika dahulu. Dan kerana ilmu daripada ebook inilah yang membuka hati saya untuk menulis blog berkenaan cinta. Mari bersama Dr Cinta. Klik Di sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lelaki Sejati



Suatu hari Winelyn bertanya ibunya soal lelaki sejati.....

Ibunya menjawab, 

"Lelaki Sejati bukanlah dilihat wajahnya yang tampan,
Tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekelilingnya.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
Tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekelilingnya,
Tetapi dari sikap bagaimana ddia menilai persahabatan.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat kerjanya,
Tetapi dari bagaimana dia dihormati di dalam rumah



Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kuatnya pukulan,
Tetapi dari sikap bijaknya mengendali situasi.

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang sasa,
Tetapi dari hati yang ada disebalik itu

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memujanya,
Tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya



Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerja yang dipikulnya,
Tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya dia membaca kitab suci,
Tetapi dari konsistennya dia melaksanakan apa yang ia baca."

"Inilah yang dikatakan lelaki sejati, jangan sesekali menilai hanya dari luarannya tetapi fahami isi hatinya, fahami sekelilingnya dan fahami masa depannya"


Rahsia Menawan Hati Jejaka Idaman Terbongkar!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Love = Waiting 4 A Bus....??


Cinta itu sama seperti orang yang sedang menunggu bas.

Sebuah bas datang, dan anda katakan,

"Wah..terlalu penuh, tak naklah, rimas bersesak.Tunggu bas yang seterusnya jelah."

Kemudian, bas berikutnya datang. Anda melihatnya dan berkata,

"Alamak! Bas ni tak elok pula,tempat duduknya kurang selesa"

Bas selanjutnya datang, cool dan anda berminat, tapi seakan-akan dia tidak melihatmu dan lalu begitu saja.

Bas keempat berhenti di depan anda.

Bas itu kosong, cukup bagus, tapi anda katakan,


"Takde aircond lah bas ni, mana leh tahan dengan kepanasan hari ni kalau duduk lama-lama".

Jadi anda membiarkan bas keempat itu pergi. 

Waktu terus berlalu, dan anda mulai sedar sudah lewat untuk hadir ke pejabat,

Ketika bas kelima datang, anda sudah tak sabar, anda terus melompat masuk ke dalamnya.

Setelah beberapa lama, anda akhirnya sedar yang anda sudah salah menaiki bas. Bas yang anda naiki sekarang ini menuju ke destinasi lain.

Dan anda baru menyedari bahawa anda telah mensia-siakan masa anda sekian lama.




 
Moral dari cerita ini :

Sering kali seseorang itu menunggu orang yang benar-benar 'ideal' untuk menjadi pasangan hidupnya. Padahal tidak ada orang yang 100% memenuhi kehendak kita.

Dan anda pun sekali-kali tidak akan pernah menjadi 100% sesuai dengan keinginan si dia.

Jangan asyik memberikan alasan untuk menunggu dan menunggu. Ingatlah, Tidak ada seorang pun yang sempurna di dunia ini.

(^_^)

p/s sekiranya masih bingung dalam mencari pasangan hidup, apa kata kita tanya Dr Cinta

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jika Tuhan Memberikanmu CINTA



SP : Mengapa kau menyukaiku?

SL : Aku tak dapat menjelaskannya.Tetapi aku betul-betul menyukaimu.

SP : Kau kata kau sayangkan aku tapi tidak dapat memberikan sebarang alasan.Jadi,
        Bagaimana kau boleh berkata menyayangiku?
        Bagaimana kau boleh berkata kau mencintaiku?

SL : Aku betul-betul tak tahu kenapa, tetapi aku dapat membuktikan bahawa aku mencintaimu.

SP : Bukti? Tidak!
       Aku nak kau menjelaskan "kenapa".
       Boyfriend kawanku sendiri dapat memberikan sebab kenapa dia mencintai kekasihnya,
       tetapi kau tak!!!

SL : Ok ok!!!
        Hmm kerana kau cantik,
        kerana suaramu sedap didengar,
        kerana kau sentiasa menjadi perhatian orang,
        kerana kau selalu mengambil berat,
        kerana kau bijak pandai
        kerana senyumanmu,
        kerana setiap gerakkanmu...


Sayangnya, beberapa hari kemudian,
Si Perempuan mengalami kemalangan dan koma.
Si Lelaki itu kemudiannya meletakkan surat di sisinya,
dan isinya seperti berikut:

Kekasihku,

Kerana suaramu yang merdu aku mencintaimu.
Dapatkah kau bersuara sekarang?
Tidak!
Oleh kerana itu aku tidak dapat mencintaimu.

Kerana kau selalu mengambil berat akanku
maka aku menyukaimu.
Sekarang kau sama sekali tidak dapat menunjukkannya,
oleh kerana itu aku tidak dapat mencintaimu

Kerana senyumanmu, kerana setiap gerakkanmu
maka aku mencintaimu.
Sekarang dapatkah kau tersenyum?
Dapatkah kau bergerak?
Tidak!

Kerana itu juga aku tidak dapat untuk mencintaimu..

Jika cinta memerlukan alasan seperti sekarang,
maka tidak ada lagi alasan untukku mencintaimu lagi.

Apakah cinta memerlukan alasan?

TIDAK!

Oleh kerana itu, aku masih tetap mencintaimu
dan cinta tidak memerlukan alasan

Ketika mencintai seseorang
jangan pernah menyesal dengan apa yang pernah dilakukan,
menyesallah terhadap apa yang tidak pernah tidak dilakukan.

Jika Tuhan membawa engkau kepada cinta..
Dia akan menemanimu untuk menikmatinya.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apabila Gagal Bercinta.



"Putus sudah kasih mesra antara kau dan aku, kalau dulu akulah segalanya, ..namun kini aku.....sendiri"

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua. Agak lama rasanya tidak menulis entry yang agak serius. Kali ni hendak sangat menyampaikan beberapa tips kepada insan yang patah hati kerana cinta. 

Bukan semua kisah cinta akan berakhir dengan kemanisan, kalau ada pun hanya boleh di lihat melalui sebuah filem cinta yang penuh dengan mainan emosi.

Apabila gagal bercinta, apa harus dilakukan?

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.


 3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.



Cinta bukan hanya datang sekali, ianya akan datang dan pergi begitu sahaja. Jangan memandang hanya keindahan hari ini. Apabila hendak bercinta, ukirlah dihatimu 






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Opss!! I Love You



Oppss! I Love U, alamak dah terkantoi, sedar tak sedar rupa-rupanya dah jatuh cinta.Ye ke dah jatuh cinta? Nak tahu perangai pelik dan memang dah perangai skema bagi orang yang tengah mabuk oleh cinta. Jom terjah!


1. Bila marah, takkan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan terhadapnya.

2. Selalu dan akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, akan berjalan dengan perlahan. (rasanya seperti masa bergerak perlahan)

4. Akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya. (kadang-kadang suara pun tak dengar sangat)

5. Apabila berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas. 

6. Hanya dengan mendengar suaranya,anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada. (dulu dengar lagu rock)


9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Sah! Memang dah jatuh cinta kalau macam ni. Tunggu apa lagi, berusahalah untuk menyatakan cinta anda kepadanya. 

p/s pasangan yang bercinta walaupun  sudah 10 tahun dan masih bahagia adalah pasangan yang sentiasa ingat hari pertama mereka jatuh cinta. Ingatlah kembali keindahan kali pertama anda menyedari "aku dah jatuh cinta"




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lelaki Playboy a.k.a Buaya Darat



Salam hari rabu. Hari ni nak berkongsi sedikit sebanyak tips-tips nak pastikan apa agaknya sifat sifat seorang lelaki playboy. (^_^)

Apa tu playboy? Playboy sama ke dengan Buaya Darat? Ada yang kata sama dan ada yang kata tak sama. Tapi bagi saya sama je.  Playboy atau buaya darat ni lah jenis-jenis lelaki yang suka mempermainkan perasaan perempuan. Girlfriend lebih daripada satu, dua atau tiga.

Ada yang hensem dan ada yang tak hensem tapi "AYAT POWER". Meleleh air mata awek-awek yang terkena ayat romantik dan bombastik oleh lelaki playboy ni.

Ok, Jom kita terjah apa agaknya ciri-ciri lelaki playboy ni. Perhatikan betul-betul pakwe anda masing-masing lepas ni k?

1. Ramai kawan perempuan.

Masanya banyak di habiskan dengan keluar bersosial dengan kawan-kawan perempuan. Kalau tak kawan perempuan sepejabat pastinya kawan perempuan yang di kenali semasa jalan-jalan di shooping mall.

(Tapi kalau lelaki ni jenis yang "Jambu"  sememangnya perempuanlah kawanya ye :) )

2.  Selalu menabur janji .

"Ok, I janji lepas ni i takkan buat lagi.." Selalu dengarkan ayat ni? kalau sekali takpe, tapi ni berkali-kali dalam sebulan.


3. Pintar bermain kata-kata.

"I tahu memang i salah tapi....."setiap kali pasti memutar belitkan kebenaran.

sekadar gambar hiasan (^_^)


4. Mata asyik melirik sana sini.

Kalau jalan dengan si dia perhatikan matanya. Sekiranya matanya asyik melirik ke arah gadis-gadis lain tanyalah dia. "Kenal ke perempuan tu"
"tak, tengok baju dia lawa la''"
"rasanya macam kenallah.."
Dua jawapan skema yang pasti terkeluar dimulut lelaki playboy.

4. Mudah peramah dengan perempuan.

Lelaki playboy ni majoritinya kurang suka bertegur sapa dengan lelaki yang tidak dikenali tetapi mudah ramah dan mesra apabila bertemu dengan perempuan.

5. Tak pasti berapa ramai girlfriend sebelum ni.

Bila tanya je girlfriend lama dia pasti dia tak tau nak jawab sebab ramai sangat nak di fikirkan. Jadi kebiasaannya akan bagi jawapan yang macam ni
"Malaslah nak fikir , gf lama biarkanlah"

6. Nombor hp lebih daripada satu.

Apabila menjawat jawatan sebagai playboy handphone kenalah lebih daripada satu, begitu juga dengan nombor handphone. 013 untuk anda dan 017 untuk yang satu lain.

Kalau nombor yang sama takut pula tersilap kirim mesej. Kan kantoi... :)

6 antara yang terbaik boleh di sifatkan sebagai pakwe anda seorang playboy. Jika terdapat 4/6 daripada yang di atas adalah betul, apalagi? Jalankan siasatan anda selanjutnya. Jangan tunggu hujan baru nak mencari payungnya.

Selamat bergembira.


p/s Kenali hati dan fahami hati si dia yang ingin kita miliki. Bagaimana? Rahsia Menawan Hati Jejaka Idaman Terbongkar!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (x)



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pengunjung blog ini.

Di atas permintaan ramai, saya telah memindahkan siri novel 'setelah ku dinikahi' ke dalam blog yang lain untuk memudahkan bacaan dan carian siri novel pilihan.

Sila ke blog ini http://novel4love.blogspot.com/2010/07/siri-novel-setelah-ku-dinikahi-x.html

Terima kasih atas sokongan anda.

p/s nantikan pelbagai lagi siri novel untuk anda semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (ix)



Episod sebelum ini,
Setelah ku dinikahi
Setelah ku dinikahi (ii)
Setelah ku dinikahi (iii)
Setelah ku dinikahi (iv)
Setelah ku dinikahi (v)
Setelah ku dinikahi (vi)
Setelah ku dinikahi (vii)
Setelah ku dinikahi (viii)

“Ibu berehat sajalah dirumah esok, biar saya yang uruskan semuanya”

Ibu tertawa kecil. “Kau sendiri? Kau tu dah tak tidur entah berapa malam dan kau menguruskan semuanya.
Mencuci, membersihkan rumah, menjaga Nora.Kau tak penat ke?”

“Saya kan menggunakan bateri Energizer.”

Ibu tertawa lagi, ”Idlan, Idlan. Kau pun kena berehat juga. Kalau kau sakit, Ibu tak yakin Nora dapat menjagamu sesabar kau menjaga dia.”

"Ibu! Idlan itu hanya menantu Ibu! Cuma lakonan semata-mata!" bisikku didalam hati

“Sudah menjadi tanggungjawab saya, Bu.”

Sunyi.

“Kau betul-betul tak perlukan bantuan Ibu?”

“Terima kasih. Kalau ada apa-apa, saya pasti telefon Ibu lagi.”

“Baiklah kalau begitu. Malam nanti kau kena suapkan Nor makan, jangan lupa juga memberinya makan ubat. Kalau dia nak, ibu sudah masakkan bubur di dapur. Kalau tak, berikan apa saja yang dia inginkan."

“Baiklah”

“Dan jangan tidak tidur lagi malam ni. Kesihatan Nor dah semakin pulih.”

“Ok.”

Dan ketika itu juga aku bersumpah akan membuatkan malam itu mimpi buruk untuknya.

Aku ingin menghukumnya kerana kata-katanya yang menyakiti perasaanku.

Aku ingin menghukumnya kerana dia tidak menghargai pengorbananku.

Dan aku ingin menghukumnya kerana dia membuatanku benci pada diriku sendiri.

Dia yang menyebabkan aku sakit dan entah berapa lama tidak berdaya, bahkan terpaksa membiarkannya mengurusku seperti bayi.

Dia harus membayar untuk semua penghinaan ini.

Aku benci, sangat benci kepadanya.

Aku menjadikan segalanya sangat sukar untuk Idlan malam itu.

Aku memberontak ketika dia cuba menyuapkan aku. Aku menolak ketika dia memintaku untuk makan ubat.
Aku menyuruhnya membuka tingkap kerana aku kepanasan, kemudian menutupnya lagi, kerana aku kesejukan, kemudian membuka lagi, menutup lagi entah berapa belas kali.

Aku menyuruhnya untuk membuatkanku susu yang tidak kuminum ,merebuskan mee maggie yang langsung tidak ku jamah pun, menyediakan roti yang kubuang ke lantai, mengupaskan buah apple yang kubiarkan di meja sehingga berubah warna menjadi coklat.

Urutannnya di kakiku terlalu keras, terlalu lembik, terlalu kasar, tidak terasa. Dan ketika dia mula kelihatan seperti tertidur, aku membangunkannya untuk menghidupkan televisyen supaya aku boleh menyuruhnya menukar saluran setiap kali dia mula terlelap kembali.

Semua itu akan membuatkanku sangat puas hati sekiranya Idlan hendak menolak, memprotes, mengeluh, atau marah dan memakiku seperti dulu. Tetapi dia sama sekali tidak mengeluh, tidak membantah . Kesabarannya merosakkan segala rancanganku.

Semakin lama aku semakin menyedari kelembutan dalam suaranya yang hanya boleh lahir dari kerisauan dan kelelahan di matanya yang aku tahu hanya akan hadir ketika adanya perasaan putus asa dalam dirinya.

Aku merasa serba salah, sebab aku sedar dia juga sedang menyalahkan dirinya sendiri, menghukum dirinya sendiri, mungkin lebih berat dari yang kulakukan.

Dan kebencianku itu turut musnah dan berganti kasihan, sesuatu yang sama sekali tak kuharapkan, tapi tak dapat kuelakkan.

............Bersambung..................




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (viii)



Episod sebelum ini,
Setelah ku dinikahi
Setelah ku dinikahi (ii)
Setelah ku dinikahi (iii)
Setelah ku dinikahi (iv)
Setelah ku dinikahi (v)
Setelah ku dinikahi (vi)
Setelah ku dinikahi (vii)

Aku menggelengkan kepala tanpa berani menatap wajahnya.

Dan idlan mengangkatku, menggendongku, tanpa menghiraukan rontaanku. Idlan menggendongku sampai ke rumah, langsung tidak memberikanku kesempatan untuk melarikan diri.

Sesampai sahaja di dalam rumah, dia mengunci pintu dan menyimpan kuncinya di saku.

“Tukarlah bajumu,” katanya.

“Bajuku semua di dalam beg.”

“Pakai saja bajuku.”

“Tak nak!”

Ia mencengkam pergelangan tanganku dan menatap mataku lurus dengan mata berkobar-kobar,”Ini bukan waktunya untuk melawanku, Nor. Kau akan demam!”

“Raksasa,” desisku.

Malam itu suhu tubuhku meningkat naik, kepalaku sakit dan kerongkongku kepedih-pedihan. Aku masih ingat ketika Idlan menyuruhku menelan sebiji panadol  untuk mengurangkan demamku dan aku membangkang.

Aku mulai sembuh perlahan-lahan.

Ketika aku terjaga dan Idlan tengah menggantikan kain sejuk di dahiku, sentuhannya begitu sejuk dan menenteramkan.

Ketika aku tiba-tiba terkejut daripada salah satu mimpi burukku dan aku mendapati Idlan tengah membersihkan kotoran muntahku di lantai.

Ketika aku terbangun dari tidurku yang gelisah dan merasakan tangannya erat menggenggam jari-jemariku.

Hingga akhirnya, entah setelah berapa lama, aku terbangun dan nyalaan api dalam kepala dan dadaku telah terpadam. Jendela bilikku terbuka dan cahaya matahari hangat menembus masuk, membawa haruman aroma melati dari rumpun di luar bilikku. Ibuku tengah duduk di tepi tingkap, membaca.

“Ibu.”

Ibuku menurunkan bukunya.

Senyumnya mengembang ketika dia menghampiriku.“Bagaimana? dah beransur pulih?”

“Idlan mana?” bisikku.

Ah, soalan bodoh. Seharusnya aku bertanya di mana aku sekarang atau setidak-tidaknya siapakah namaku. Kenapa pertanyaan pertamaku harus tentang Idlan? bisikku kepada diri sendiri.

“ Masih di pejabat. Sebentar lagi dia balik.”

Aku demam dan dia pergi ke pejabat? Suami tak boleh harap.

“Ibu dah lama ke disini?”

“Dari pagi. Kau tak ingat ibu datang pagi tadi?”

Aku couba menggeleng dan kepalaku serta merta terbelah tiga. Tapi yang paling menyakitkanku adalah, Idlan sama sekali tak peduli keadaanku. Aku berbaring semula dan memejamkan mata. Air mataku yang panas berlinangan satu-persatu.

Petang itu ketika Idlan pulang, aku berpura-pura tidur. Aku sama sekali belum bersedia untuk berbual dengannya.

“Ibu,bagaimana keadaanya?” tanyanya, suaranya mendekati tempat tidurku.

Dan kemudian tangannya hinggap didahiku, sejuk dan membawa ketenangan. Seketika kemudian tangannya
menyentuh leherku, dan walaupun aku berniat untuk menepis tangannya dengan tenagaku yang ala kadar, aku tak akan nak melakukannya.


“Tadi Nora bangun sekejap,bertanyakan tentangmu dlan. Tidak lama kemudian dia menyambung tidurnya.Tapi panas badannya sudah turun dan tadi dia sempat meminum secawan susu.”

Tangan Idlan berpindah ke bahuku dan mulai mengurut dengan lembut. Jangan berhenti, jangan berhenti, jangan berhenti, pintaku dalam hati. Tapi dia bangun dan menyelimutkanku dan terus berbual dengan ibuku.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (vii)


Episod sebelumnya
Setelah ku dinikahi
Setelah ku dinikahi (ii)
Setelah ku dinikahi (iii)
Setelah ku dinikahi (iv)
Setelah ku dinikahi (v)
Setelah ku dinikahi (vi)

Wajah Idlan kemerah-merahan menahan marahnya

“Nor! Kau jangan nak bergurau!"

Aku tak nak kau menolak kataku ini dan menghukumku bermurung sepanjang hari. Pergi mandi sekarang dan kita akan bertolak dalam masa setengah jam lagi.”

“Aku bukan budak suruhan. Jangan cuba memerintah aku. Dan aku tetap tidak mahu pergi”

“Ok. Terserah! Kalau kau nak duduk di sini seharian, makan aiskrim dan coklat sambil mengasihani diri sendiri dan menangis dan menangis dan menangis dan menangis….”

“Idlan!” jeritku sambil melempar kotak aiskrim itu ke arahnya. Ia terlambat mengelak dan aiskrim yang telah mencair melumuri t-shirtnya.

Aku lari ke bilikku, menghempaskan pintu dan duduk di bucu katilku"

Aku mendengar idlan memaki-maki dan menendang pintu. Ketika itu aku takut, takut sangat.

Idlan seperti telah menjadi manusia lain yang tidak kukenali sama sekali, asing dan mengerikan. Kututup telingaku dengan bantal dan aku terus menangis hingga  kepalaku yang sakit dan berat memaksaku tertidur kelelahan.

Petang itu aku keluar menghendap-hendap. Idlan pasti telah pergi memancing.

Aku fikir dia pergi semasa aku masih menangis disebabkan kata-kata kasarnya membuatkan aku semakin marah kepadanya.

Kali ini aku yakin tak ada pilihan lain kecuali meninggalkannya dan kembali ke rumah orang tuaku.

Selepas sahaja aku selesai mandi aku segera memasukkan semua pakaianku ke dalam bagasi.

Ketika itu Idlan pulang. Dia kedengaran sangat gembira, bersiul-siul sejak ia memasuki pintu pagar lagi. Siulannya berhenti saat dia melihat bagasiku dari pintu bilik yang terbuka.

“Nor, kenapa ni? ” tanyanya.

“Aku nak balik ke rumah Ibuku.”

Idlan masuk dan duduk di atas katilku, mengawasi gerak-gerikku. “Dengan semudah ini kau menyerah kalah?”

“Ini di luar dugaanku.”

“Apa?”

“Aku tidak sangka aku berkahwin dengan raksasa.”

Idlan terdiam, tunduk.

“Aku…,” katanya lembut.

“Aku bawakan pizza kesukaanmu.”

“Tak payah, aku dah gemuk sangat.” jawabku pantas

Dia menggeleng kepalanya dengan rasa bersalah,

”Tak. Kau tetap cantik.”

“Aku tak kisah dengan pendapatmu. Kau bukan suamiku, ingat? Penilaian kau langsung tidak mempunyai apa-apa makna."

“Aku dah cuba untuk menjadi suami yang baik.”

“Kau gagal.”

“Sekurang-kurangnya aku mencuba. Kau … kau tidak melakukan apapun supaya perkahwinan kita berhasil….”

“Simulasi.”

Idlan menghela nafas panjang dan mengangguk. “Simulasi... lakonan semata-mata”

“Kau salah, Dlan. Aku sudah melakukan terlalu banyak. Sudah belajar terlalu banyak. Dan aku sudah mengambil keputusan. Aku tidak akan berkahwin lagi. Aku tidak suka berkahwin. Apatah lagi dengan engkau.”

Idlan tidak berkata apa-apa dengan agak lama. Ketika idlan keluar dari bilikku,aku  duduk di katilku. Semua harapanku berkecai bertaburan. Aku tak pernah menduga Idan akan menyakitiku sehebat ini.

Tidak lama kemudian. setelah aku sudah boleh mengawal sedikit diriku, aku bangun. Aku mendandan diriku dan mengangkat bagasiku keluar bilik.

“Sekurang-kurangnya tunggulah sampai hujan reda,” suara Idlan menyambutku.

“Lama sangat,” gumamku.

“Aku tidak boleh tinggal disini selama itu dengan kau."

Aku tak kisah dengan hujan yang serta merta membasahi aku ketika membuka pintu rumah.

Tinggalkan rumah ini , tinggalkan idlan secepat mungkin..hanya itu yang bermain difikiranku.

Aku hanya mampu memandu sejauh lima puluh meter dari rumahku dan aku terpaksa berhenti gara-gara air hujan sema, aku amat marah dan berputus asa sehingga aku keluar dari keretaku dan menendang pintu, menumbuk bonet keretaku , air mataku berlinangan dalam siraman air hujan.

Ketika itu aku melihat Idlan datang. Tanpa berkata apa-apa dia mencabut kunci keretaku dan mengunci kereta itu dari luar.

“Mari pulang,” katanya.

.......................Bersambung......................


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (vi)



Episod sebelumnya
Setelah ku dinikahi
Setelah ku dinikahi (ii)
Setelah ku dinikahi (iii)
Setelah ku dinikahi (iv)
Setelah ku dinikahi (v)



“Aku fikir sudah masanya untuk kau mengalah sekali-sekali.”

“Mengalah!” suaranya meninggi.

“Jadi selama ini aku tidak pernah mengalah? Nor, kau sudah mengambil enam kali dua puluh empat jam masaku , takkan kau tak boleh memberikanku….”

“Enam kali dua puluh empat? Enam kali dua! Kita cuma bertemu dan berbual sejam semasa sarapan dan sejam waktu makan malam!”

“Kau lebih suka menghabiskan lebih banyak masa dengan memilih mengurung diri di bilik bersama-sama dengan American Gengster"

"Dan, masaku terlalu berharga untuk digunakan daripada menyaksikan manusia saling membunuh setiap dua minit atau dua puluh dua orang bodoh merebut sebijik bola plastik!”

“Sekurang-kurangnya itu lebih jujur dan boleh difahami daripada filem-filemmu yang menitiskan air mata semata-mata!"

“Kau tak ubah sepeti budak-budak !”

“Dan kau, Tuan Puteri, kau bersikap ego!”

Idlan menyambar begnya dan melangkah sebesar-besarnya keluar melalui pintu belakang rumah. Aku masuk ke ruang makan dan menghempaskan pintu di belakangku.

Adakah ini perasaan setiap isteri yang bertengkar dengan suaminya?Dadaku sesak dan kepalaku sakit. Aku benci menghadapi tekanan, tapi air mata kecewa mulai membuat mataku pedih. Aku sama sekali tidak membayangkan sesuatu seperti ini akan terjadi padaku.

Aku tahu Idan melakukan  semua ini, simulasi ini, untukku, tapi selama ini aku tidak pernah menuntut apa pun darinya. Sebaliknya, aku telah berkorban banyak sekali sejak aku berkahwin —-simulasi—- dengannya, mengurangkan clubbingku, pulang dari pejabat secepat mungkin, memperhitungkan apakah idlan akan  menyukai makanan yang kubeli.

Apakah dia telah melakukan pengorbanan yang sama untukku ? Tidak!

Kubuka peti ais dan ku keluarkan satu kotak aiskrim coklat kegemaranku. Pagi itu ku habiskan masaku di depan television, menonton filem ayat-ayat cinta, air mataku kubiarkan meleleh tanpa henti, dan sekotak aiskrim itu pun habis tanpa kuperasan.

Idlan kembali pada jam 12.30pm, masih bermurung. Dia terus mandi dan tidak lama kemudian kembali ke ruang tamu dan ku lihat dia sudah bersiap dengan t-shirt dan seluar jeans.

“Kalau kau mau ke shopping mall, aku cadangkan kau mandi dan berdandan sedikit,”  katanya.

“Aku tak nak pergi ke shopping mall.”

"Pagi tadi kan kau kata….”

“Aku tidak nak menyusahkanmu. Aku tak nak kau gatal-gatal disebabkan alergi apabila masuk ke shopping mall nanti.”

“Nor, kalau kita tidak pergi sekarang, kita akan lewat untuk pulang.

Aku ada janji pada jam empat….”

“Aku kata aku tak nak ke shopping mall! Kau boleh pergi memancing sekarang kalau kau nak.”

“Janganlah berperangai budak-budak pula, Nor,” geramnya. “Aduh!”

“Tidak! kalau kau marah dan nak keluar rumah seperti dulu lagi, silakan!”

.........................Bersambung.................................


Bakal Menemui Anda 24 Julai Ini!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siri Novel - Setelah aku dinikahi (v)



Episod sebelumnya -
Setelahku dinikahi
Setelah ku dinikahi (ii)
Setelah ku dinikahi (iii)
Setelah ku dinikahi (iv)
Puisi - Setelah ku dinikahi


Aku cuba menghubungi telefon bimbitnya dan hanya....mailbox., ku hubungi juga rumahnya. Bahkan aku cuba menghubungi pejabatnya. Dan hasilnya.. tiada. Idlan tidak ada di mana-mana.

Inikah balasannya kerana aku tidak mendengar cakapnya tadi pagi? Macam budak-budak!!!

Malam kian menjelma, aku jadi semakin cemas. Dari pagi Idlan tidak kembali. Dia juga tidak pergi ke pejabat. Aku minta izin bosku untuk pulang setengah jam lebih awal dengan alasan yang dibuat-buat. Tapi saat aku tiba di rumah, Idlan tetap tidak ada. Malam itu aku berbaring disisi telefon, berfikir untuk menghubungi polis dan hospital.

Jam tiga telefon berdering. Bermacam-macam musibah terlintas di benakku saat aku mengangkat ganggang telefon.

“Nor?”

“Idlan?” jeritku.

“Kau di mana?”

“Nor, aku minta maaf kerana marah dan pergi begitu saja. Boleh aku pulang?”

“Idlan, ini rumahmu!” meskipun aku tersenyum, air mata kelegaan mulai meleleh di pipiku.

“Kau di mana?”

“Di luar.”

“Di luar rumah?”

“Ya. Dan aku lapar.”

“Oh, Tuhan….”

Aku lari ke luar rumah. Di depan pagar kulihat Idlan berdiri di sisi keretanya. Entah sudah berapa lama ia di sana.


***

“Kau keterlaluan! Aku hampir-hampir menelefon polis” teriakku kepadanya.

“Aku juga rindu kepadamu!” balas Idlan tertawa. Dan mataku rasanya semakin sakit hati melihat ketawanya.

“kau di mana dua hari ini?”

“Di hotel kecil sebelah pejabatku.”

Dia baru saja menghabiskan pinggan ketiga sup ayam kesukaannya. Idlan tidak berkata-kata ketika melihat aku sudah membeli semua makanan kegemarannya. Dia makan dua kali ganda daripada biasa.

“Kenapa akhirnya kau mengambil keputusan untuk pulang?” suaraku bergetar.

“Aku perlukan baju yang bersih,” ia tertawa malu. “Laundry hotel mahal sangat.”

Ketika idlan mencuci pinggan makannya, dengan membelakangi aku, ia menyambung, ”Selain itu , aku risaukan keadaan mu yang bersendirian”

Dan dadaku tiba-tiba terasa sebak.

“Esok aku akan pulang lewat,” ucapku perlahan.

“Aku banyak kerja dan harus disiapkan sebelum deadline"

Ia berhenti memcuci pinggan dan aku tahu dia berbalik menatapku. Tapi mataku terpaku pada aiskrim di hadapanku.

“Ok,” katanya.

“Kau tak kisah kalau aku makan malam sebelummu?”

“Yang penting kau tinggalkan sedikit makanan untukku,” aku tersenyum.

Paginya kulihat lingkaran merah kedua di kalender.

Aku boleh bersabar dengan sikap Idlan yang membiarkan Al-Quran yang telah dibacanya berselerakan di ruang tamu.

Aku boleh memahami kegemarannya nonton filem action —-genre yang paling tidak kuminati, dan sepak bola—sukan yang bagiku amat membosankan. Aku bahkan boleh memaafkan sikapnya mengeluarkan ubat gigi dengan memicit bahagian tengah,dan tidak dari bawah seperti yang biasa kulakukan.

Hanya satu yang belum sanggupku terima. Caranya menghabiskan hujung minggunya.

Setiap pagi ahad dia bertolak sebelum jam enam untuk bermain sepak bola dengan rakan sekampungnya, sekitar jam empat setengah, dia pergi memancing.
Untukku yang selalu menghabiskan waktu terluang dengan pergi dari satu galeri ke galeri lain, dari satu pameran lukisan ke yang lain, dari shopping mall ke shopping mall, dan berakhir dengan aktiviti makan malam.

Minat Ildan itu sama sekali tidak boleh kufahami. Aku tak sanggup menemaninya menonton bola atau menemaninya memancing, sebab aku dengan akan cepat merasa jemu.

Pada bulan pertama aku berusaha untuk menerima semua ini . Dia selalu pulang dengan mata kemerah-merahan sehingga aku tak mampu untuk menegurnya.

Tapi pada bulan yang kelima kesabaran sudah tidak tertanggung, dan pagi itu, ketika Idlan sedang memasukkan botol air minum dan biskutnya ke dalam beg, aku memintanya untuk tidak memancing.

“Dlan,temankan aku berjalan-jalan ke shopping mall hari ni,” pintaku.

“Kau kan boleh pergi sendiri,” katanya sambil memasukkan tuala ke dalam begnya.

“Seingatku kau berjanji untuk selalu memimpin tanganku walau kemana sekali pun.”

“Aku tak boleh membatalkan aktiviti hari ini, Nor,” idlan masih tetap tak
memandang ke arahku, sibuk dengan kasut bolanya.

“Aku sudah berjanji dengan Zahid untuk mencuba lokasi memancing yang baru.”

“Kau boleh mencubanya minggu depan.”

“Malam tadi tiada bulan, Nor. Ikan-ikan pasti kelaparan hari ini,

” Dia tersenyum sambil melompat-lompat dengan kasut bola barunya.

“Aku pasti memecahkan rekod sepuluh kilo petang nanti!”

“Voucher diskaun saloonku akan tamat pada hari ini” gumamku.

“Guna jelah voucher aku nanti k,” sahutnya ringan sambil berlari-lari setempat.

“Berapa banyak diskaun yang kau dapat dengan voucher tu? Kalau aku bagi lima belas ringgit cukup?”

“Idlan! RM15 hanya cukup untuk membeli minuman dan keropok lekor kegemaranmu.”

“Kalau aku, aku boleh mencukur rambut ,dan diurut dengan harga RM15 saja."

“Oh, Tuhan!”

Idan berhenti berlari-lari dan berdiri di hadapanku dengan tangannya mencekak pinggang. “Nor, kau sudah cukup cantik. Tidak perlu ke salon lagi.”

“Aku tahu aku memang cantik, terima kasih. Yang aku inginkan cuma keluar dari rutin harianku, dan aku bercadang untuk keluar berjalan-jalan."

“Jadi? Apa yang kau tunggu? Pergilah. Aku tidak melarangmu. Kalau kau bawakan aku ole-ole, aku lagi suka.”

“Ini bukan masalah kau melarang aku atau tidak, Dlan. Apa yang seronok kalau berjalan sendirian? Aku perlukan teman.”

“Kalau begitu bawalah teman-temanmu berjalan-jalan.”

“Sudah. Mereka ada aktiviti sendiri dengan suami mereka.”

Idlan mengerutkan keningnya. “Kau nak menghabiskan hari minggu denganku?”

“Ya!”

“Kenapa tidak cakap dari tadi. Jom ikut aku ke padang bola. Aku pasti kau suka melihat aku menjaringkan goal nanti”

“Idan!” jeritku.

“Kau ini buta, pekak atau bangang? Kau tahu aku benci sepak bola dan aku juga benci memancing!”

Mata Idlan mengecil. “Dan kau tahu aku benci untuk jalan-jalan ke shopping mall,” serius Idlan menyampuk ayatku tadi.

..............bersambung............




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puisi - Setelah ku dinikahi




Assalammualaikum pembaca setia blog ini dan novel cinta 'setelah ku dinikahi'. Nantikan sambungan selanjutnya pada hari isnin ini.




Selamat Berhujung Minggu (^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (iv)

Episod sebelumnya - Setelah ku dinikahi (i)
Setelah ku dinikahi (ii)
Setelah ku dinikahi (iii)


Hari ketiga semenjak aku menjadi isteri Idlan—-simulasi-— kami tinggal di
rumahku sendiri. Tiga hari seterusnya Idlan membawaku untuk tidur dirumahnya pula disebabkan kesihatan ibunya, yang memang telah lama sakit, dan semakin berlanjutan; mungkin disebabkan kepenatan semasa persiapan acara perkahwinanku dengan
Idlan.

Pada hari ketujuh kami pindah ke rumah milik Idlan sendiri. Dan setelah seharian menyusun atur perabot rumah, memasang langsir dan mengemas ruang dapur, malam itu kami sudahi dengan tidur.

Keesokan paginya, aku terbangun kerana mendengar bunyi agak bising di dapur.Ku lihat Idlan sedang memasak telur, sementara di atas meja terhidang nasi goreng dan kopi yang harumnya menggoda.

“Aku ada meeting jam lapan setengah nanti,” seru Idan sambil membalikkan
telur dadarnya.

“Aku mesti bersiap sebelum jam enam setengah.”

Ku rasai nasi goreng masakannya. “Aku tidak tahu kau pandai memasak?.”

“Ala kadar je,” jawab Idan tersenyum. Diletakkannya telur di atas meja
dan ia duduk untuk sarapan.

"Aku juga pandai membuat kek,mencuci kain dan menjahit.”

“Baiklah. Kalau kau nak menguruskan urusan memasak, aku akan
memperbaiki elektrik dan bumbung bocor, kemudian memotong rumput.”

Idan terbahak-bahak.

“Ini hanya sekali-sekala Nor. Tak mungkin aku akan memasak setiap pagi.”

“Aku langsung tak pandai memasak . Kita perlu cari pembantu.”

“Jangan,” Idan menggelengkan kepalanya.

“Dia pasti curiga kalau melihat kita tidur dibilik yang berasingan.”

“Jadi?”

Idlan menggaru kepalanya.

“Bolehkah kau memasak nasi setiap hari?” pintanya.

“Aku ada rice cooker.”

Kutatap wajahnya. Dalam hati aku berpikir, haruskah? Ini hanya sebuah lakonan.

Mungkinkah Idlan akan menjadi besar kepala kalau aku mematuhi kehendaknya?
Tetapi dalam situasi ini, kalau aku serius ingin mengetahui bagaimana rasanya
menjadi seorang isteri, mungkin ada baiknya aku mengikuti keinginannya.

“Kalau kau membawa balik sayur dan lauk yang sudah dimasak , baik aku setuju.”

Idlan tersenyum dan berganjak dari meja dan kembali dengan maker pen merah. Dibulatkannya tarikh hari ini di kalender yang tergantung di dinding dapur.

“Hari pertama kita menyelesaikan suatu masalah dengan bermesyuarat keluarga,” katanya saat kembali ke kerusinya

“Masih banyak saat-saat seperti ini yang mesti mengikut kata sepakat antara kita,”
lanjutnya.

“Misalnya, aku nak kau beritahu aku kalau kau akan pulang lewat.”

Dahiku berkerut. “Untuk apa?”

“Selama ini kau tidak pernah memberitahu ibumu setiap kali kau pulang lewat?”

Aku menggeleng.

“Ibuku sudah percaya bahwa aku boleh menjaga diriku sendiri dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang bodoh.”

“Tetapi aku suamimu. Walaupun hanya simulasi aku perlu tahu kenapa dan di mana kau berada sekiranya kau lewat pulang.”

“Kau kelihatan seperti diktator.”

“Aku rasa aku tidak minta terlalu banyak.”

“Itu terlalu banyak untukku.”

Idan meletakkan sudunya dan menatapku dengan mata menyala. Aku sudah lupa kali terakhir aku melihatnya marah, dan aku yakin aku tak salah membaca raut wajahnya kali ini. Dia benar-benar marah.

“Ingat,” kataku berhati-hati

“Aku bukannya isterimu yang sebenar. Kau tidak punya hak untuk mengatur hidupku seperti ini.”

Idlan tunduk lama sekali, tangannya memeluk tubuhnya, jari jemarinya memutih. Wajahnya agak kemerahan. Dan ruang makan itu menjadi sangat sunyi sepi.

“Baik. Kalau itu yang kau nakkan.........” suaranya kedengaran agak lantang.

Kami meneruskan sarapan tanpa mengeluarkan sepatah kata.Aku ingin mengatakan aku tidak menduga bahawa lakonan ini sama sekali akan membuatkan persahabatan
kami kelihatan suram sebegini . Tapi aku langsung tidak berani untuk bersuara. Aku yakin Idlan akan semakin marah.

Idlan meninggalkan meja tanpa mengatakan apa-apa dan pergi ke biliknya
untuk bersiap ke pejabatnya. Tidak lama kemudian dia kembali menyapa ku di ruang makan.

“Aku jalan dulu,Nor,” katanya dingin.

Aku bangun dari meja dan menghampirinya , dengan niat untuk memulihkan
situasi.

“Rakan setugasku ada menyarankan aku untuk berbuat sesuatu,” ujarku sambil meraih
tangan kanan Idan dan meletakkannya di bibirku. Kurasakan ada baiknya aku mencuba.

"Oh, ya. Mereka kata kau harus mencium keningku.”

Idlan membongkok dan menyapu keningku dengan bibirnya yang terkatup dan
berlalu tanpa mengucapkan apa-apa lagi.

Dasar tidak tahu terima kasih!

Aku sengaja untuk pulang lewat malam itu. Semasa perjalanan pulang aku singgah di sebuah kafe yang belum pernah ku kunjungi, semata-mata untuk mendapatkan privasi dan untuk menghindari soal jawab yang pasti di tujukan oleh kawan-kawanku yang biasa bersamaku menghabiskan waktu di malam seperti ini.

Perasaanku gundah. Rasa bersalah dan kesal berkecamuk di dadaku. Aku
tahu Idlan telah banyak berkorban untuk lakonan ini. Tapi walaupun aku
bersungguh-sungguh mahu memahami bagaimana rasanya menjadi seorang
isteri, masih kuakui bahawa aku belum dapat membiasakan diri dengan menganggap Idlan sebagai suamiku.

Bagiku, dia masih seorang sahabat. Dan seorang sahabat tidak boleh menuntut terlalu banyak.

Mataku terpaut pada cincin emas yang disisipkan Idlan di jari manisku selepas akad nikah. Ini hanya simulasi, satu lakonan semata-mata. Tapi dalam simulasi ini, Idlan adalah suamiku. Dan sebagai suamiku, tuntutannya wajibku patuhi.

Sekiranya aku tidak suka dengan lakonan ini, itu merupakan satu pelajaran pertama dari simulasi ini.

Kupejamkan mataku dan kutarik nafas dalam-dalam. Aku benci kekalahan. Tapi kali ini aku mengalah, bukan kalah. Aku akan belajar satu perkara dari semua ini. Aku harus akui aku bersalah dalam perkara ini dan harus memikul tanggungjawabku sebaik mungkin.

Langkahku terhenti, terkejut aku mendapati rumah gelap dan kosong. Jam ditanganku menandakan sudah dua belas setengah malam dan Idlan masih belum pulang?

..............Bersambung................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (iii)

Episod sebelumnya -- >> Setelah ku dinikahi
                                       Setelah ku dinikahi (ii) 



“Simulasi!” jawab idlan sepantas mungkin.  *simulasi=meniru keadaan atau suasana seakan -akan betul*

“Simulasi yang pastinya lengkap dengan semua formula, lamaran, akad nikah, dan kalau perlu honeymoon….”

“Bulan madu?”

Idan mengangkat tangannya menyuruhku diam,

”Simulasi”.

Sekali lagi, simulasi. Masa itu kita akan menjadi suami isteri 'simulas' sambil
mempelajari kenapa kebanyakan manusia yang normal dan waras beria-ia hendak berumah tangga.

Sekiranya selepas dalam tempoh percubaan ini kau merasakan perkahwianan itu adalah tidak memberikan kebaikan langsung kepadamu , kita bercerai dan kau boleh hidup membujang, dan merdeka selama-lamanya.

Dan sekiranya kau merasakan nikmatnya perkahwinan dan kau memang tidak dapat menyangkalkan hendak menjadi seorang isteri selama-lamanya maknanya kita akan bercerai dan kau boleh mencari calon hidupm selepas ini.

Anggaplah ini sebagai percubaan untuk melihat apakah kau akan memilih untuk berkahwin atau tidak untuk selama-lamanya.

"Bagaimana?”

“Idan,”
.
“Ini idea terbodoh yang pernah ku dengar.”

“kau tak tahu, semua idea-idea genius di dunia ini dianggap bodoh pada permulaannya dan akhirnya apa yang terjadi?,” sanggah Idlan mantap.

“Fikirkan, Nor. Ini satu-satunya cara supaya kita boleh belajar apakah perkahwinan itu sebenarnya tanpa perlu sungguh-sungguh berkahwin.

Kau tidak mungkin dapat melakukannya dengan lelaki lain selain aku, yang telah terbukti memiliki sifat kejantanan, dapat dipercayai dan teguh pendirian….”

“Serius, Idlan, serius!”

“Dan kau sama sekali tidak perlu melakukan pengorbanan. Kau tidak akan mengalami kerugian apa pun.”

“kecuali perbelanjaan ribuan ringgit yang terpaksa dikeluarkan untuk majlis perkahwinan nanti….”

“Simulasi,” Idan mengingatkan sambil mengangkat telunjuknya.

“OK. Perkahwinan simulasi,” geramku.

“Dan aku akan menyandang status janda setelah kita bercerai.”

“Simulasi.”

“Idlan!”

“Nora!”

“Oh, Tuhan,” aku bangun dari tempat dudukku dengan marah dan terus keluar. Idlan segera mengejarku.

“Nora, kau tidak sepatutnya marah,” katanya.

“Buruk sangatkah rupaku sehinggakan kau tidak sanggup untuk berpura-pura mengahwiniku?

Aku berhenti berjalan dan menatap wajahnya. Dan menggeleng.

“Biarpun wajahmu seperti beruk sekalipun, aku akan tetap memujimu di depan perempuan malang yang mencintaimu.”

Matanya bersinar “Kau tidak marah lagi, kan?”

Aku menggeleng. “Aku bukannya marah kerana ideamu, Dlan. Aku tahu otakmu memang selalu pintar setiap kali memikirkan jalan ke luar dari sesuatu masalah yang serius. Aku faham. Aku cuma kesal kerana kau seperti tidak peduli dengan masalahku.”

“Kerana aku terlalu mengambil-berat akanmu lah aku mengeluarkan idea ini Nor” jawapnya kelihatan telus

“Terima kasih. Tapi idea itu memuakkan aku.”

“Fikirkan ibumu, Nor. Kalau ibumu tahu kau akan berkahwin dalam masa sesingkat ini, apatah lagi denganku, orang yang selama ini dikenalnya sangat baik, sopan, hormat kepada orang tua, pemurah, peramah,…,” dia berhenti saat melihat raut wajahku,

“ibumu akan sangat bahagia,Nor.”

Idlan diam sejenak. “Aku janji akan menggenggam erat tanganmu setiap kali kita keluar bersama walau dimana sekalipun.”

Kata-katanyanya begitu menyentuh hatiku sehingga aku hampir-hampir menangis terharu.

Seandainya ada di antara bekas-bekas teman lelakiku yang berkata sedemikian, pastinya sudah lama aku berkahwin, Fikirku sebelum mengetawakan diri sendiri. Perempuan yang tidak perlukan seorang pelindung,
tetapi bermimpi untuk digenggam erat tangannya. Aku sama juga seperti Idlan yang tidak sewel itu.

“Haruskah aku menciummu?” tanyaku seakan-akan berbisik.

“Adakalanya kita harus melakukannya, sekiranya ibumu mengskodeng kita” matanya kembali tertawa.
“Di pipi. Aku tidak akan melampaui batas. Sekiranya kita hanya berdua, kau bebas untuk meninjuku, mengkarateku….”

“Idlan,” teguran itu lebih lembut daripada yang kuinginkan dan Idan tersenyum.

********

Suaranya bergetar. “Aku terima nikahnya Norsuzana binti Mohd Fakrin Abdullah dengan mas kawin seratus ringgit , tunai.”

Dan wajahnya kelihatan sedikit pucat. Berapa lama dia tidur semalam? Apakah dia berjaga berjam-jam dalam gelap, menghafal akad nikah ini, sedangkan aku tidur nyenyak sepanjang malam tadi?

Ibuku menitiskan air mata sementara senyum lebar memenuhi wajahnya. Ibu Idlan, walaupun hanya menyaksikan dari kerusi rodanya, juga nampak bahagia.

Aku juga seharusnya bahagia hari ini. Begiru juga Idlan.
Mungkin dengan orang-orang lain. Tapi aku mesti merasa bahagia.

Aku duduk diam-diam seperti seorang ilmuwan yang teliti dan menulis: perasaanku, reaksi para tetamu, wangi melati dan wajah Tok Kadi.

Tok Kadi menyuruhku mencium tangan suami baruku. (Simulasi, Nor, jangan lupa. Dia hanya suami simulasiku)

Tangannya dingin. Ekspresi wajahnya kelihatan aneh, kedua-dua matanya gemerlapan dengan rasa takjub, saat aku mendongak setelah mencium jemarinya. Idlan mengucup dahiku dengan bibirnya yang yang kelihatan pucat keputihan.

Kemudian kami berdua duduk berdampingan mendengarkan petua daripada Tok Kadi, Idan tunduk mengetap bibir pucatnya dan mataku terpaku pada kain selendangku.

Akhirnya memberanikan diriku untuk berbisik, ”Kau kelihatan pucat.”

“Aku lapar. Tidak sarapan pagi tadi.”

“Terlalu nervous?”

“Lewat bangun. Aku menonton bola sampai subuh.”

Aku tersenyum.

“Bagaimana aku tadi?” bisiknya.

“Meyakinkan. Berapa lama kau latihan?”

“Sewaktu aku berpakaian pagi tadi. Kertas untuk menghafal yang kau berikan kepadaku telah hancur ketika aku merendam seluarku semalam."

Ah, Idan, Idan. berkahwin dengannya tidak akan pernah membosankan. Simulasi.

Berkahwin simulasi dengannya pasti tidak akan membosankan, bisikku.


*****
Bulan pertama perkahwinan simulasi - Nora berusaha untuk memahami karenah Idlan yang suka menghabiskan masanya dengan memancing di hujung kampung.

Pada minggu kelima Nora cuba memprotes, dan mereka bertengkar. Pertengkaran terhebat yang pertama.........................




.................Bersambung.....................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...