RSS

Teknik Pengurusan Masalah Dalam Perhubungan



Seperti yang telah sedia maklum, bercinta tidaklah selalunya membuahkan bahagia kerana bercinta juga dipenuhi dengan halangan-halangan tidak kira yang kecil ataupun yang besar. 

Malahan terlalu banyak perpisahan terjadi kerana tidak dapat menyelesaikan masalah masalah yang dihadapi. Maka tidak mustahillah ada 24 pasangan bercinta yang akan berpisah dan bercerai setiap hari akibat daripada masalah-masalah tersebut.

Akan tetapi, jika kita mampu menguruskan masalah-masalah tersebut, kita sudah pasti dapat menghalang daripada terjadinya perpisahan atau penceraian antara anda dengan pasangan anda. Bagaimanakah caranya?? Sila kaji 9 modul masalah dan penyelesaian yang telah di sediakan dibawah. Masalah-masalah tersebut ialah:
 
1) Bergaduh kerana cemburu
 
· Puncanya ialah salah seorang daripada pasangan tersebut melakukan sesuatu yang membuatkan pasangannya mencurigainya.
 
· Penyelesaiannya ialah jangan sekali pun anda melakukan perkara yang tidak disukai oleh pasangan anda termasuk tidak melakukan perkara yang akan menyebabkan pasangan anda berasa cemburu dan terus mencurigai cinta anda.
 


2) Bergaduh kerana tekanan bekerja
 
· Puncanya ialah anda atau pasangan terlalu tension ditempat kerja akibat pekerjaan atau dimarahi bos anda dan melepaskan keseluruhan tension tersebut di rumah anda dan dihadapan pasangan masing-masing.

· Penyelesaiannya ialah sentiasalah mengetahui cara terbaik untuk mengelakkan anda melepaskan tekanan kerja anda di rumah dengan mengetahui cara mengasingkan hal pejabat dengan hal rumah tangga anda. Ingatlah bahawa pasangan anda tidak bersalah langsung diatas tekanan anda itu.
 
3) Bergaduh kerana terkongkong
 
· Puncanya ialah pasangan merasa terkongkong atau dikawal sepenuhnya oleh anda malah tidak bebas bergerak ke mana sahaja.
 
· Penyelesaiannya ialah berikanlah sedikit ruang untuk pasangan anda bebas tetapi mempunyai had yang tertentu agar pasangan anda tidak menggunakan kebebasan tersebut untuk menyakiti hati anda.
 
4) Bergaduh kerana kesempitan wang

· Puncanya ialah tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga.
 
· Penyelesaiannya ialah cari kerja-kerja sampingan yang boleh menambah duit pendapatan bulanan anda tanpa mengganggu kerjakerja harian anda. Ia bukan sahaja dapat membantu keluarga, malahan dapat memperoleh pengalaman kerja yang banyak.
 
5) Bergaduh kerana ditipu pasangan
 
· Puncanya ialah seringkali ditipu pasangan sama ada penipuan yang kecil mahupun penipuan yang besar yang boleh menggoyahkan keteguhan cinta anda.

· Penyelesaiannya ialah sentiasa jujur dalam percintaan dan tidak menipu dalam semua perkara yang kita lakukan. Jangan sekali-kali anda menipu pasangan anda kerana setiap kali anda menipu, kepercayaan yang mereka berikan akan pudar.
 


6) Bergaduh kerana tiada masa bersama
 
· Puncanya ialah terlalu sibuk dengan urusan kerja tanpa melayan pasangan anda yang menunggu anda untuk bersama.
 
· Penyelesaiannya ialah pastikan bahawa masa kerja anda terhad hanya pada waktu kerja pada siang hari dan pada hari-hari bekerja sahaja dan bukannya pada malam hari atau pada hujung-hujung minggu. Ini akan mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan anda.
 
7) Bergaduh kerana lambat kahwin
 
· Puncanya ialah pasangan tidak mempunyai duit yang cukup untuk mengahwini pasangan masing-masing walaupun telah lama menjalinkan hubungan cinta.
 
· Penyelesaiannya ialah pasangan perlulah membantu pasangan masing-masing mengumpulkan wang untuk perkahwinan dan bukanlah hanya membiarkan pasangan mengumpulkan wang tersebut sendirian.
 
Lagi satu penyelesaian ialah kawal pengaliran keluar wang gaji anda setiap bulan.



8) Bergaduh kerana anak-anak
 
· Puncanya ialah pasangan anda tidak memberikan nafkah yang secukupnya untuk menjaga anak anda atau anak-anak anda menjadi semakin degil akibat dimanjakan atau dibiarkan berseorangan.
 
· Penyelesaiannya ialah sentiasalah mengambil tahu dan mengambil berat terhadap anak-anak anda malahan bertanggungjawablah ke atas anak-anak anda kerana ia adalah tanggungjawab anda.
 
9) Bergaduh kerana tidak serasi.

· Puncanya ialah tidak mempunyai kemahuan dan kehendak yang sama malahan juga tidak mempunyai minat yang sama. Ia juga adalah berpunca daripada ego pasangan yang tinggi dan tidak mahu mengalah.
 
· Penyelesaiannya ialah bertolak ansurlah terhadap kehendak pasangan anda dan turunkanlah ego anda untuk sementara waktu agar hubungan anda kembali harmoni. Jika anda sentiasa bertolak ansur, tidak mustahil pasangan anda akan turut bertolak ansur dengan anda.

Cubalah anda fikirkan jika hubungan cinta anda tidak megalami pergaduhan dan sentiasa tenteram dan aman damai, sudah tentulah segala masalah yang mendatang akan dapat diselesaikan dalam sekelip mata sahaja tanpa sebarang pergeseran faham.
 
Namun begitu, terdapat lagi satu tips sekiranya hubungan kita dilanda bencana iaitu jangan mudah melatah sekiranya terdapat masalah. Berfikirlah secara positif bahawa setiap masalah tersebut mempunyai jalan penyelesaiannya.

Jika anda mengikuti teknik-teknik di atas, maka tidak mustahillah walau sebesar
mana masalah yang timbul pun, anda tetap akan mengatasinya. Yang penting
ialah ketenangan ketika menghadapi masalah.. InsyaAllah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...