RSS

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (iii)

Episod sebelumnya -- >> Setelah ku dinikahi
                                       Setelah ku dinikahi (ii) 



“Simulasi!” jawab idlan sepantas mungkin.  *simulasi=meniru keadaan atau suasana seakan -akan betul*

“Simulasi yang pastinya lengkap dengan semua formula, lamaran, akad nikah, dan kalau perlu honeymoon….”

“Bulan madu?”

Idan mengangkat tangannya menyuruhku diam,

”Simulasi”.

Sekali lagi, simulasi. Masa itu kita akan menjadi suami isteri 'simulas' sambil
mempelajari kenapa kebanyakan manusia yang normal dan waras beria-ia hendak berumah tangga.

Sekiranya selepas dalam tempoh percubaan ini kau merasakan perkahwianan itu adalah tidak memberikan kebaikan langsung kepadamu , kita bercerai dan kau boleh hidup membujang, dan merdeka selama-lamanya.

Dan sekiranya kau merasakan nikmatnya perkahwinan dan kau memang tidak dapat menyangkalkan hendak menjadi seorang isteri selama-lamanya maknanya kita akan bercerai dan kau boleh mencari calon hidupm selepas ini.

Anggaplah ini sebagai percubaan untuk melihat apakah kau akan memilih untuk berkahwin atau tidak untuk selama-lamanya.

"Bagaimana?”

“Idan,”
.
“Ini idea terbodoh yang pernah ku dengar.”

“kau tak tahu, semua idea-idea genius di dunia ini dianggap bodoh pada permulaannya dan akhirnya apa yang terjadi?,” sanggah Idlan mantap.

“Fikirkan, Nor. Ini satu-satunya cara supaya kita boleh belajar apakah perkahwinan itu sebenarnya tanpa perlu sungguh-sungguh berkahwin.

Kau tidak mungkin dapat melakukannya dengan lelaki lain selain aku, yang telah terbukti memiliki sifat kejantanan, dapat dipercayai dan teguh pendirian….”

“Serius, Idlan, serius!”

“Dan kau sama sekali tidak perlu melakukan pengorbanan. Kau tidak akan mengalami kerugian apa pun.”

“kecuali perbelanjaan ribuan ringgit yang terpaksa dikeluarkan untuk majlis perkahwinan nanti….”

“Simulasi,” Idan mengingatkan sambil mengangkat telunjuknya.

“OK. Perkahwinan simulasi,” geramku.

“Dan aku akan menyandang status janda setelah kita bercerai.”

“Simulasi.”

“Idlan!”

“Nora!”

“Oh, Tuhan,” aku bangun dari tempat dudukku dengan marah dan terus keluar. Idlan segera mengejarku.

“Nora, kau tidak sepatutnya marah,” katanya.

“Buruk sangatkah rupaku sehinggakan kau tidak sanggup untuk berpura-pura mengahwiniku?

Aku berhenti berjalan dan menatap wajahnya. Dan menggeleng.

“Biarpun wajahmu seperti beruk sekalipun, aku akan tetap memujimu di depan perempuan malang yang mencintaimu.”

Matanya bersinar “Kau tidak marah lagi, kan?”

Aku menggeleng. “Aku bukannya marah kerana ideamu, Dlan. Aku tahu otakmu memang selalu pintar setiap kali memikirkan jalan ke luar dari sesuatu masalah yang serius. Aku faham. Aku cuma kesal kerana kau seperti tidak peduli dengan masalahku.”

“Kerana aku terlalu mengambil-berat akanmu lah aku mengeluarkan idea ini Nor” jawapnya kelihatan telus

“Terima kasih. Tapi idea itu memuakkan aku.”

“Fikirkan ibumu, Nor. Kalau ibumu tahu kau akan berkahwin dalam masa sesingkat ini, apatah lagi denganku, orang yang selama ini dikenalnya sangat baik, sopan, hormat kepada orang tua, pemurah, peramah,…,” dia berhenti saat melihat raut wajahku,

“ibumu akan sangat bahagia,Nor.”

Idlan diam sejenak. “Aku janji akan menggenggam erat tanganmu setiap kali kita keluar bersama walau dimana sekalipun.”

Kata-katanyanya begitu menyentuh hatiku sehingga aku hampir-hampir menangis terharu.

Seandainya ada di antara bekas-bekas teman lelakiku yang berkata sedemikian, pastinya sudah lama aku berkahwin, Fikirku sebelum mengetawakan diri sendiri. Perempuan yang tidak perlukan seorang pelindung,
tetapi bermimpi untuk digenggam erat tangannya. Aku sama juga seperti Idlan yang tidak sewel itu.

“Haruskah aku menciummu?” tanyaku seakan-akan berbisik.

“Adakalanya kita harus melakukannya, sekiranya ibumu mengskodeng kita” matanya kembali tertawa.
“Di pipi. Aku tidak akan melampaui batas. Sekiranya kita hanya berdua, kau bebas untuk meninjuku, mengkarateku….”

“Idlan,” teguran itu lebih lembut daripada yang kuinginkan dan Idan tersenyum.

********

Suaranya bergetar. “Aku terima nikahnya Norsuzana binti Mohd Fakrin Abdullah dengan mas kawin seratus ringgit , tunai.”

Dan wajahnya kelihatan sedikit pucat. Berapa lama dia tidur semalam? Apakah dia berjaga berjam-jam dalam gelap, menghafal akad nikah ini, sedangkan aku tidur nyenyak sepanjang malam tadi?

Ibuku menitiskan air mata sementara senyum lebar memenuhi wajahnya. Ibu Idlan, walaupun hanya menyaksikan dari kerusi rodanya, juga nampak bahagia.

Aku juga seharusnya bahagia hari ini. Begiru juga Idlan.
Mungkin dengan orang-orang lain. Tapi aku mesti merasa bahagia.

Aku duduk diam-diam seperti seorang ilmuwan yang teliti dan menulis: perasaanku, reaksi para tetamu, wangi melati dan wajah Tok Kadi.

Tok Kadi menyuruhku mencium tangan suami baruku. (Simulasi, Nor, jangan lupa. Dia hanya suami simulasiku)

Tangannya dingin. Ekspresi wajahnya kelihatan aneh, kedua-dua matanya gemerlapan dengan rasa takjub, saat aku mendongak setelah mencium jemarinya. Idlan mengucup dahiku dengan bibirnya yang yang kelihatan pucat keputihan.

Kemudian kami berdua duduk berdampingan mendengarkan petua daripada Tok Kadi, Idan tunduk mengetap bibir pucatnya dan mataku terpaku pada kain selendangku.

Akhirnya memberanikan diriku untuk berbisik, ”Kau kelihatan pucat.”

“Aku lapar. Tidak sarapan pagi tadi.”

“Terlalu nervous?”

“Lewat bangun. Aku menonton bola sampai subuh.”

Aku tersenyum.

“Bagaimana aku tadi?” bisiknya.

“Meyakinkan. Berapa lama kau latihan?”

“Sewaktu aku berpakaian pagi tadi. Kertas untuk menghafal yang kau berikan kepadaku telah hancur ketika aku merendam seluarku semalam."

Ah, Idan, Idan. berkahwin dengannya tidak akan pernah membosankan. Simulasi.

Berkahwin simulasi dengannya pasti tidak akan membosankan, bisikku.


*****
Bulan pertama perkahwinan simulasi - Nora berusaha untuk memahami karenah Idlan yang suka menghabiskan masanya dengan memancing di hujung kampung.

Pada minggu kelima Nora cuba memprotes, dan mereka bertengkar. Pertengkaran terhebat yang pertama.........................




.................Bersambung.....................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 komen:

cutemolek berkata...

Yes! Akhirnya kawin jugak.hehehe.. pasni apa lg? x sbr nk tunggu.. pa kate kuarkan full version novel ni.. jual je.. i sggup beli,,hahaha...

wana berkata...

ah ha... hehe.. siot..

zarina berkata...

sape penulis ni? best wei

winda berkata...

agak2 ade org ketige x? huhu..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...