RSS

Selagi Ada Masa...



"Bz"

"Ya"

"Jap"

"Ok"

"Dah"

Betul-betul sibuk ke sehinggakan kita hanya mampu membalas mesej pesanan ringkas kepada si dia dengan hanya satu atau empat huruf sahaja. Jom kita lihat pandangan peribadi beberapa orang ramai yang sempat ditemubual petang semalam.


"Saya pun bz jugak, tapi tak pernah saya lupa nak contact dia. Adalah dalam sehari call sekali dan sms masa lunch dan masa sebelum nak tidur"

"Memanglah bz, ingat saya main-main ke dalam office? Cakap nak kahwin cepat takkan nak asyik berkepit je? Rilexlah, dah kahwin nanti hari-hari boleh bercinta."

"Alah dia pun 2x5 gak. Sehari belum tentu dapat mesej dari dia. Aku peduli apa. Kalau dia perlukan aku barulah dia ingat kat aku ni. Its ok, tak lama lagi kami kahwin gak"

"Sebelum ni setiap masa kami memang selalu berhubung terutamanya dengan SMS. Sesibuk mana pun dia, dia tetap akan membalas SMS saya. Tapi bila dah lepas bertunang ni, entah kenapa dia seperti sibuk memanjang, tapi tengok dalam FB dia sibuk 'komen' sana sini. Bila dah macam tu, hati terasa seperti di abaikan. Memanglah sepi."

"Aku tak kisah dia nak contact aku ke tak, yang penting aku tau aku tetap cintakan dia, dan aku tau dia tetap yang aku selalu kenal."


Lain orang lain pandangan, lain pandangan lain perasaan. Ada yang tidak kisah sekiranya si dia tidak menghubunginya walau sehari pun, dan ada juga yang rasa kesepian bila si dia seperti dilupakan.

Selagi ada masa hubungilah si dia.. kita tidak tahu apa yang akan terjadi dihadapan kita. Kita tidak tahu adakah dia jodoh kita. Kita juga tidak tahu adakah dia sepi tanpa kita... Selagi ada masa...




P/s Saya terbaca sebuah ebook yang berjaya menyatukan saya dan si dia suatu ketika dahulu. Dan kerana ilmu daripada ebook inilah yang membuka hati saya untuk menulis blog berkenaan cinta. Mari bersama Dr Cinta. Klik Di sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 komen:

Alvin berkata...

situasi ku yg keempat..hmmm sepi

shigellazoster berkata...

"Aku tak kisah dia nak contact aku ke tak, yang penting aku tau aku tetap cintakan dia, dan aku tau dia tetap yang aku selalu kenal."
ni la hubungannye.. adeh!!!

syahira ariff berkata...

jangan smpai kesibukan memisahkan perhubungan

Ani berkata...

NICE Post, terasa lah plk....

Shiqa Nawar berkata...

Si dia sy time keje mcm tu gak.. but kena kita kena lah memahami kan. wlupun dia just balas "k" sedngkan kita msj berjela2. tp malam ktrg sembang dalam 2 jam gak la.hehe

Irdina Qistina berkata...

Sibuk macam mana sekali pun...perhubungan mestilah dijaga...

deddy berkata...

saya pn bz keja jg kt oversea ni..tp x penah saya lupa nak call ke sms ke pd si dia & parent saya..hidup mesti bererti..bila kita sentiasa ingat pd org lain,nescaya kita jg pasti akan slalu dlm ingatan & doa mereka...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...