RSS

Ujian Keserasian, untuk perkahwinan impian anda

Salam.. apa khabar rakan-rakan k&a, bertemu kita sekali lagi. Kali nie k&a tak nak cerita meleret-leret. Kali ini nak kongsi dengan anda tentang tips-tips memilih pasangan.. tips ni sesuai untuk mereka yang hendak mengikat tali pertunangan tetapi masih ragu-ragu

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur,   juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri? 

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian. 

Wallahualam...

Sekian sahaja untuk tips kali ini, semoga kita tips ini memberikan senyuman yang berpanjangan...

Wassalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jujurkah si dia?

"Kenapa kejujuran sukar dicari dalam kehidupan dunia hari ini? Saya terlalu ingin berkawan, bercinta, berkasih sayang dgn lelaki yang jujur, tetapi......"

Terkapai-kapai si bunga melati dalam mencari cinta sejati. Hati siapa yang tidak menderita apabila menemui cinta yang tidak ada istilah kejujuran didalamnya. 
Hati siapa juga tidak merasa perit apabila si dia seringkali tidak berlaku jujur.
Maka , wujudlah istilah baru di dalam cintamu agar "jangan mudah mempercayainya". 

Adakalanya ada benarnya apabila kita perlu berbohong semata-mata untuk menyelamatkan sesuatu keadaan. Namun TIDAK untuk "cinta". Berbohong boleh diterima tetapi tidak dengan orang yang dicintai. Sekali sahaja terucap kata-kata bohong dari mulutmu maka ianya akan berlanjutan untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya menjadi kebiasaan.

Sejauh mana si dia jujur padamu?

1. Pandangan mata semasa berbual.

Tataplah matanya apabila berbicara. Orang yang berbohong sudah pasti tidak tahan apabila ditatap matanya. Juga, apabila si dia melirik ke arah kiri semasa berbicara tandanya si dia berbohong dalam sesuatu perkara

2.Bahasa Tubuh

Berpeluh, gugup semasa berbicara dan tangannya yang asyik hinggap di hidung tandanya si dia sedang merahsiakan sesuatu yang bakal membuatkan hati terasa pedih.

3.Tidak komited dengan kata-kata

Jika si dia berjanji hendak menemani anda pergi tetapi dia selalu sahaja membatalkannya, maka haruslah berwaspada terhadapnya. Walaupun si dia jenis yang sibuk dengan tugasan kerja namun harus juga di selidik punca kenapa seringkali "date" dibatalkan.Tidak salah menyelidik daripada terus merasa curiga terhadap pasangan.


Berkata jujur bukanlah sukar dan bukanlah juga semudah yang disangka. 

Adakalanya si dia terpaksa berlaku tidak jujur demi untuk menjaga perhubungan namun sejauh mana perhubungan sedemikian akan kekal sekiranya ia sentiasa di selubungi dengan "penipuan"

Semoga Jujur Dalam Percintaan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 Minggu, 6 Bulan dan 6 Tahun Selepas Kahwin…

Assalammualaikum dan salam bahagia , kali ni K&A ingin membawa rakan-rakan semua untuk melirik-lirik nikmatkah cinta dalam 6 Minggu, 6 Bulan dan 6 Tahun Selepas Kahwin… ?


SebelumTido:
6 minggu:  Selamat Tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan:  Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun:  Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
 
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh 
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak 
bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I 
belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduhsayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
 
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???




Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:

 
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..


Wallahualam..... Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mudah melupakan erti nikmatnya "CINTA"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lelaki jatuh cinta apabila..?


Bukan mudah untuk memenangi hati seorang lelaki walaupun dia sudah menjadi kekasih kita. "Doa Jodoh" diatas merupakan antara contoh betapa seorang lelaki itu amat menyintai kekasih hatinya.

Seringkali wanita menganggap bahawa hanya dengan kecantikan, keseksian tubuhnya, atau dandanan yang sangat wow 'bisa;' membuat lelaki jatuh cinta dan tertarik. Sedangkan hal itu salah besar. Seandainya anda (wanita) memakai baju yang ketat atau singkat dari paras pinggang, begitu juga seluar yang ketat dan menampakkan bentuk punggung yang menawan memang pasti lelaki akan tertarik, tapi apakah tertarik untuk mencintai anda ?? atau hanya untuk menikmati keindahan dan kecantikan anda saja???

Kebanyakan wanita setiap hari mempercantikkan diri dan memperindah tubuh mereka semata-mata untuk memenangi hati kekasih hatinya ataupun silelaki impiannya. Padahal masih banyak elemen-elemen lain yang harus mereka sedari. 

Apa agaknya yang wanita selalu terlepas pandang?

1.Jadilah wanita yang mudah didekati

Maksudnya disini adalah jadi wanita jangan asyik jual mahal (tapi juga jangan jadi wanita murahan). Jikalau anda didekati oleh lelaki janganlah anda "hidung tinggi". Silap haribulan lelaki akan lari semua. Selalu ingat bahawa jumlah wanita lebih banyak daripada lelaki jadi kalau anda terlalu sombong tak semena-mena anda kehabisan lelaki dan kesudahannya jadi anak dara tua.

2. Jangan berdandan dengan berlebihan.

Kalau masalah yang satu ini harus diambil berat. Lelaki lebih suka melihat wanita yang tidak mengenakan make up kerana ianya akan nampak lebih "natural". Bagi mereka itulah wajah yang akan mereka lihat sehingga hari tua kelak. Berdandan boleh tetapi usahlah berlebihan , bukan sahaja membantu wanita berjimat cermat daripada membeli perkakas hiasan yang mahal-mahal bahkan membuatkan wanita lebih disayangi kerana tidak ada "wajah plastik" yang mereka tatapi setiap kali bertemu.

3. Jadilah wanita yang berselera Humor

Perlu ke humor dalam perhubungan? Semestinya perlu ada humor selain daripada hiasan kata-kata cinta. Si lelaki juga akan mudah bosan kalau wanita asyik menghadap pasanganya yang terlalu "skema" dengan ayat-ayat cinta. Letakkanlah bibit-bibit humor dalam perbualan anda.Berceritalah tentang zaman kanak-kanak yang menyeronokkan dan pasti akan membuat si dia tertawa dan lebih memahami anda.

4.Serlahkan kecantikan anda dari dalam hati dan kelakuan anda.

Seperti juga nombor 2 tadi "usah berdandan berlebihan". Maka lihatkanlah kecantikkan wanita anda dari dalam hati dan kelakuan anda.Jagalah perilaku anda di hadapan keluarganya, Bersopan santunlah sepanjang masa dan jagalah hati anda dengan mencintai yang Maha Esa. 

Dan jangan sesekali meninggikan suara dihadapan lelaki impian anda kerana si lelaki akan membayangkan dengan suara yang tinggi itulah yang akan dihadapinya apabila kelak "anak-anak" di masa hadapan berbuat salah :)
Wanita yang cantik dan baik budi pekerti amat sukar ditemui tetapi wanita yang cantik, seksi dan menggoda amat mudah ditemui.Si lelaki pasti akan rasa bertuah sepanjang hidupnya jika menjadi milik anda.


5. Jadilah temannya sepanjang masa

Kalau hendak memikat hati lelaki jadilah teman baiknya. Biarkan si dia meluahkan segala perihal kehidupannya kepada anda dan jadilah pendengar yang setia. Percayalah satu hari nanti dia akan menyedari kehadiran anda yang pastinya akan mengukir cinta dihatinya.

Percayalah pada diri dan yakinlah dengan doa anda sebagai seorang wanita yang memerlukan cinta sebenar daripada seorang insan yang bergelar lelaki impian anda.

Semoga Berbahagia.


Perlukan bantuan bagaimana hendak membaca doa pengasih? Klik Di sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Sejati?


Gambar-gambar ini diambil  ketika Erra Fazira & suami, Engku Emran mengikuti rombongan umrah baru-baru ini yang turut disertai oleh  Tuan Guru Nik Aziz.

Nampak manis & sangat normal Erra Fazira apabila bertudung. Lebih manis sekiranya Erra Fazira terus bertudung selepas balik & boleh hentikan aktiviti seni mana yang patut. Jika Wardina mampu lakukan & terus aktif secara ringan dalam dunia seni, apatah lagi Erra Fazira yang bersuamikan orang kuat stesen penyiaran.

Pasti ramai yang masih mengingati pelbagai gosip liar yang dilemparkan kepada Erra Fazira sebelum ini. Pelbagai spekulasi berlaku tentang gosip cintanya seperti Yusri KRU yang pernah menjadi suami Erra Fazira. Walaubagaimanapun berkat doa, usaha dan tawakal Erra Fazira dalam meniti liku-liku kehidupannya, akhirnya Erra berjaya menemui cinta sejatinya dan kini mengecapi kebahagiaan bersama Engku Emran.

Apa ertinya cinta sejati? Cinta yang datang dari hati naluri dan perasaan cinta untuk memahami dan menemani pasangan kita tidak kira dimana walaupun kita dimakan usia.

Bukan mudah untuk memiliki cinta sejati,apatah lagi untuk mendapatkan pasangan yang memahami hati dan perasaan kita sepanjang masa. Adakalanya seseorang itu akan kehilangan cinta bukan sekali tetapi berkali-kali sehingga hampir putus asa dengan "cinta". 

Itulah tandanya tuhan sayangkan kita, Dia akan berikan kita pelbagai kehidupan untuk kita teliti setiap baik buruk perhubungan sebelum ini agar hubungan dimasa akan datang akan menjadi lebih baik dalam perhubungan cinta kita.

Andai kehilangan cinta lagi , tuhan pasti akan berikan kita yang lebih baik daripada si dia yang meninggalkan kita. 

Bersabar dan berdoalah kepada-Nya agar kita akan menemui cinta sejati.

Sekilas pandang al-kisah,

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. 

Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. 

Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perginya seorang lagi artis kesayangan

Belum rasanya sampai sebulan kita meratapi pemergian abang din kita, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita perginya seorang lagi artis kesayangan anak-anak muda masa kini.
AL-FATIHAH untuk arwah Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali dengan nama Achik Spin dan Salam Takziah buat keluarga arwah

Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

“Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

“Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” katanya di sini.

Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Allahyarham merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.
Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat 
Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

Dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali,AL-FATIHAH.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengapa ada perpisahan?



Salah satu kata yg paling berat untuk dikatakan dan dengarkan adalah kata ‘perpisahan’. Mudah untuk dituliskan, namun begitu berat untuk dihadapi. Namun, mungkin bila tidak ada kata perpisahan, tidak akan ada kata pertemuan. 

Kedua kata itu adalah 2 hal yg tidak sesekali dapat dipisahkan. Bila ada pertemuan pasti akan ada perpisahan. 

Tatkala Nabi Adam AS diciptakan dan menemukan dirinya berada di syurga, beberapa saat kemudian dia harus rela berpisah dengan syurga yang penuh kenikmatan. Nabi Adam AS hijrah ke dunia yang unik, penuh warna dan pandangan  indah.

Inilah mungkin awal mula sejarah kata pertemuan dan perpisahan dalam sejarah kita didunia.
 
Apabila pertemuan dan perpisahan ini terus terjadi dalam kehidupan seseorang dan dalam sejarah peradaban manusia kerana kedua kata itu memang mesti ada ketika manusia ada. 

Tidak kira Siapapun dia, dia harus mengalaminya. Pertemuan biasanya diwarnai dengan hal-hal yg indah dan membahagiakan. Perpisahan lebih banyak dihiasi dgn kesedihan, keharuan dan linangan air mata. Tidak mungkin keadaan ini akan terbalik. 

Pertemuan adalah awal dari sesuatu yg baru, tapi perpisahan bukanlah akhir dari segalanya. Belajarlah mengenali erti kesilapan...kerana ia bakal memberikan kamu nikmat yang hanya kamu rasai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lelaki Menangis?


Sejak dulu lagi, lelaki dikatakan sukar untuk menangis. Biasalah, ia kerana ego yang begitu menebal dalam diri mereka. Walaupun hati mereka pada masa itu hancur lulur kerana tersiksa hukuman cinta dunia, lelaki tidak akan sekali-kali mengalirkan air matanya sebegitu mudah. Kaum lelaki beranggapan, menangis sama sahaja seperti mengumumkan kepada dunia bahawa mereka itu lemah.

Namun wanita perlu memberitahu pandangan tersebut perlu di ubah. Katakan pada si dia, kalau ingin menangis atau berasa sedih lakukanlah ia sesekali kerana ia tidak akan mengurangkan rasa kagum seorang wanita terhadap keperkasaan seorang lelaki malahan ia wanita makin rasa kagum kerana sedar bahawa lelaki juga memiliki jiwa halus dalam hati mereka.

Tahukah anda menangis akan mengurangkan stress dan membuatkan seseorang itu berasa lebih lega dan dapat meredakan segala masalah yang bersarang di dada. Tetapi awas jangan berlebihan kerana kelihatan sangat buruk kalau lelaki menangis keterlaluan. (^_^)


"Jadi jika hendak menangis, menangislah sepuas hati mu, buangkan ego di dada, tidak ada yang sempurna di dunia ini.Menangislah seketika kerana ia baik untuk jiwa, mata dan kesihatan mu"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Terima Nikahnya.....



"Aku terima nikahnya" Agaknya dah berapa kali "abang pengantin" praktikkan ayat ni ye? Apa-apapun ayat inilah yang akan mengubah hidup seseorang daripada status 'bujang' kepada 'isteri si.... ataupun suami si..."

Apakah benar anda jujur dan ikhlas hendak melafazkan "Aku terima Nikahnya?". Benar-benar bersedia ke nak berumah - tangga? Atau sekadar hendak melepaskan batuk ditangga. Nak dapatkan status kahwin sekadar nak mencukupkan syarat sebab dah lanjut umur, desakan keluarga atau lebih teruk lagi semata-mata kerana nafsu seks semata-mata? Jika tiada sebab-musabab yang tertentu dan anda memang memasang niat yang suci untuk mengahwini si dia, Tahniah! InsyaAllah , Allah akan sentiasa memberkati hubungan mu dan pasanganmu.

 picture - www.maskahwin.com

Opss! Sebelum tu dah sediakan bajet nak kahwin? Takkan nak megharap daripada wang simpanan ibu-bapa pula? Pada tahun 2008 sahaja seramai 40% pasangan di Malaysia yang berkahwin dengan menggunakan wang simpanan keluarga. Kenapa berlaku sedemikian?

1. Kahwin muda.
2. Kahwin Paksa (Berkahwin atas pilihan keluarga)
3. Kahwin Terpaksa (Dah kantoi kena tangkap basah)

"Akan bersinarlah wajah kedua ibu bapamu apabila kamu kahwin dengan hasil usahamu sendiri" Ibu-bapa akan berasa anaknya sudah berjaya dan mampu untuk menyara keluarga sendiri. Kan best macam ni? Apa pendapat anda?


Jadi, jika bajet sudah mencukupi , apa tunggu lagi? Buatlah persiapan merisik dan seterusnya menetapkan tarikh perkahwinan. Niat yang baik jangan dibiarkan lama-lama. Kan manis dipandang apabila sudah bergelar suami isteri berjalan berpegangan tangan pun orang tak 'pandang'.

"Alah emak kahwinkan aku" Ingat! Jangan sesekali terikutkan likrik lagu ni.

Nak kahwin? Usaha sendiri.

Nak kahwin? Tingkatkan ilmu agama kerana ianya asas kepada kebahagiaan rumah tangga.

Nak kahwin? Belajarlah mencintai pasangan anda dengan penuh kepercayaan dan kejujuran.

Selamat Berbahagia




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta “REJECTED?!”

Hye kawan-kawan semua. Hari ini k&k nak membawa anda semua membaca sedikit tips daripada abang razzi rahman @ brother love. ^_^. Jom teruskan membaca.
Razzi Rahman @ Brother Love

Tiada yang paling memalukan dan mengerikan kita apabila direject! Baru je cakap, “Hi!” dia buat tak tahu je…Baru je kita senyum kat dia, muka dia selamba macam kita tak ada pun kat depan dia! Frust dan malu, kan?!

Dalam society kita pula, apabila pelawaan kita untuk keluar minum-minum atau hanya menonton, ditolak mentah-mentah, semua orang akan memandang, tersenyum pada kita dengan wajah sinis, perli dan mengutuk… 

Tambah perit lagi, kita tak tahu nak sembunyi muka kat mana apabila orang-orang di sekeliling mendengar jelas cara rejections itu, kemudian digosip-gosip pula peristiwa yang amat memalukan itu, rasa bagai tersungkur merudum jatuh ke tanah… adoi! Malunyaaa… :oops:

Itu belum Cinta Kena Reject… baru tegur-tegur dan ajak keluar. Kalau kita berminat dengan dia, kita nak sangat buat dia special, nak couple…nak bercinta tapi di REJECT? Fuuuuhhhh… lagi lah MALU!!

Ini adalah masa yang paling kritikal. Sewaktu inilah kita perlukan kawan-kawan yang selalu memberi semangat dan  famili yang memahami.  ALSO, this is not the time you nak buat perubahan beb, just because you kena reject over something tentang diri you yang tak berapa okay to him/her, so you pun nak berubah… NOOO!!


It’s too late dah…but if you nak berubah for the better well at least berubah kerana you mahukan diri you to feel better or even to look better, thats okay. Besides that… just go on seperti normal days je.

NOW… “bagaimana hendak hadapi rejections?”

1. Relax – Selalunya apabila kita berminat dengan seseorang, kita akan jadi kelam kabut, bercakap tak berhenti, suara jadi meninggi, ketawa terlebih, membuat keputusan tanpa berfikir, gelojoh, mahukan sesuatu dengan cepat…Relax beb! Face him/her dengan perasaan yang KOSONG. “Dia hensem, dia lawa, dia cantik, dia cute…” I tahu!…but put it away, relax… Tells yourself “relax” 100x …then kenalkan diri you kepada sesiapa sahaja yang you tak kenal! :)

2. Confident – To be confident you all cuma perlu hilangkan sebarang HOPE! Buang sebarang harapan yang ada dalam diri. “I hope dia akan nak kat I” - “I hope dia akan reply” …i harap tu, I harap ni…hehe, put all that away jugak. Awal-awal lagi biar ada rasa, if he/she for me then he/she for me…if not, NO PROBLEM! Ada ramai lagi… Lelaki dan wanita sama sahaja… masing-masing ada keinginan untuk bercinta, mahu berhibur dan berkenalan. Kalau dia tak mahu, maknanya you just not his/her type… habis cerita, just go and look your type je la. Tak perlu malu or takut!
 
3. Be Happy – Maksud I kat sini, jangan sesekali bersedih jika tidak dilayan atau direject. Rejections adalah BIASA. Put that on your mind. Bro Razzi pun selalu juga direject!…tidak dilayan. But I tak bersedih instead, I go to the next hot girl yang lagi lawa dari yang reject i tadi untuk berkenalan hahaha… I cakap you all, everytime I said Hi to a girl, then if the girl tu buat tak layan…buat I macam tunggul, I KEEP SMILING… semua orang tengok hehe… and you know what, because I look happy, ramai yang mahu berkenalan dengan I selepas tu ;)

4. Take your time – Jangan nak cepaaaat je, tahulah dia tu kira your taste, your kind of person yang menjadi idaman. Tetapi take your time, berkawan dan berkenalan dulu. Kenal lama-lama. Bila penampilan you lebih kepada kawan, ianya lebih selesa dan susah untuk mendapat rejections. Don’t rush! Biarkan rasa ingin bercinta tu hadir dalam diri dia dengan sendiri… tugas you, show the best of yourself. Don’t ask for more…kalau melepas, well he/she bukan untuk you lah… Probably kalau you bercinta pun, mesti huru-hara, then breakoff jugak… Because, kalau betul ada dah sparks, ada electric shock, bahan kimia sudah menaikkan rasa berahi ni…he/she is yours lah!!

5. Keep your options open – Bagi sesetengah orang, perkara ini agak kurang selesa tetapi to me it’s the best way untuk hadapi rejections. Keep your options open ini adalah bermaksud, bukan berharap pada yang satu tu je. Let yourself berkenalan dengan beberapa orang yang berpotensi untuk menjadi specials dalam satu masa. Wait and see…dan maintain options open/berkawan tanpa sebarang ikatan. In time, yang mana bersungguh dan sesuai dengan you, akan muncul sendiri…menagih cinta dari you! Dan selalunya, at that time, you mesti terkejut… yang you ingat akan jadi your lover, are totally different dari yang you expected! hehe  ;)
JADI, untuk mengelakkan diri kita kecewa, frustrated, marah, berduka cita, malu kerana REJECTED, kita bolehlah praktikkan  5 perkara di atas dan, selalu ingat,

“Mengapa kita berpisah? Mengapa putus? Mengapa dia tidak mahukan aku? Mengapa cinta aku ditolak?…well, sebab dia tidak sesuai dan dia bukan untuk aku, cinta aku yang sebenar-benarnya akan hadir nanti!”

TERUSKAN MENGUNDANG CINTA HADIR DALAM HIDUP ANDA… 


Apa pula pendapat anda? jangan lupa untuk tinggalkan komen anda.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Love @ Cinta Remaja

Mungkin ramai yang pernah terlibat dengan cinta waktu sekolah. Ingatkah anda pada perasaan gembira yang anda rasai ketika mula-mula bertentang mata dengan orang yang anda minati? Bagaimana pandangan tersebut seterusnya menular ke hati dan membentuk perasaan yang paling agung di alam semesta ini? Segala rindu, resah, tangis, gembira dan tension yang anda hadapi ketika cuba memenangi hati orang tersebut?
Ingatkah lagi bagaimana anda set schedule agar bertembung dengan beliau ketika hendak ke sekolah? Ketika pass surat kita kepada seorang posmen buruk yang kebetulan kawan rapat beliau, dan apabila beliau membalasnya dan mengatakan beliau juga menyenangi anda? Bagaimana sebelum tidur anda sering “berhayal bila saat nanti hidup bersamamu”? Kemudian anda mula sedar yang dressing anda yang dahulunya selekeh tiba-tiba bertukar menjadi smart?

Atau betapa cemburunya anda bila ada pelajar lain menghampiri orang tersebut? Ingatkah pula bagaimana perasaan itu akan mempengaruhi apa saja yang anda lakukan, fikirkan dan cara berinteraksi dengan orang lain? Bagaimana kawan baik anda terpaksa tahan mata dan telinga mendengar “luahan hati” anda?

Kini, dalam kesibukan tugas dan komitmen, kita sering melupakan perasaan tersebut. Bagi K&K ia lebih dari seberkas perasaan…. .it is what growing up is all about. Mungkin kita perlu revisit semula perasaan ini untuk mengingatkan di mana kita berada sebelum ini dan di tampuk mana kita sedang berada sekarang.



Bagaimana pun kisah cinta monyet yang bergayutan itulah menbuatkan kita boleh ketawa gelihati… Tapi bila melangkah ke alam cinta dewasa, banyak airmata yang tertumpah..kenapa ya?


Kerana komitmen atau semakin sukar bertolak ansur?



 






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kami sayang Din Beramboi



02.April.2010 - Tepat jam 12.30am tadi pelawak tanah air kita Din beramboi telah pergi meninggalkan kita semua tanpa kata-kata terakhir dari beliau...Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah dan menyebatkan beberapa organ dalam badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Siapa yang tidak mengenali Din beramboi yang berjaya mengelikan hati orang dengan lawak sepontannya?

Masih teringat apabila beliau berkata kepada Alex "Kalau saya tidak ada lagi di Era , awak gantikan tempat saya". Bagaikan beliau tahu satu hari nanti beliau akan pergi jua namun bukan sahaja radio Era bahkan semua peminat-peminat beliau di seluruh tanah air.


Bila dikenang kembali, kehadiran beliau didalam industri hiburan suatu ketika dulu bagaikan dipulau ramai peminat industri tanah air. Lawak beliau langsung tidak dihiraukan dan ada yang menyatakan beliau syok sendiri dan gila. Namun beliau tetap berusaha untuk menaikkan namanya sehinggalah ke hari ini beliau telah berjaya membuatkan kita ketawa dengan lawak dan kata-kata yang mencuit hati setiap insan yang mendengarnya.


Sekali lagi, Al-Fatihah buat allahyarham din beramboi yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga beliau tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan akan masuk ke syurga. Amin.




Luahan Afdlin Shauki semasa pemergian allahyarham "Al fatihah buat din .... Tuhan sayang sangat kat kau din."

Kami juga sayangkan Din Beramboi...


TRIBUTE TO MIOR AHMAD FUAD (DIN BERAMBOI)
December 22, 1966 - April 02 2010  














  

SELAMAT TINGGAL ABANG DIN BERAMBOI

VIDEO TRIBUTE - BOLEH LIHAT DI FAN PAGE FB K&K

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...